04/07/2026
Terima kasih Sispa ums
ππππππ πππππππππ πππππππππππ ππππππππππππ πππππππππππ ππ
πππππππππ πππππ ππππππππππππ ππ
ππππππ ππππππππ (ππππππ) ππππ
Pada 4 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) 2026 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Wilert Puriwat, D.Phil. (Oxon) iaitu Presiden ASAIHL merangkap Presiden Universiti Chulalongkorn, Thailand, Dr. Suchin Worawichawong, Setiausaha Agung ASAIHL serta disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Turut hadir ialah Kapt. Bersekutu (PA) Ag Nasip bin Yunos, ajutan Kor SISPA UMS bersama seramai 21 orang pelajar Kor SISPA UMS yang menghadiri majlis tersebut bagi menyokong penganjuran persidangan antarabangsa berprestij ini. Kehadiran para kadet mencerminkan komitmen dan semangat kebersamaan warga Kor SISPA UMS dalam menyokong aktiviti rasmi universiti serta menjayakan program bertaraf antarabangsa.