SMK Petagas Penampang

SMK Petagas Penampang Selamat datang ke Laman Rasmi Facebook SMK Petagas, Penampang, Sabah

✨A Star at Southern Gate✨

31/08/2026
Qaiyisah Syafiqah Binti Mahfuze, 4 PROCYON telah mewakili sekolah dan mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Program Ca...
17/08/2026

Qaiyisah Syafiqah Binti Mahfuze, 4 PROCYON telah mewakili sekolah dan mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Program Cabaran Pendidikan Luar Generasi Madani - Unit Beruniform Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Sabah & Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026.

Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos 2026 di Pusat Kokurikulum Negeri (Kem Malangang, Kiulu). Sepanjang program ini, murid kita telah mendapat peluang yang sangat berharga untuk menimba pelbagai ilmu dan kemahiran baharu, antaranya:

- Mendalami Tatacara Kawad Statik bagi Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku
- Memahami adab dan etika Adab Makan Bersama
- Menguasai kemahiran Pandu Arah dan Penggunaan Kompas
- Memahami Konsep Dikir Barat serta Instrumen Tradisional
- Mempelajari Anatomi dan Struktur Basikal

Melalui penglibatan aktif, ketekunan dan semangat tidak kenal lelah, Qaiyisah Syafiqah telah berjaya menonjolkan kebolehan yang cemerlang dan meraih:

TEMPAT KETIGA — PERTANDINGAN PANDU ARAH (PERINGKAT NEGERI)

Kejayaan ini adalah bukti kesungguhan, ketahanan diri serta semangat ingin belajar yang tinggi yang dimiliki oleh Qaiyisah Syafiqah. Semoga pencapaian ini menjadi pendorong kepadanya untuk terus berusaha, menimba lebih banyak ilmu serta mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Sekalung tahniah dan syabas kepada Qaiyisah Syafiqah Binti Mahfuze atas pencapaian yang membanggakan ini! Semoga terus maju ke hadapan dan menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain.

PETAGASIAN UNGGUL!

TAHNIAH DAN SYABASSetinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada Ybrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Pendidika...
15/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada Ybrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Pendidikan Sabah atas pelantikan dan amanah yang diberikan.

Semoga kepimpinan yang cemerlang, berwibawa dan berintegriti terus membawa pendidikan Sabah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang, memperkasakan warga pendidik serta melahirkan generasi anak Sabah yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak.

Selamat menjalankan amanah. Semoga terus memimpin dengan hikmah, menginspirasi dengan teladan dan menggerakkan pendidikan Sabah ke tahap yang lebih tinggi.

Tahniah, syabas dan selamat menjalankan tugas!

Pasukan Robotik SMK Petagas telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memperoleh 3 Pingat dalam Pertandingan Roboti...
15/08/2026

Pasukan Robotik SMK Petagas telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memperoleh 3 Pingat dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan — Peringkat Negeri Sabah, yang diadakan di SMK Haji Panglima Jakarullah, Semporna!

PINGAT PERAK
Kategori: Future Innovators (Upper)
Pasukan: Techno Girls
Penyelia: Cikgu Nadia Richard

PINGAT PERAK
Kategori: STEM Invention & Innovation
Pasukan: Petagasians STEM Team
Penyelia: Cikgu Mohd Yusuf bin Andres

PINGAT GANGSA
Kategori: Future Innovators (Lower)
Pasukan: Herencia
Penyelia: Cikgu Dymphina J John

Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan atas usaha, kreativiti dan ketekunan yang luar biasa! Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada para penyelia atas bimbingan dan sokongan berterusan.

Pencapaian ini membuktikan bahawa dengan kesungguhan, semangat inovasi dan kerjasama, setiap idea mampu menjadi kejayaan yang membanggakan. Teruskan berinovasi, mencipta dan menginspirasi!

PETAGASIAN UNGGUL!

Pasukan Mural SMK Petagas telah mencatatkan kejayaan yang amat membanggakan dalam Pertandingan Melukis Mural Negara Bang...
15/08/2026

Pasukan Mural SMK Petagas telah mencatatkan kejayaan yang amat membanggakan dalam Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026, yang telah berlangsung pada 11 Ogos 2026 bertempat di Dewan Al-Fateh, Kolej Tingkatan 6 Seri Lipis, Kuala Lipis, Pahang.

