Laman Rasmi Profesional Huffaz Quran_PHQ_UMS

Laman Rasmi Profesional Huffaz Quran_PHQ_UMS

Share

Program Profesional Huffaz Quran (PHQ) UMS

29/12/2025

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠-𝗜𝗜𝗨𝗠 (𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱) 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 / 𝟮𝟬𝟮𝟳

Sukacita dimaklumkan bahawa Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM-IIUM bagi Sesi Pengajian 2026/2027.

Program ini direka khusus untuk melahirkan huffaz profesional yang bukan sahaja menghafaz 30 juzuk Al-Quran secara mutqin, tetapi juga memiliki persediaan akademik yang mantap untuk meneruskan pengajian ke peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

𝗣𝗘𝗡𝗘𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡: 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡-𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔.

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥:

Maklumat penting berkaitan permohonan adalah seperti ketetapan berikut:

𝟭. 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 (𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘)
-Tarikh Permohonan Dibuka: 7 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
-Tarikh Permohonan Ditutup: 1 JANUARI 2026 (KHAMIS)

𝟮. 𝗞𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡
-Permohonan hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA melalui Sistem Permohonan Kemasukan Darul Quran (MyDQ).

-Sila layari portal rasmi permohonan di pautan berikut:
https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon atau imbas QR code yang disediakan pada poster iklan.

-PENEGASAN: Permohonan melalui kaedah lain (seperti serahan borang manual, e-mel, atau surat) TIDAK AKAN DIPROSES.

-Pemohon wajib mendaftar akaun dan melengkapkan butiran di portal MyDQ.

-Panduan bagi memohon kemasukan ke Darul Quran JAKIM boleh ditonton di video dalam pautan seperti di bawah:
https://drive.google.com/file/d/1lbolekfjAcyfIBjBgZqlrMNr4dy_-RiH/view?usp=sharing

𝟯. 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡
-Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu (Berjaya): 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN)

Para ibu bapa dan pelajar yang berminat dinasihatkan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan penuh di laman web rasmi Darul Quran JAKIM sebelum membuat permohonan. Pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup.

Peluang keemasan untuk bergelar huffaz profesional bermula di sini. Jangan lepaskan peluang ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 𝐒eksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi (KBG) melalui talian 03-60635333 atau email [email protected].

Photos from Universiti Malaysia Sabah's post 29/12/2025
21/07/2024
Photos from Laman Rasmi Profesional Huffaz Quran_PHQ_UMS 's post 20/07/2024
Photos from Darul Quran JAKIM's post 27/06/2024
02/06/2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐙𝐀𝐁 𝐈𝐌𝐀𝐌 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐈𝐁𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒, 𝐑𝐀𝐓𝐈𝐁 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 & 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐔𝐓𝐇𝐌𝐀𝐍𝐈

2 Jun 2024 bersamaan 25 Zulqaedah 1445H

Ahad | Bermula 7 malam

Bersama Dato’ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin

Bertempat di:
Dar Ahmadi,
11, Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak,
68000 Ampang

Sila bawa bersama kitab:

1️⃣Al Durrah al Fardiyyah fi al Aurad al Ahmadiah / Ahzab Imam Ahmad ibn Idris RA
2️⃣Maulid Uthmani

Info:019 627 1070

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

*Tertakluk pada perubahan

22/05/2024

[ ]

💎 AKAN DATANG!! MALAM CINTA RASUL SIRI KE-2 💎

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Malam Cinta Rasul Siri 2 anjuran Kelab Rakan Masjid UMS akan berlangsung pada 14 Jun 2024 bertepatan dengan hari Jumaat.

Jika anda seorang yang merindukan Cinta Habibullah, inilah tiba waktunya untuk bersama-sama datang memeriahkan dan mengimarahkan lagi majlis ilmu bersama!

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ✨

🚀Jangan Lupa Follow, Like, Share & Comment!



&KasihSayang

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Pusat Islam
Kota Kinabalu
88400