Laman Rasmi SMK Inanam

Laman Rasmi SMK Inanam sebuah sekolah menengah kebangsaan harian yang mula beroperasi pada 1 Januari 1988.

Pagi tadi, warga sekolah meraikan persaraan dan perpindahan guru.Sensei Ng Keam Kee. Bersara wajib.Cikgu Nelson Llames. ...
25/09/2026

Pagi tadi, warga sekolah meraikan persaraan dan perpindahan guru.

Sensei Ng Keam Kee. Bersara wajib.
Cikgu Nelson Llames. Berpindah ke sekolah baharu.

Kami kehilangan dua orang guru yang sangat dedikasi.

Selamat bersara sensei Ng.

Semoga kekal cemerlang Cikgu Nelson.

Doa kami mengiringi perjalanan Cikgu berdua.

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Inanam Berhad berlangsung petang tadi. Mesyuarat ini melibatkan semua Anggota Lemba...
23/09/2026

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Inanam Berhad berlangsung petang tadi. Mesyuarat ini melibatkan semua Anggota Lembaga Koperasi dan Anggota Koperasi yang berdaftar.

Berdasarkan laporan kewangan oleh Bendahari tadi Koperasi SMK Inanam Bhd punya laba besar ketimbang tahun sebelumnya.
Tahniah Pengurus Besar dan ALK Guru dan ALK Pelajar kerana mengurus dan menyelaras operasi perniagaan dengan cemerlang.

Semoga Koperasi SMK Inanam Berhad sebaris dengan Koperasi Sekolah Menengah peringkat negeri dan kebangsaan yang cemerlang pengurusannya.

Objektif Koperasi melatih anggota belajar tatakelola mesyuarat dikira berjaya. Tahniah!.

Ayu Nadiera Abdullah murid 4 Kirana terpilih ke program Pendidikan Luar peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.Katanya ...
21/09/2026

Ayu Nadiera Abdullah murid 4 Kirana terpilih ke program Pendidikan Luar peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.

Katanya mereka di sana Kelantan (Kem Tangok, Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan) bukan sahaja melaksanakan aktiviti rekreasi tetapi mereka juga membawa cabaran besar negeri Sabah dalam pertandingan berbasikal dan Dikir Barat.

Semoga Ayu Nadiera dan 18 orang lagi rakan-rakannya berjaya menyahut cabaran itu.

Serlahkan potensimu SEMI.

19/09/2026

Team Kemahiran PPKI SMK Inanam

Karnival Madani,PPD Kota KinabaluTarikh: 19/09/2026Tempat : SRJK(C) ST JAMES,KKAkt Disertai : Booth KeusahawananKemahira...
19/09/2026

Karnival Madani,PPD Kota Kinabalu
Tarikh: 19/09/2026
Tempat : SRJK(C) ST JAMES,KK
Akt Disertai : Booth Keusahawanan
Kemahiran:
1. Roti (KVS)
2.Jahitan(KVS)
3.Asas Masakan (KV&KAV)
4.Perkebunan (KV)

Pertandingan Mahabbah Pend.Khas,Peringkat Daerah Kota KinabaluTarikh:17/9/26Tempat : Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sa...
17/09/2026

Pertandingan Mahabbah Pend.Khas,Peringkat Daerah Kota Kinabalu
Tarikh:17/9/26
Tempat : Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah
Pencapai PPKI SMK Inanam
-Johan Hafazah
-Johan Seni Khat
-Naib Johan Deklamasi Sajak( Pend.Moral)
-Ketiga Tilawah Al-Quran
-Ketiga Hafazan
Kedudukan Keseluruhan PPKI SMK/SK Daerah Kota Kinabalu
- Ketiga


Peranan ibu bapa
15/09/2026

Peranan ibu bapa

KECICIRAN MURID BUKAN TANGGUNGJAWAB GURU SEMATA-MATA.

Apabila seorang anak tidak hadir ke sekolah, guru boleh menghubungi ibu bapa. Guru boleh bertanya khabar, memberikan nasihat, mengenal pasti masalah dan melakukan intervensi.