Di bawah bimbingan guru berdedikasi, Cikgu FarnellaHasselyna, anak-anak didik telah tampil bersaing dengan penuh keyakinan, mempamerkan bakat seni yang tinggi serta kreativiti yang luar biasa. Hasil usaha gigih dan kerjasama padu seluruh ahli pasukan, kejayaan yang diraih adalah seperti berikut:

-Saguhati Peringkat Kebangsaan (Tempat ke 9 daripada 10 Finalist) — berdiri sama tinggi di persada negara!
-Top One bagi Negeri Sabah — mengangkat tinggi nama negeri kita!
-Hadiah berupa RM1,000.00 — pengiktirafan atas kecemerlangan yang ditunjukkan.

Pencapaian ini adalah bukti nyata bakat tersembunyi dan kebolehan luar biasa murid-murid kita. Walaupun baru sahaja menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan, kecemerlangan ini membuktikan bahawa SMK Petagas berkemampuan bersaing dengan sekolah-sekolah terbaik di seluruh negara. Kita berharap pasukan ini akan terus berlatih dan berusaha supaya pada tahun hadapan SMK Petagas boleh kembali mencabar dan merebut gelaran Juara Kebangsaan!

Teruskan berjuang dan jangan pernah berputus asa. Kejayaan sebegini adalah langkah pertama menuju ke puncak kejayaan yang lebih tinggi. Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh ahli Pasukan Mural serta Cikgu Farnella atas kepimpinan dan bimbingan yang tidak berbelah bahagi. Semoga terus cemerlang dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

PETAGASIAN UNGGUL!

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Tarian Sekolah "Arrakis" telah meraih kejayaan gemilang dalam Pertandingan...
15/08/2026

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Tarian Sekolah "Arrakis" telah meraih kejayaan gemilang dalam Pertandingan Tarian Kategori Etnik Kreatif yang dijalankan pada 12 Ogos 2026 (Rabu).

Pertandingan yang dianjurkan oleh MSU College tersebut telah berlangsung bertempat di Dewan Kebudayaan Penampang.

Berkat usaha gigih murid, latihan yang tekun serta bimbingan daripada Cikgu Jessica A Mosikon dan Cikgu Beverly Benedict, Pasukan Arrakis telah berjaya menonjolkan persembahan yang memukau dan mengangkat nama sekolah dengan cemerlang.

Pasukan ini telah memenangi TEMPAT KEDUA sekaligus membawa pulang hadiah berupa:
-Cek Simbolik bernilai RM750.00
-Biasiswa MSU College bernilai RM20,000.00

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Cikgu Penyelaras serta semua ahli Pasukan Tarian Arrakis atas pencapaian yang luar biasa ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

PETAGASIAN UNGGUL!

SUKSES 2026Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Petagas telah berjaya meraih Anugerah Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Kerja...
15/08/2026

SUKSES 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Petagas telah berjaya meraih Anugerah Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Kerjaya Peringkat Kebangsaan Zon Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sempena SUKSES 2026.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Aadra, Jowell dan Gjoey dari kelas 2 Alnair, serta guru pembimbing Cikgu Nadia dan Cikgu Khairah atas pencapaian ini.

KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERIDua orang murid orang Kor Kadet Polis daripada SMK Petagas telah mewakili Kadet Polis Penampa...
15/08/2026

KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI

Dua orang murid orang Kor Kadet Polis daripada SMK Petagas telah mewakili Kadet Polis Penampang dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri yang diadakan pada 11 Julai 2026 di SICC.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kadet Polis Penampang telah mendapat Johon dalam 2 kategori.

1. Johan - Kawad Kaki Kor Kadet Polis Lelaki
2. Johan - Kawad Kaki Kor Kadet Polis Perempuan.

Murid yang mewakili sekolah kita ialah
1. MOHAMAD KHAN ZADA
2. NURTASHA

Oleh itu, mereka akan mewakili Sabah dan mara ke peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos nanti.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua kor kadet polis yang lain. Tahniah kepada murid-murid dan guru-guru.

Address

Peti Surat 50022
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 11:30
14:00 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Petagas Penampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Petagas Penampang:

Shortcuts

Share

Category