Pusat Persediaan Sains & Teknologi,UMS

Pusat Persediaan Sains & Teknologi,UMS Pusat Persediaan Sains & Teknologi, UMS Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010.

Sebagai permulaan pusat ini diletakkan di bawah Sekolah Sains dan Teknologi untuk menjalankan Program Asasi Sains. Pusat ini bermatlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. Di masa hadapan program-program asasi yang ditawarkan di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ini akan ditambah dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan pendidikan seperti Program Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan dan Program Asasi Sains Sukan. Program Asasi Sains ini bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan sains asas yang mantap untuk diserap ke dalam program-program pengajian sains di Universiti Malaysia sabah. Selain itu, program ini juga berperanan untuk memberi peluang kepada calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui saluran utama kementerian (UPU). Struktur kurikulum Program Asasi Sains ini mempunyai kelulusan dan kemahiran sains yang menepati program yang disediakan oleh sekolah-sekolah di Universiti Malaysia Sabah.

🏅 SUKAS 2025 — OFFICIAL HOUSE ANNOUNCEMENT! 🏆Hogwarts House Edition ✨Berikut adalah senarai rasmi pembahagian rumah SUKA...
06/11/2025

🏅 SUKAS 2025 — OFFICIAL HOUSE ANNOUNCEMENT! 🏆
Hogwarts House Edition ✨

Berikut adalah senarai rasmi pembahagian rumah SUKAS 2025:

🟡 Hufflepuff (K1 + selected)
📋 Pengurus: Dr Miv

🦅 Ravenclaw (K2 + selected)
📋 Pengurus: Dr Fadli

🦁 Gryffindor (K3 + selected)
📋 Pengurus: Dr Rashidi

🐍 Slytherin (K4 + selected)
📋 Pengurus: Dr Lusia (Juara Bertahan SUKAS 2024)

Rumah manakah yang akan menjadi juara keseluruhan SUKAS 2025? 👀🔥

Disertakan juga Jadual Penuh dan Aturcara Majlis Perasmian penutupan SUKAS 2025

 -Kata Hikmah
04/11/2025

-Kata Hikmah

Kata-Kata Hikmah untuk manfaat bersama.Daripada: Seluruh warga PPST.
01/11/2025

Kata-Kata Hikmah untuk manfaat bersama.

Daripada: Seluruh warga PPST.

30/10/2025
30/10/2025

28 Oktober 2025KOTA KINABALU: Seramai 440 pelajar lepasan Program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Agrisains diraikan dalam Majlis Tamat Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Canselor, UMS baru-baru ini.Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj...

30/10/2025

KOTA KINABALU: Keazaman dan pengorbanan seorang ayah tunggal menjadi sumber kekuatan kepada pelajar cemerlang, Xaverie Faye Pansiol, apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor sempena Majlis Tamat Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2024/2025 baru-baru ini.

Pelajar berusia 19 tahun itu merupakan graduan Program Asasi Sains dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UMS.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kota Kinabalu High School.

Berita Penuh:
https://www.nabalunews.com/post/xaverie-terima-anugerah-naib-canselor-sempena-majlis-tamat-asasi-ums

Setinggi-tinggi terima kasih di ucapkan kpd Dr. Makdi Masnoddin atas sumbangan menjalankan fungsi pengarah bermula 01 Og...
30/10/2025

Setinggi-tinggi terima kasih di ucapkan kpd Dr. Makdi Masnoddin atas sumbangan menjalankan fungsi pengarah bermula 01 Ogos 2025 hingga 29 Okt 2025.

Daripada: Pengarah & Seluruh warga PPST

Selamat kembali bertugas Prof.Madya ChM Dr Newati Wid, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) berkuatkuasa...
30/10/2025

Selamat kembali bertugas Prof.Madya ChM Dr Newati Wid, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) berkuatkuasa hari ini 30 Okt 2025.

Daripada : seluruh warga PPST.

Buat julung kalinya, Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, PPST telah menganjurkan Perlawanan Perlawanan Bowling antara...
27/10/2025

Buat julung kalinya, Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, PPST telah menganjurkan Perlawanan Perlawanan Bowling antara Team Pentadbiran dan Team Sains pada 15 Oktober 2025(Rabu) jam7.00 malam di Ubowl, One Borneo.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan pentadbiran & sains serta menyemarakkan lagi semangat kesukanan seterusnya bersama-sama mengamalkan budaya bersukan demi untuk kesihatan bersama.

Keputusan:
Juara: Team Merah
N.Juara: Team Biru
Ketiga: Team Hitam
Keempat: Team Ungu
Pemain terbaik: En Mohd Sobri Othman

Tahniah atas penganjuran program sebegini & semua pasukan yg memenangi perlawanan persahabatan ini.





🏕️Program Kem Kepimpinan Persatuan Pelajar Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2025/2026   telah berjaya dilaksan...
27/10/2025

🏕️Program Kem Kepimpinan Persatuan Pelajar Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Pisapakan Riverside Lodge and Campsite pada 10-12 Oktober 2025.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin, dan semangat kepimpinan yang tinggi sepanjang program ini berlangsung.

Diharapkan ilmu, pengalaman, dan nilai kepimpinan yang diperoleh akan menjadi panduan untuk terus melangkah sebagai pemimpin yang berintegriti, berwawasan, dan berjiwa AUMS 🐅

📍Majlis Serah Tugas Kelab-Kelab di bawah Persatuan Pelajar Asasi UMS (PPAUMS) antara   dan  1. Kelab Multimedia2. Kelab ...
27/10/2025

📍Majlis Serah Tugas Kelab-Kelab di bawah Persatuan Pelajar Asasi UMS (PPAUMS) antara dan

1. Kelab Multimedia
2. Kelab Keusahawanan
3. Kelab Sukan dan Rekreasi

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr Makdi Masnoddin, Menjalankan Fungsi Pengarah merangkap Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Penyelidikan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi pada 23 Oktober 2025 (Khamis), jam 10.30 Pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PPST

Pengarah dan warga Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Elnetthra ...
27/10/2025

Pengarah dan warga Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Elnetthra Folly Eldy, Pensyarah PPST kerana telah memperoleh kemenangan Naib Johan dalam kategori Pengajaran Transformatif sempena Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AKIPP) 2025 pada 10 Oktober 2025 yang lalu.





Address

Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Persediaan Sains & Teknologi,UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Persediaan Sains & Teknologi,UMS:

Shortcuts

Share

Category