10/12/2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas B (VK6) berkuat kuasa 1 Disember 2025.
Ikhlas daripada seluruh warga Pusat Pengurusan Penyelidikan.
13/11/2025
HEBAHAN LOKASI PARKIR AWAM – MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (APUMS) 2025
Tarikh: 14 November 2025 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Grand Ballroom, Aras 3, Le Méridien Kota Kinabalu
Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) 2025 akan diadakan di Le Méridien Kota Kinabalu pada tarikh dan masa seperti di atas.
Memandangkan kapasiti parkir di dalam kawasan hotel adalah terhad, para jemputan dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan parkir awam atau parkir di kawasan berdekatan seperti berikut:
Lokasi Parkir Awam & Alternatif Berdekatan
1. Tempat Letak Kereta KK Waterfront
• Terletak berhampiran Sunset Bar dan Anjung Kinabalu (lebih kurang 3 minit berjalan kaki ke hotel).
2. Tempat Letak Kereta Warisan Square / Unic Hotel / The Klagan Hotel
•Kawasan parkir bertingkat yang luas di kompleks Warisan Square, termasuk parkir berhadapan The Klagan Hotel.
•Terletak bersebelahan Le Méridien, dengan akses mudah melalui Jalan Tun Fuad Stephens.
3. Tempat Letak Kereta Awam Berhadapan Pasar Filipina (Handicraft Market)
•Sesuai bagi jemputan yang tiba awal; kira-kira 5 minit berjalan kaki ke hotel.
4. Parkir Pusat Membeli-Belah Berdekatan:
•Centre Point Sabah (CPS) Shopping Mall – ±6–8 minit berjalan kaki melalui Jalan Asia City / Jalan Coastal.
Saranan Kepada Para Jemputan
• Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar pada malam minggu.
• Gunakan aplikasi Google Maps atau Waze bagi panduan ke lokasi parkir terkini.
• Disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau berkongsi kenderaan (carpool) bersama rakan jemputan bagi mengurangkan kesesakan dan memudahkan urusan parkir.
Sekretariat
Majlis APUMS 2025
05/11/2025
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
MAKLUMAN MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (APUMS) TAHUN 2025
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan akan mengadakan majlis seperti yang dinyatakan di atas pada ketetapan berikut:
Tarikh : 14 November 2025 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Grand Ballroom Level 3, Le' Meridien Hotel Kota Kinabalu
Untuk makluman, majlis ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
20/10/2025
Selamat Menyambut Hari Deepavali , Ikhlas daripada seluruh warga Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS.
20 Oktober 2025
04/10/2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP atas pelanjutan pelantikan sebagai Naib Canselor UMS berkuatkuasa 3 Oktober 2025.
16/09/2025
Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September 2025 .
Ikhlas daripada seluruh warga Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS
10/09/2025
Tahniah diucapkan kepada Kakitangan PPP yang terlibat, atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Kakitangan PPP Sesi 2025/2027
10/09/2025
Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Pengurusan Penyelidikan Bil 2 Tahun 2025
Antara aktiviti yang dilaksanakan;
1. Majlis Apresiasi kepada kakitangan yang berpindah
2. Sambutan ulang tahun kakitangan PPP
3. Pelantikan AJK Kelab Kebajikan Kakitangan PPP
4. Sambutan Hari Kemerdekaan
Tarikh : 8 September 2025 (Isnin)
Masa: 9 pagi
Tempat: Cafe D'Sireh
Tema: Merah, Putih, Biru & Kuning
10/09/2025
Bengkel Pemerkasaan Darjah Kegembiraan Pusat Pengurusan Penyelidikan Tahun 2025, dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly selaku Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi
Tarikh : 5 - 7 September 2025
Tempat : Borneo Beach & Mangrove Resort , Tuaran