31/10/2025
Gerak Semporna
Gerak Semporna atau Semporna Movement ialah satu gerakan bebas mesra Barisan Nasional (BN) untuk masyarakat khususnya anak muda Semporna yang ingin melihat perubahan positif dalam pembangunan daerah, peluang pekerjaan, dan suara rakyat. Gerakan ini bukan milik mana-mana parti, namun akan menyokong p...
19/11/2020
Assalamualaikum wbt,
Saya secara peribadi turut berduka cita atas pemergian ADUN Bugaya iaitu Allayarhamah YB Manis Muka Bin Hj Mohd Darah Bin Langpad. Saya ingin berkongsi sedikit salasilah keluarga kerana mereka bukanlah asing dalam talian kekeluargaan, yang mana semenjak kecil lagi ayahanda saya sendiri sentiasa berkongsi salasilah, keturunan dan asal usul kedua orang tua mereka dan gemar menulis/bercerita kepada saya serta adik-beradik yang lain.
Ibu kepada ayah saya iaitu Hjh Awing Binti Saraban Mundot @ Hjh Saleha @ Sahaya Luma merupakan suku Bajau Simunul dan ibunya Ekih Dandai yang merupakan suku Bulungan dari Tarakan mereka telah menetap di penempatan Bajau/Suluk bersama Alllahyarham Langpad/Hj Mohd Darah kerana datang dari tempat yang sama dan suku yang sama iaitu Bajau Simunul dan juga merupakan sahabat baik atuk saya Allahyarham Abdul Salleh Bin Gupurani dan beberapa individu lain seperti Tun Sakaran Datuk Pg Abdullah Bin Uddang, Tun Mustapha Bin Datu Harun.
Semasa menuntut belajar di Tingkatan 6 (Form 6), saya telah mengkaji dan menulis mengenai Asal Usul Perkembangan dan Sumbangan Suku Kaum Masyarakat Bajau Simunul di Semporna dan telah menyelitkan sumbangan ayahanda kepada YB Manis Muka iaitu Datuk Mohd Darah Langpad yang juga merupakan Ahli Parlimen pertama Semporna (Silam) pada zaman USNO. Beliau merupakan antara individu yang menyumbang dan mempunyai jasa yang besar di daerah Semporna.
Jika diberi kesempatan dan ruang saya juga akan berkongsi mengenai salasilah keluarga pada masa akan datang.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allyarhamah YB Manis Muka, semoga tabah dan diberi kekuatan dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.
Al-Fatihah
Asaaf
08:25mlm
19 November 2020 (Khamis)
04/11/2020
Harapan Ahli Parlimen Belia Malaysia, As Aby Al Fahd - ASAAF untuk Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 (Jumaat).
04/11/2020
Harapan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Nur Elya Syaqiren Ediris untuk Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 (Jumaat).
25/10/2020
Salam Sejahtera semua sahabat2.
1-Mohon panjangkan Kempen "CROWD FUNDING" Penjawat Awam ini. Kalau kebiasaannya "RM30 ini kita belikan untuk kepuasan diri kita dan keluarga kita"....bulan ini kita berkorban sikit dgn berkongsi sedikit kemakmuran dengan mereka yg sedang menghadapi saat kritikal di Semporna. Ada lebih kurang 170,000 orang yg terkesan teruk di sini. Kalau anda dapat bantu satu keluarga pun dah sejuta kesyukuran.
2-Macam mana nak buat sumbangan?
>>Cara 01: WhatsApp Payment Klik ===> https://yzza.io/66885
>>Cara 02: Manual Transfer ke Trustee HUGS PROJECT KL=> MAYBANK-5561 4100 7828-LAILI BASIR EVENT ADVENTURE
>>Cara 03: Manual Transfer ke Trustee HUGS PROJECT SEMPORNA=> MAYBANK-5100 4013 1346 - NIRMAH MAJINJI -WASAP SLIP KE 016 588 0331
============================
Nota Khas
~Kita ada 1.7 Juta penjawat awam. Hujung minggu ni mereka start dapat gaji. Kalau hanya 3% dari Penjawat Awam ini kita boleh pujuk bersedekah untuk 1 Bakul Makan berharga RM30.00/per bakul; kita akan dapat membantu 51,00