17/10/2018
“ Anak yang banyak bertanya sebenarnya bijak, curiosity dia tinggi. Mama papa jangan penat layan soalan anak-anak p**ak ya ” 😁
ADAKAH TUAN PUAN SEDANG MENCARI TADIKA UNTUK ANAK? BAGAIMANA CARANYA?
�013-5453139 sekarang Tadika Almira Kingfisher, Kota Kinabalu utk pendaftaran 2018
17/10/2018
“ Anak yang banyak bertanya sebenarnya bijak, curiosity dia tinggi. Mama papa jangan penat layan soalan anak-anak p**ak ya ” 😁
16/10/2018
" Jangan lokek untuk membeli mainan kepada anak kesayangan. Tidak semestinya mainan perlu dibeli yang mahal-mahal sahaja. ⚽🎮🎀🐻🛍️ ”
" Saya ulang & ulang
TIDAK ADA PIL-UBAT BAGI ANAK CEPAT PANDAI.
TAK ADA !
Semua kena usaha. Mak Ayah kena usaha, anak kena usaha "
Dr Shukri Abdullah
Tips untuk murid bermasalah....
Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:
1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) Murid Pelat:
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Murid lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid
4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.
5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Boleh cuba.
30/09/2018
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Baru kemas, dah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas p**ak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.
Pada yang masih bujang tu, good luck 😂💪
29/09/2018
Marah anak jangan sesekali pukul muka. Marah isteri jangan sesekali tengking depan anak, pukul muka jauh sekali. Para suami kena tukar, nak marah isteri bagi bunga, peluk isteri, ungkit perkara yang baik pernah isteri buat terhadap kita. Marah anak, pukul kemudian, peluk anak, cium anak. Doa waktu peluk bagi anak dengar.
PELUK bukan perkara biasa. ia POWER, ia merembeskan HORMONE yang baik. Hormone dopamine secara automatik akan dirembeskan apabila kita Memeluk pasangan atau anak, begitu juga dengan hormone oxytocin. Ia buatkan kita tenang dan bahagia. Marah akan bertukar kepada tenang apabila kita bertindak dengan baik.
Bahagia apabila kita melihat pasangan, anak-anak hati kita akan tenang. Untuk Rasa perkara ini, perlukan satu usaha. Marah bukan selesaikan masalah, bukan datangkan bahagia,ketenangan. Marah,tengking,memcaci maki jauhkan rahmat Allah s.w.t dalam kehidupan kita.
Buat apa nak tengking anak isteri/suami?
PELUKLAH.
18/09/2018
Peringatan bersama..
07/09/2018
"Belajar tinggi tinggi jadi cikgu Taska,Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak."
"Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ajar ABC, 123 je"
"Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak."
Mentaliti orang kita. S**a pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska Dan Tadika sahaja.
Sebagaimana hebatnya panggilan cikgu itu, begitu jugalah hebat dan mencabarnya tugas sebagai seorang guru apatah lagi menjadi guru kepada anak-anak awal usia ini iaitu yang berumur antara Bayi hingga 6 tahun.
Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.
Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:
1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.
2. Bila pelajar takmau bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.
3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan.😂😂
4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.
5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.
6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan p**a nak ajar mereka membaca buku.
Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah & teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.
💕
30/08/2018
Selamat Hari Kemerdekaan 🇲🇾🇲🇾 !
Alhamdulillah pembelajaran kenal warna manik sambil buat aktiviti. Seronok kan 👏😍 PART 2
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |