28/10/2025
Doa ketika hujan adalah salah satu keadaan yang mustajab .
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
" 𝙈𝙀𝙈𝘽𝙄𝙉𝘼 𝙂𝙀𝙉𝙀𝙍𝘼𝙎𝙄 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈 𝙍𝘼𝘽𝘽𝘼𝙉𝙄 "
........................................................................
𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛
Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan di:
5602 3212 7669 (Maybank)
SMITI AL HAFIDZ
Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik atas infak, sedekah, wakaf dan sumbangan kita.
27/10/2025
إنا لله وإنا اليه راجعون . اللهم اغفر له و ارحمه وعافه واعف عنه
Baru dapat khabar duka pemergian sahabat NKP Johor Ustaz Ariff Haron yang juga pengetua SMITI Negeri Johor yang mengalami kemalangan motorsikal.
Sehubungan dengan itu, pihak SMITI Malaysia dengan ini melancarkan sumbangan khairat kematian untuk keluarga Al Marhum.
Segala sumbangan boleh di salurkan melalui akaun :
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA
1102327251
PERTUBUHAN SMITI MALAYSIA
REF:KHAIRATKEMATIAN
CADANGAN SERAHAN : 28 OKT 2025 / SELASA
Sebarang makluman dan pertanyaan boleh terus menghubungi:
Ust Shukri : 0134669710
Ust Tarmizi : 0138985308
23/10/2025
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas sumbangan kerusi baharu ini.
Semoga Allah memberkati rezeki dan amal jariah tuan-tuan dan puan-puan.
" 𝙈𝙀𝙈𝘽𝙄𝙉𝘼 𝙂𝙀𝙉𝙀𝙍𝘼𝙎𝙄 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈 𝙍𝘼𝘽𝘽𝘼𝙉𝙄 "
........................................................................
𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛
Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan di:
5602 3212 7669 (Maybank)
SMITI AL HAFIDZ
Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik atas infak, sedekah, wakaf dan sumbangan kita.
17/10/2025
🎓 RAYUAN SUMBANGAN MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5 🎓
Assalamualaikum wbt.
Majlis Apresiasi Tingkatan 5 SMITI Al-Hafidz Kota Kinabalu akan berlangsung pada 26 Oktober ini, namun dana masih belum mencukupi.
Kami masih memerlukan sekitar RM2,000 bagi menampung kos majlis ini.
Sumbangan tuan/puan amat kami harapkan agar majlis penghargaan buat anak-anak ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. 🌸
💳 Maybank 5602 3212 7669 (SMITI AL HAFIDZ)
Setiap sumbangan, besar atau kecil, amat bermakna buat kami.
Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲
📞 Maklumat lanjut:
Madam – 019 837 8589
Ust. Farouk – 012 950 9807
15/10/2025
KENYATAAN MEDIA
SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SMITI) MALAYSIA
SMITI Malaysia menyokong Gesaan YB Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Alor Setar
agar KPM gubal Dasar Sekolah Selamat.
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan padu terhadap kenyataan dan gesaan YB Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Alor Setar, dalam perbahasan di Dewan Rakyat yang mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera gubal "Dasar Sekolah Selamat".
SMITI Malaysia berpandangan bahawa isu keselamatan murid dan warga sekolah kini berada pada tahap yang membimbangkan, dengan pelbagai insiden melibatkan bunuh, rogol, kemalangan, buli, pergaduhan, gangguan seksual, penyalahgunaan dadah, serta ancaman fizikal dan emosi yang dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Sebagai institusi pendidikan Islam yang mendidik ribuan pelajar di seluruh negara, SMITI Malaysia menyokong penuh cadangan dasar tersebut dan menyeru agar KPM:
1. Menggubal dasar menyeluruh yang memberi fokus kepada keselamatan fizikal, mental, sosial dan digital pelajar.
2. Menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan sekolah yang seragam di seluruh negara, termasuk pelan tindakan kecemasan, rondaan keselamatan, dan pemantauan pihak berkuasa.
3. Memastikan latihan keselamatan berkala kepada guru, pengawal keselamatan, dan pelajar bagi menghadapi sebarang risiko atau ancaman di sekolah.
