Vonn Primus

Vonn Primus

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Vonn Primus, Education Website, Jalan Tunku Abdul Rahman, Asia City, Kota Kinabalu.

Photos from Pemimpin's post 03/10/2024

The Power Of A Teacher
The Potential Of A Nation

27/06/2024

Every Step, no matter how tough! is a step foward. Just Becouse you are struggling doesn’t mean you’re falling. The Struggle you’re today is developing the strength you need tommorow

28/12/2023

…Recap 2023 Podcast…

Sangat Mustahil seorang guru biasa masuk dalam sesi bual bicara/podcast apa lagi sebagai Edufluecer/Influencer..

RencanaNya cukup indah! Miracles Do Happen..

1) Influencers Inovasi Belia

https://fb.watch/ma0K_3sIux/?mibextid=cr9u03

Jabatan Penerangan
Jabatan Penerangan Sabah

2) Stef It Up Launge
Stef It Up Lounge Podcast

https://youtu.be/1YbmFo1wjwY

3) Kupikupifm Sabah

https://fb.watch/ntL9TD9d9d/?mibextid=cr9u03

4) Pandai Teacher

https://youtu.be/_rg6DlPw4Cs?si=iswkJFiU9X6XUJBK

22/11/2023

Tugas sebagai seorang guru penuh dengan seribu satu cerita.. pahit dan manis itu pasti. Perjalanan karier sebagai guru bukan hanya menumpukan instrukstional guru dalam bilik darjah sahaja tetapi transformational guru dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik.

Untuk dikatakan terbaik, hebat dan cemerlang itu masih jauh dan tidak pernah saya fikirkan. Apa yang dilakukan adalah berpaksikan kepada satu niat iaitu “Jujur”. Isu permasalahan dan cabaran saya hadapi setiap hari, cabaran dan permasalahan inilah yang mendewasakan serta memberi suntikan semangat untuk saya berjuang dalam menyediakan akses pembelajaran yang semampu saya boleh.

Ramai rakan bertanya, apa inspirasi saya dan mengapa saya menghabiskan banyak masa dengan dunia pendidikan ini..

“saya juga mempunyai anak, saya faham akan kehendak ibu bapa untuk anaknya diajar dengan baik” inilah satu motivasi dan inspirasi yang saya boleh kongsikan. Adalah menjadi satu kesedihan ibu bapa apabila anak dihantar sekolah tetapi hanya duduk, tulis, dengar dan waktu balik, mereka balik.

Tidak terlintas untuk dijadikan filem dan dokumentari cerita di sebalik “I Am Cikgu Vonn” ini, jujur saya katakan saya hanya seorang guru biasa!

Dalam Dunia pendidikan saya juga lakukan ini sebagai satu perjuangan dan satu suara kepada ibu bapa terutama sekali dalam Dunia Pendidikan Khas. Cabaran sebagai ibu bapa di rumah tidak sama dengan cabaran sebagai seorang guru di kelas. Namun kedua2 cabaran ini saya merasainya. Hal ini juga menyebabkan apa yang saya lakukan bukan sahaja tugas hakiki sebagai guru tetapi lebih daripada tugas seorang guru sebenarnya.

Bagi rakan-rakan guru sama2 kita membina dan memberi sehabis baik tugas mengajar kita. gaji bulanan sememangnya akan kita perolehi tetapi gaji akhirat nanti akan menjadi tidak ternilai harganya apabila niat yang betul terhadap profession kita.

terima kasih sekali lagi pengarah ini kerana tertarik dengan cerita seorang guru biasa dari pedalaman Daerah Keningau, Sabah.

22/10/2023

“Miracle Do Happen”

Prinsip “Miracle Do Happen” ini menjadi suntikan motivasi kepada saya untuk memperjuangkan advokasi yang telah saya gariskan 2020 lg iaitu “Memartabatkan Hak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas”. Melalui prinsip ini juga saya dan warga guru di Program Pendidikan Khas, SK Bingkor, Keningau telah membangunkan projek “Miracle”. Projek ini mengabungkan kepimpinan transformasional dan instrukstional guru dalam dan luar bilik darjah… saya kongsikan dengan kalian semua sedikit progress projek “Miracle” ini. Projek ini menumpukan beberapa aspek ianya termasuklah PdP MBPK, Kecerian PPKI, Program Pembangunan Pendidikan MBPK, Program Intervensi, Program Pendidikan Inklusif dan ada beberapa lagi.

Saya Percaya tugas sebagai seorang guru bukan hanya “Berabis” di dalam kelas sahaja tetapi juga memberi sehabis baik di luar bilik darjah termasuklah pembangunan dan persekitaran yang kondusif untuk MBPK

Saya juga percaya pasti ada satu keajaiban yang berlaku untuk kemenjadian murid dan juga pembangunan kelas ppki Sk Bingkor yang baru berumur 3 Tahun ini. Saya punya cita2 yang besar untuk melahirkan lebih ramai “Kemenjadian” MBPK di Sk Bingkor Ini.

“MIRACLE DO HAPPEN”

12/10/2023

“Kerana Seni Itu Indah”

Majlis Hari Etnik Sabah 3.0, Sempena Sambutan ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah

Terima Kasih
Jabatan Penerangan Negeri Sabah Jabatan Penerangan Sabah
atas Pencalonan Kepada Saya

Terima Kasih
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Atas Peluang dan penghargaan ini kepada saya.

04/10/2023

“Miracle Do Happen”

Ada sesuatu yang menarik cerita kami esok di Kupikupifm Sabah .. Boleh dengarkan di Kupi2Fm 96.3 dan boleh saksikan secara Live juga di page Facebook kupi2fm..

ANUGERAH RISE EDUCATOR 2023 03/10/2023

Terima Kasih Atas Peluang dan Kesempatan yang di berikan ini

“Dalam Pahit Hari Kelmarin, Hari Ini Pasti Ada Manis”

Saya Doakan Lebih Ramai lagi guru diluar sana mendapat penghargaan dan pengiktirafan.. yang pasti Anugerah yang terindah akan kita perolehi di Akhirat nanti..

“The Power Of A Teacher, The Potential Of A Nation” 🥰❤️

ANUGERAH RISE EDUCATOR 2023

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Tunku Abdul Rahman, Asia City
Kota Kinabalu
88000