DSM Training Centre

DSM Training Centre

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DSM Training Centre, Education Website, 1st Floor, Lot 56 block H, lorong ikan juara 5, sadong jaya, Kota Kinabalu.

Dsm Training services is one of the forex trading learning center in malaysia.Located in Bandar Baru Bangi selangor & Kota Kinabalu Sabah.We assist public to master in forex trading using our own Module Training & will be presented by qualified instructor

05/02/2021

Salam Sayyidul ayyam

Buku saya CURRENCY MARKET LITTLE SECRET untuk second published kini berwajah baharu.

for those yang berminat untuk dapatkan buku ini boleh direct PM atau whatssapp ke nombor admin saya +60198099947

selamat membaca & semoga ilmu yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua.

19/08/2020
17/07/2020

TRADE FOREX BOLEH JADI KAYA KA?

💰💵💰💵💰💵💰💵💰💵💰💵💰💵

“memandangkan sebelum solat jumaat tadi ada seorang anak muda bertanya dengan saya, adakah trading forex ni boleh buat dia jadi seorang yang kaya? ketawa kecil saya dengar pertanyaan nya, dan perlu rasanya saya kongsikan artikel di bawah ini untuk kita semua faham”

💲💶💲💶💲💶💲💶💲💶💲💶💲💶💲

Sebenarnya, jika kita lihat dari satu sudut yang berbeza, kita dapat kenal pasti bahawa ramai yang sebenarnya Trade Forex ini hanya sekadar untuk mendapatkan kekayaan yang ‘segera’ atau dalam erti kata yang lain macam orang yang menang “jackpot” dari berjudi. Tanggapan begini yang membuatkan nama Forex ini sendiri kian tercemar.

Sedangkan, Forex Trading ini hanyalah sebagai tools untuk anda mengandakan duit anda. Ianya sama seperti sebuah model perniagaan!

tidak dapat dinafikan Forex Trading sebenarnya boleh menjadikan anda kaya. Namun, jika anda telah meletakkan mindset anda untuk menjadi Forex Trading sebagai platform untuk menjadi kaya, ianya akan membuatkan anda hilang Fokus apabila anda menghadapi Loss dan MC semasa trading

Selain itu, kebanyakan yang bertanya mengenai soalan Forex Trading dapat menjadikan mereka kaya ini menggunakan Modal Trading yang tersangat kecil. Tidak salah sekirnya ingin mula dengan modal kecil serendah 10 USD, namun perlu realistik dengan modal permulaan anda tersebut.

Jangan terlalu ghairah sehingga expect untuk menjadikan modal 10 USD menjadi terus ke 1000USD dalam satu malam! Ini perkara gila walaupun tidak mustahil untuk dilakukan.

Jika kita perhatikan big traders iaitu fund manager yang international pun tidak target sebegitu. Mereka mempunyai perancanga dan target yang spesifik dan realistik dengan kemampuan trading dan modal mereka. Ada yang target 5-10% dari modal mereka!. Jadi, kenapa anda perlu ghairah untuk jadi kaya dalam sekelip mata dengan Forex?

Jika anda melihat Forex Trading sebagai cara untuk untuk menjadi kaya, lebih baik anda lupakan bidang ini. Namun, jika anda ingin menjadikan Forex Trading sebagai sebuah platform menggandakan duit anda, kekal dalam Forex Trading dan pelbagaikanya dengan banyak investment lain lagi.





“Hakikatnya, Forex Trading adalah sebuah bentuk model perniagaan yang mana kita sedar dalam perniagaan mempunyai untung dan rugi. Jadi, jika anda terlalu memikirkan untuk cepat kaya, anda tidak dapat fokus kepada trading dan menyebabkan anda makin gagal dalam Forex Trading ini”

SALAM JUMAAT,
SEMOGA BERMANFAAT
tekan butang share & let everyone knows 💕



Photos from DSM Training Centre's post 16/07/2020

“Great Traders Aren’t Born Or Made Overnight,
it Takes Patience, Discipline, And Consistency To Master The Art Of Trading”







10/07/2020

S A L A M J U M A A T 🕌

Ramai kawan yang bertanya saya bagaimana cara mau elakkan diri daripada tertipu dengan FOREX TRADING ni ??

Pagi jumaat ni saya rasa mau kongsi sedikit tips dengan semua agar kita dapat elak dari ditipu..

❌ELAKKAN MELABUR DALAM SKIM YANG MEMBERI PULANGAN TETAP

Banyak dah terjadi di mana pelabur melabur sejumlah besar wang ke dalam skim forex. Selalunya p**angan dijanjikan ialah 10% SEBULAN. Selepas mengumpul dana yang cukup, penganjur pun lari menghilangkan diri. Menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. Pihak berkuasa pun tak dapat nak tolong kerana selalunya tidak ada perjanjian yang ditandatangani.

❌JAUHI BROKER YANG BAGI PULANGAN TETAP atau BONUS MELAMPAU

Ada sesetengah broker yang menawarkan p**angan tetap yang lumayan. Tak payah trade pun. Letak je duit dalam broker tu. Goyang kaki masuk duit! Kalau tak pun, mereka akan bagi bonus sehingga 100% daripada berapa yang anda masukkan! (contoh: Anda deposit $100, broker akan tambah lagi $100 menjadi $200).