Tetapi ada satu perkara asas yang perlu kita akui — guru tidak boleh berada di setiap rumah untuk mengejutkan setiap anak supaya bangun dan pergi ke sekolah.

Anak tidak bangun pagi?
Anak sengaja ponteng?
Anak berkali-kali tidak mahu ke sekolah?

Di sinilah peranan keluarga sangat penting.

Pendidikan memang tanggungjawab bersama antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Namun, memastikan anak bersedia dan hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan bermula dari rumah.

Jangan tunggu ketidakhadiran beberapa hari menjadi beberapa minggu. Jangan tunggu ponteng sekali-sekala akhirnya membawa kepada keciciran.

Guru akan membantu.
Sekolah akan berusaha.
Tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranan.

Satu kerusi kosong di dalam kelas mungkin kelihatan kecil. Tetapi jika dibiarkan berterusan, ia boleh memberi kesan besar kepada masa depan seorang anak.

Pastikan anak hadir ke sekolah. Pendidikan mereka bermula dengan kehadiran.

Selangkah lagi Pemimpin Sekolah menerajui perubahan.Pagi tadi berlangsungnya Permuafakatan  antara Sekolah dan Komuniti....
14/09/2026

Selangkah lagi Pemimpin Sekolah menerajui perubahan.

Pagi tadi berlangsungnya Permuafakatan antara Sekolah dan Komuniti.

Sinergi Ibu Bapa, Sekolah dan Komuniti ke Arah Kehadiran Murid yang Konsisten atau SINAR merupakan perbincangan santai berkaitan isu ponteng sekolah bersama-sama JKKK dan Ketua Kampung yang mana anak-anak komuniti mereka bersekolah di SEMI. Platform perbincangan ini memberikan ruang antara sekolah dan pemimpin komuniti menelusuri permasalahan ponteng sekolah yang semakin hari semakin meningkat. Jika tidak ada pencegahan awal sudah pasti SEMI kekal sebagai sekolah yang menduduki senarai lima sekolah yang rendah peratus kehadiran ke sekolah setiap bulan. Ini bukanlah perkara yang membanggakan.

Dalam Program SINAR itu tadi, seramai 7 orang wakil pemimpin komuniti yang dapat hadir.

Selain perkongsian hasrat sekolah, turut dilangsungkan majlis penandatangan Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Pengetua dan kesemua pemimpin komuniti yang hadir sebagai tanda masing-masing memahami dan menerima hasrat sekolah.

Majlis ringkas penuh bermakna itu turut disaksikan oleh YBrs. Encik Nordin Insan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, PPD Kota Kinabalu, Tuan Abqaree Fawwaz Abekan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, UPPM Inanam dan Encik Aliuddin Majid, Yang Dipertua PIBG SEMI.

Semoga permuafakatan ini menjadi titik permulaan mengurangkan bahang panas dan ancaman isu-isu sosial yang lainnya terutama berkaitan dengan anak-anak SEMI di luar pagar sekolah.

Kita jaga kita.
Daripada kita kepada anak-anak kita juga.

Perhimpunan Pagi.Pengetua dalam Amanat Mingguan pagi tadi mengingatkan pelajar Sesi Pagi tentang tidak melakukan sesuatu...
14/09/2026

Perhimpunan Pagi.

Pengetua dalam Amanat Mingguan pagi tadi mengingatkan pelajar Sesi Pagi tentang tidak melakukan sesuatu yang boleh menggelapkan masa depan.

Beliau turut menyentuh tentang isu pergaduhan di luar sekolah yang bakal membarah jika tidak dicegah segera. Pesan beliau, pelajar hendaklah berlapang dada dan berusaha untuk tidak menyebut perkataan atau kata-kata yang berunsur provokasi dan bahasa yang kurang elok didengar oleh sesiapapun.
Kerana,
Bahasa jiwa bangsa.
Bahasa yang baik merupakan cerminan diri kita.

31/01/2026

Address

Peti Surat A290, Jalan Tuaran Bypass
Kota Kinabalu
89357

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6088425244

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi SMK Inanam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share