Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS Official FB page for the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah merakamk...
28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah meninggal dunia pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala khilafnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas Daripada : Dekan & Warga FSSK

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah merakamk...
28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Suhaimi Salleh, mantan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 September 2026 bersamaan 11 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas Daripada : Dekan & Warga FSSK

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah merakamk...
28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Profesor Madya Dr. Dzurizah Ibrahim, yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 September 2026 bersamaan 15 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala khilafnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada : Dekan & Warga FSSK

UMS MERENTASI SEMPADAN: MENELUSURI SEJARAH, MEMELIHARA WARISAN DI RUSIAYEKATERINBURG, RUSIA | 8–14 September 2026 — Dua ...
24/09/2026

UMS MERENTASI SEMPADAN: MENELUSURI SEJARAH, MEMELIHARA WARISAN DI RUSIA

YEKATERINBURG, RUSIA | 8–14 September 2026 — Dua pelajar pascasiswazah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurfarain binti Abdul Rahman dan Abdul Aziz Kong bin Abdul Alim, telah menyertai New Generation Programme 2026: “Guardians of Memory” di Yekaterinburg, Rusia.

Program antarabangsa ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai negara dalam siri pengisian akademik, wacana intelektual, pertukaran budaya serta lawatan ke arkib, muzium, institusi kebudayaan dan tapak bersejarah sekitar wilayah Sverdlovsk.

Antara pengisian utama ialah Round Table “Politics of Memory: Current Practices and Development Prospects”, lawatan ke State Archive of the Sverdlovsk Region, Museum of History and Archaeology of the Urals, Multimedia Historical Park “Russia – My History”, institusi warisan dan perusahaan porselin di Sysert, serta penyertaan dalam International Youth Festival.

Penyertaan ini bukan sekadar membawa nama UMS ke pentas antarabangsa, malah membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami bagaimana sejarah, memori kolektif dan warisan budaya dipelihara, ditafsir serta diwariskan kepada generasi akan datang.

Lebih bermakna, interaksi bersama peserta antarabangsa turut memperkukuh jaringan akademik dan silang budaya, di samping memperluas perspektif mengenai kepentingan arkib, muzium, komuniti dan institusi pendidikan dalam memastikan khazanah sejarah terus hidup dan relevan.

Dari Sabah ke Yekaterinburg, perjalanan ini membuktikan bahawa ilmu tidak mengenal sempadan — dan setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk memahami masa lalu, menghargai warisan serta membawa pengetahuan itu ke masa hadapan. 🇲🇾🤝🇷🇺

Tahniah kepada kedua-dua pelajar FSSK UMS atas penyertaan dan representasi UMS di peringkat antarabangsa.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSSK Dihatiku ✨*| 14 SEPTEMBER 2026 |**COUNTDOWN 3 HARI LAGI: MSM-32*T...
14/09/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSSK Dihatiku ✨

*| 14 SEPTEMBER 2026 |*

*COUNTDOWN 3 HARI LAGI: MSM-32*

Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum kita bersama-sama memeriahkan Minggu Suai Mesra Bersama Fakulti (MSM-32)!

Buat mahasiswa baharu FSSK, inilah masanya untuk kenal fakulti, kenal kawan-kawan baharu dan cipta pengalaman pertama bersama warga FSSK! 💗

📅 Tarikh: 17 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8:00 pagi
📍 Tempat: Dewan Pusat Kuliah, DKP 23

⏰ Masa: 2:30 sehingga 5:00 petang
📍 Tempat: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK

Jumpa anda di sana! 🌷

Sekian, terima kasih.

_Mahasiswa Berintelek Perintis Masa Hadapan_

Yang ikhlas,
Persatuan Mahasiswa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PERMASS),
Sesi 2025/2026,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSSK Dihatiku ✨*| 12 SEPTEMBER 2026 |**COUNTDOWN 4 HARI LAGI: MSM-32*T...
11/09/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSSK Dihatiku ✨

*| 12 SEPTEMBER 2026 |*

*COUNTDOWN 4 HARI LAGI: MSM-32*

Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita bersama-sama memeriahkan Minggu Suai Mesra Bersama Fakulti (MSM-32)!

Buat mahasiswa baharu FSSK, inilah masanya untuk kenal fakulti, kenal kawan-kawan baharu dan cipta pengalaman pertama bersama warga FSSK! 💗

📅 Tarikh: 17 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Kuliah Pusat 23

Jumpa anda di sana! 🌷

Sekian, terima kasih.

_Mahasiswa Berintelek Perintis Masa Hadapan_

Yang ikhlas,
Persatuan Mahasiswa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PERMASS),
Sesi 2025/2026,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera,                                        Yg. Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan Lt...
02/09/2026

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera, Yg. Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan Lt.Kol/Tuan/Puan/Cik,

Dengan segala hormatnya, program Pascasiswazah Master of Arts in Government & International Relations (MGIR) akan mengadakan majlis suai mesra dengan tenaga pengajar MGIR dan juga pelajar-pelajar terkini dan pelajar yang baharu.

Dengan itu, bagi mewakili Program MGIR, saya ingin menjemput Yg. Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan Lt.Kol/Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri Majlis suaimesra tersebut dengan ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 7 Sept 2026, Isnin
Masa: 9.30AM - 12PM
Lokasi: Bilik Mesyuarat Ahmad Qassim (BMQA), Tingkat 3, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bagi pelajar-pelajar baharu kemasukan SEM 1 2026/2027, sesi taklimat program MGIR akan diadakan dengan ketetapan seperti dibawah. Selain itu, pelajar-pelajar terkini kemasukan Sem sebelum ini turut dijemput hadir bagi sesi berikut:

Tarikh: 7 Sept 2026, Isnin
Masa: 1.30 PM - 4.00PM
Lokasi: SMARTSPACE, Aras Bawah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

~ Taklimat penuh pelajar baharu program MGIR (Penyelaras MGIR, Dr. Hafiza Nur Adeen Nor Ahmad)
~ Pengenalan asas-asas penulisan akademik program MGIR (Dr. Mohd Ikhram Mohd Ridzuan)
~ Penggunaan AI dalam penulisan akademik oleh Pn. Marja Azlima Omar

Kehadiran Yg. Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan Lt.Ko./Tuan/Puan/Cik adalah amat dihargai bagi majlis suai mesra tersebut.

Sekian terima kasih.

02/09/2026
28/08/2026

📢 PELUANG KERJAYA DI FSSK, UMS!

KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK – FELO UMSDF9
📍 Program Komunikasi
🏛️ Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Felo UMSDF9 bagi Program Komunikasi secara lantikan kontrak.

🎓 Kelayakan Lantikan
• Memiliki Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan.
• Mempunyai pencapaian akademik yang baik dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 bagi kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
• Bidang pengkhususan hendaklah relevan dan bersesuaian dengan keperluan bidang yang ditawarkan.
• Memperoleh kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi.

💰 Gaji Pukal: RM4,000.00

📅 Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2026

📧 Cara Memohon:
Pemohon hendaklah mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik kepada Pejabat Pentadbiran FSSK melalui e-mel:

[email protected]

Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat 2 pada 30 Julai 2026 dan Sekolah Menengah Pasir Putih pada 18 Ogos 2026 Ke Fak...
24/08/2026

Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat 2 pada 30 Julai 2026 dan Sekolah Menengah Pasir Putih pada 18 Ogos 2026 Ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Address

Faculty Of Social Sciences & Humanities, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS:

Shortcuts

Share