05/05/2026
Cahayaku Legacy Kingfisher
Pusat Pendidikan kanak-kanak berperanan mendidik kanak-kanak membina jatidiri yang kental dari semua aspek
05/05/2026
11/04/2026
Sebelum Syawal berakhir,
kami dari Cahayaku Legacy Kingfisher ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang ini 💚
Ikhlas daripada,
Cahayaku Legacy Kingfisher
27/03/2026
Alhamdulillah 🤍
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, pelajar Cahayaku Legacy Kingfisher serta mereka yang sudi menyumbang dalam program Hero Infaq Ramadan pada tahun ini.
Semua sumbangan telah berjaya disalurkan kepada pelajar anak-anak yatim dan asnaf di SAR Madrasah Al-Hikmah Kg Nelayan Likas.
Program ini bukan sekadar memberi, tetapi juga bertujuan memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar — dari proses pembelian, pembungkusan sumbangan, sehinggalah kepada penyampaian kepada mereka yang memerlukan.
Semoga pengalaman indah ini dapat disemai dalam diri setiap pelajar untuk menjadi insan yang lebih baik, prihatin, dan sentiasa bersyukur .
Terima kasih atas sokongan semua 💙
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Raya Check! ✅
08/03/2026
KEMPEN HERO INFAQ RAMADAN: JOM JADI P.A.P.A HEROES!
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, warga Cahayaku Legacy Kingfisher dan para dermawan yang dikasihi.
Kami sedang menjalankan projek infaq bersama warga Cahayaku Legacy Kingfisher untuk menyediakan beg kelengkapan sekolah bagi membantu seramai 50 pelajar anak-anak yatim dan asnaf di SAR Madrasah Al-Hikmah Kg Nelayan Likas.
STATUS TERKINI KUTIPAN:
Kutipan terkini: RM 2,636.00.
Jumlah diperlukan: RM 5,000.00
Baki diperlukan: RM 2,364.00
Setiap sumbangan anda akan ditukarkan kepada
- Beg Rezeki Asnaf & anak yatim
- Iftar Jamaie
- Aktiviti Program Ihya' Ramadan
Mari kita bersama-sama menjadi P.A.P.A Heroes yang membawa sinar kegembiraan buat mereka. Semoga setiap sen yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berterusan buat kita semua. Amin.
18/02/2026
Alhamdulillah… malam ni dah masuk 1 Ramadan
Kita mulakan bersama program Ihya’ Ramadan: Be A P.A.P.A Heroes (Puasa • Amal • Patuh • Akhlak) di Cahayaku Legacy Kingfisher.
Sepanjang Ramadan nanti, anak-anak akan terlibat dengan:
✨ Infaq Ramadan
📖 Tadarus Al-Quran
🍽️ Iftar Ramadan
Moga Ramadan kali ni jadi peluang terbaik untuk latih anak-anak berpuasa, tambah amal dan bentuk akhlak yang baik 💛
Terima kasih atas doa dan sokongan ibu ayah semua.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙
16/02/2026
Ramadan tidak lama lagi menjelang tiba,
Jom sama-sama kita kumpul pahala melalui Infaq Ramadan.
Tak perlu tunggu banyak — RM5 pun sangat bermakna
Moga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih luas dan keberkatan hidup.
Ibu bapa boleh sertai program infaq bersama kami untuk kami salurkan kepada yang memerlukan
10/01/2026
Tahniah kepada pasangan pengantin Nur Adlan dan isteri. Semoga beroleh berkat dan rahmat dari Allah bahagia hingga jannah.
Pelajar SAR ANNUR CAHAYAKU KINGFISHER batch 2007-2012
21/12/2025
Persembahan Tadika Pra Tahfiz Qari Cilik Cahayaku
4 tahun hingga 6 tahun ❤️
Ibu ayah jangan lupa subscribe tauuu ☺️☺️
TEATER TADIKA CL KINGFISHER | MAPEC 2025 Saksikan persembahan comel dari pelajar Tadika CL Kingfisher yang bertajuk "Tasik Naga Embun"Persembahan ini dipersembahakan oleh pelajar 4,5 dan 6 tahun yan...
10/12/2025
https://youtu.be/uoUAEqcyb04?si=YIJfHUx0qbGO8Alp
Video aktiviti sepanjang tahun 2025 boleh lihat di Chanel Cahayaku Legacy Kingfisher. Jangan lupa subscribe yaaa 😄
Sorotan Aktiviti Sepanjang Tahun 2025 Sorotan Aktiviti Sepanjang Tahun 2025 | Kenangan Terindah Warga SekolahVideo ini menghimpunkan perjalanan penuh warna warga CL Kingfisher sepanjang tahun 202...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Kota Kinabalu
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:00 |
| Tuesday | 07:30 - 17:00 |
| Wednesday | 07:30 - 17:00 |
| Thursday | 07:30 - 17:00 |
| Friday | 07:30 - 17:00 |
| Saturday | 08:30 - 12:30 |