SMITI Malaysia percaya bahawa usaha memperkukuh aspek keselamatan sekolah bukan sahaja melindungi pelajar dan guru, tetapi juga mengembalikan keyakinan ibu bapa serta masyarakat terhadap sistem pendidikan negara.
Cadangan SMITI Malaysia Kepada KPM Untuk Meningkatkan Tahap Keselamatan Sekolah
1. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah (JKS)
Dianggotai oleh pentadbir sekolah, PIBG, PDRM, AADK, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil komuniti setempat.
Bertanggungjawab memantau keselamatan pelajar, mengesan risiko awal dan merancang program pencegahan.
2. Pemasangan Sistem Keselamatan Pintar (Smart Security System)
Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik sekolah.
Sistem rekod masuk/keluar pelajar dan pelawat menggunakan teknologi digital.
3. Latihan Keselamatan dan Pencegahan Risiko
Program tahunan “Hari Keselamatan Sekolah” untuk pelajar dan guru.
Bengkel pertolongan cemas, kebakaran, bencana alam, serta latihan menangani kes buli dan gangguan seksual.
4. Kaunseling dan Psikologi Sekolah yang Proaktif
Penempatan kaunselor bertauliah di setiap sekolah.
Menyediakan ruang aduan selamat (safe reporting channel) bagi pelajar melaporkan insiden secara rahsia.
5. Kerjasama Strategik Antara KPM dan PDRM
Program “School Liaison Officer” diperkasakan semula agar anggota polis menjadi sahabat sekolah dalam pencegahan jenayah dan buli.
6. Pendidikan Keselamatan Dalam Kurikulum
Memasukkan elemen keselamatan fizikal, mental, dan digital dalam subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik.
Mendidik pelajar tentang batas pergaulan, adab, serta tanggungjawab sosial menurut Islam.
SMITI Malaysia menegaskan bahawa keselamatan pelajar adalah keutamaan tertinggi dalam sistem pendidikan Islam dan negara. Maka, penggubalan 'Dasar Sekolah Selamat' adalah langkah penting dan mendesak untuk memastikan sekolah kembali menjadi tempat yang aman, kondusif, dan berakhlak bagi melahirkan generasi rabbani yang berilmu dan berdisiplin.
Mohd Aizat bin Zakaria
Ketua Pengarah
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Malaysia
Tarikh: 15 Oktober 2025
14/10/2025
Dua berita menyayat hati minggu ini pelajar terlibat dalam kes rogol, dan pelajar membunuh rakan sendiri.
Semoga Allah pelihara anak-anak kita daripada kerosakan akhlak dan fitnah zaman.
Dan semoga kita semua kembali kepada Islam, bukan hanya pada nama tetapi pada jiwa, akhlak, dan cara hidup.
10/10/2025
Jom rebut pahala hari Jumaat!
Sedekah kecil kita mungkin besar nilainya di sisi Allah.
Yang ikhlas walau sedikit, besar ganjarannya di sisi Allah. 💰
Sama-sama kita hidupkan amalan bersedekah hari ini 🌙
09/10/2025
Bengkel Matematik SPM Siri 2 telah selesai dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sir Frederick Leyong Soh Andu atas tunjuk ajar serta bimbingan yang amat bermakna kepada murid-murid Tingkatan 4 dan 5 SMITI.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi bekalan kejayaan mereka dalam SPM kelak, insya-Allah.
Mohon doa daripada semua agar anak-anak SMITI dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.
09/10/2025
Antara sebab kita menghafal Quran adalah untuk kita bagi hadiah kepada mak ayah kita.
Mafhum hadis ' Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota '.
Dan antara orang yang kata mencintai Allah kita mesti tengok hubungan dia dengan Al Quran.
Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Dr Mohd Solleh diatas perkongsian dan tips yang sangat-sangat bermanfaat kepada kami SMITI Al Hafidz Kota Kinabalu .
08/10/2025
Generasi Al Quran. Itulah impian. Itulah jaminan.
Apabila jiwa dididik dengan kalamullah, lahirlah Generasi Islam Rabbani yang teguh menghadapi cabaran dunia.
Inilah mesej penting yang akan dibawa oleh Dr Mohd Solleh Ab Razak di dalam Ceramah Generasi Al Quran.
🗓️ Khamis, 9 Oktober 2025 di SMITI Al Hafidz.