Dapur Siswa Madani UMS

Dapur Siswa Madani UMS Dapur Siswa Madani @ UMS

09/09/2026

"Bukan hanya Sekadar Hidangan di Dapur Siswa Madani @ UMS tetapi Ini adalah pengorbanan bag Misi Kebajikan untuk Pelajar UMS."

Terima kasih kerana selalu menyokong kami..





04/09/2026

🍱 DARI DAPUR, UNTUK KEBAJIKAN BERSAMA 💚

Setiap hidangan yang disediakan bukan sekadar makanan, tetapi hadir bersama nilai keprihatinan, kebersamaan dan kasih sayang kepada warga mahasiswa.

Melalui Dapur Siswa Madani@UMS, usaha penyediaan dan agihan makanan dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menyokong kesejahteraan mahasiswa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sumbangan dan tenaga dalam menjayakan inisiatif ini.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan terus membawa manfaat dan menjadi sebahagian daripada usaha membina komuniti mahasiswa yang saling prihatin dan menyokong. 🌷

Dapur Siswa Madani@UMS — Berkongsi Rezeki, Menyemai Keprihatinan.

📢 PERATURAN PENGGUNAAN DAPUR SISWA MADANI@UMSUntuk makluman dan perhatian semua pengguna, berikut merupakan peraturan pe...
04/09/2026

📢 PERATURAN PENGGUNAAN DAPUR SISWA MADANI@UMS

Untuk makluman dan perhatian semua pengguna, berikut merupakan peraturan penggunaan Dapur Siswa Madani@UMS yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, kerjasama semua pengguna amatlah dihargai untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan serta bersama-sama menjaga kebersihan, keselamatan dan kemudahan Dapur Siswa Madani@UMS demi keselesaan bersama.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua. 🌷

🤍 SETULUS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH🤍Pihak Dapur Siswa MADANI@UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan te...
24/08/2026

🤍 SETULUS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH🤍

Pihak Dapur Siswa MADANI@UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, sumbangan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan inisiatif ini.

Penghargaan khusus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), kakitangan, mahasiswa, Krew Dapur Siswa MADANI@UMS, para penyumbang, rakan strategik serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Setiap sumbangan, sama ada dalam bentuk bahan makanan, tenaga, kepakaran, masa, sokongan kewangan mahupun kerjasama, amat bermakna dalam memastikan kelangsungan usaha membantu mahasiswa yang memerlukan.

Sesungguhnya, kejayaan Dapur Siswa MADANI@UMS bukanlah hasil usaha satu pihak sahaja, tetapi lahir daripada semangat kebersamaan dan keprihatinan seluruh warga UMS.

Semoga segala jasa, sumbangan dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal yang bernilai serta terus memberi manfaat kepada mahasiswa.

🌾 Terima kasih kerana bersama-sama menyantuni, berkongsi dan menjaga kebajikan mahasiswa.

DAPUR SISWA MADANI@UMS
Bersama Menyantuni, Bersama Berkongsi, Bersama Membina Kesejahteraan Mahasiswa.






19/08/2026

Timelapse Operasi Dapur Siswa DSM@UMS KKTM






Assalamualaikum w.b.t dan Salam UMS Bertekad Cemerlang*[PENANGGUHAN AGIHAN NASI DAN LAUK DI DAPUR SISWA MADANI@UMS KOLEJ...
03/08/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam UMS Bertekad Cemerlang

*[PENANGGUHAN AGIHAN NASI DAN LAUK DI DAPUR SISWA MADANI@UMS KOLEJ KEDIAMAN TUN FUAD]*

Pihak Dapur Siswa MADANI@UMS Kolej Kediaman Tun Fuad ingin memaklumkan bahawa agihan nasi dan lauk kepada para pelajar akan *DITANGGUHKAN* pada ketetapan berikut:

Tempoh penangguhan adalah:
📌 *27 Hingga 31 Julai 2026*

Sepanjang tempoh ini *Tiada agihan nasi dan lauk* akan dijalankan.
Walau bagaimanapun, Dapur Siswa MADANI@UMS KKTF *MASIH DIBUKA* sepenuhnya untuk kegunaan semua pelajar yang ingin memasak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelajar.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
📞 *Nisa*: https://wa.me/60198094840

Sekian.

*"BERSAMA MEMBANGUN DSM@UMS KE ARAH YANG LEBIH BAIK"*

Yang Benar,
Krew Dapur Siswa MADANI@UMS
Universiti Malaysia Sabah

30/07/2026

Timelapse Operasi Dapur Siswa DSM@UMS






📢 MAKLUMAN KAEDAH PENYERAHAN SUMBANGAN BERAS UNTUK DAPUR SISWA MADANI @ UMS 📢​Kepada yang ingin menyumbang, penyerahan (...
24/07/2026

📢 MAKLUMAN KAEDAH PENYERAHAN SUMBANGAN BERAS UNTUK DAPUR SISWA MADANI @ UMS 📢

​Kepada yang ingin menyumbang, penyerahan (drop-off) sumbangan beras boleh dihantar ke lokasi berikut:

​📍 Lokasi:
Lobi Dapur Siswa Madani, Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), UMS

​📞 Hubungi:

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
​En. Edwin : 011-31422259
En. Zuzu : 019-2850669

​Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda! 🙏

"Kejayaan UMS bukan hanya pada kecemerlangan akademik, tetapi pada kukuhnya keprihatinan warga kerjanya. Marilah kita be...
24/07/2026

"Kejayaan UMS bukan hanya pada kecemerlangan akademik, tetapi pada kukuhnya keprihatinan warga kerjanya. Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ~Satu Staff Satu Kampit Beras ~ khas untuk Dapur Siswa Madani @ UMS. Percayalah..Sumbangan beras anda hari ini adalah kekuatan untuk mereka melangkah ke hari esok."

Address

Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Siswa Madani UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category