Broker-broker sebegini pun amat-amat berisiko tinggi. Ingatlah, kalau broker nak bagi p**angan tetap, bagaimana mereka nak untung? Bank yang duitnya berbillion tu pun berani bagi 2-3% sahaja SETAHUN, inikan p**a syarikat-syarikat yang baru nak naik dan entah berdaftar entah tidak!

❌JANGAN BAGI DUIT PADA INDIVIDU UNTUK DIA TOLONG TRADE

Tak payah percaya lah. Buat apa mereka nak tolong trade sebab kalau mereka trade sendiri boleh dapat 100% daripada profit yang dijana (tak perlu dikongsi dengan sesiapa). Mereka ni minta modal sebab mereka sendiri tiada modal! Kalau mereka ada modal, mereka dah trade untuk diri sendiri dah. Mengapa mereka nak buat kerja dan tanggung semua risiko untuk p**angan yang kecil kan?

❌JANGAN LABUR DUIT KEPADA BROKER DARI MALAYSIA

Ada sesetengah broker yang memberitahu mereka adalah broker berdaftar dari Malaysia. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen untuk broker forex beroperasi di Malaysia. Jadi, siapakah mereka sebenarnya? Mereka ni besar kemungkinan EJEN BROKER (Introducing Broker) sahaja. Mereka cari klien, suruh deposit, dan terima komisen daripada broker. Kalau yang itu tak apa.

❌JANGAN GUNAKAN ORANG TENGAH, DEPOSIT TERUS KEPADA BROKER

Ini pun selalu juga terjadi, di mana trader mendepositkan wang kepada orang tengah yang kemudiannya akan memasukkan duit ke dalam akaun trading mereka. Ingat, duit akan sampai kepada orang tengah tu terlebih dahulu. Jika individu tersebut tidak jujur dan memang berniat menipu, mereka boleh melesapkan wang anda begitu sahaja! Jadi, cara paling selamat ialah dengan mendepositkan terus akaun trading anda kepada broker. Cara untuk deposit boleh gunakan kad debit, kad kredit, “local depositor” rasmi yang dilantik broker, atau telegraphic transfer (bank wire).

Semoga anda terselamat daripada para penjenayah siber di luar sana.

INGATLAH FOREX TAK TIPU, FOREX ADALAH INDUSTRI YANG WUJUD sama seperti SAHAM, CPO, FUTURES dan lain-lain.

Anda hanya perlu tahu bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Penipu dan penyangak akan sentiasa datang dan pergi. Ia tak akan boleh dihalang sepenuhnya. 1 kena tangkap, 10 lagi akan muncul. Jadi, kita hanya boleh elakkan diri sahaja daripada terjebak dengan tipu daya mereka yang tak bertanggungjawab ni..

sekian, semoga bermanfaat ..


09/07/2020

MELABUR VS MENYIMPAN?

Pantang ada lebihan duit, mesti ada je benda yang nak dibeli. Tetapi jika anda seorang yang beringat, sudah tentu anda akan menyimpan sebahagian daripada wang yang ada sebagai persediaan waktu kecemasan atau melabur untuk masa depan.

Tetapi, untuk membuat keputusan antara menyimpan atau melabur, tidak semudah yang disangka. Jangan sampai kerana hendak melabur, anda langsung tiada simpanan kecemasan dan jangan p**a terlalu menyimpan sampaikan tiada pelaburan hari tua.

Jadi, mau MELABUR ka atau MENYIMPAN?

Sebelum buat keputusan, anda kena pertimbangkan perkara-perkara ini:

1. Dah ada duit simpanan ke belum? ✅

Sebelum melabur, kenalah pastikan anda ada simpanan kecemasan anggaran 3 ke 6 bulan gaji. Sekurang-kurangnya kalau kehilangan kerja pun masih boleh bertahan beberapa bulan sebelum dapat kerja baru.

2. Perancangan jangka masa pendek ✅

Ada yang bercadang nak pergi bercuti, beli kereta atau rumah dalam setahun dua ni? Kalau ya, anda kena mula menyimpan daripada sekarang. Iyalah, nak beli kereta atau rumah tu kan perlukan duit pendahuluan. Mana nak cari 10 peratus daripada downpayment tu?

3. Perancangan jangka masa panjang ✅

Jika anda tiada sebarang perancangan besar dalam waktu terdekat ni, sudah tentu melabur adalah pilihan terbaik. Pelaburan ni memerlukan masa yang lebih lama untuk nampak hasilnya. Contohnya melabur dalam pasaran matawang, bursa saham atau unit amanah, sudah tentu anda perlukan masa untuk dapat p**angan pendapatan. betul tak?

4. Keperluan atau kehendak? ✅

Duit simpanan dah ada, tetapi disebabkan tiada perancangan jangka masa pendek, anda mempunyai lebihan wang untuk berbelanja. Akibatnya, banyak barangan yang tidak perlu dibeli. Bukankah lebih baik wang yang ada itu dilaburkan untuk perkara yang lebih bermanfaat?

5. Dah pencen nanti, nak ke kerja lagi? ✅

Ada yang memilih untuk melancong satu dunia lepas pencen. Ada p**a yang memilih untuk menunaikan haji. Kedua-dua pilihan ini sudah tentu memerlukan wang. Cukup ke tabungan yang ada?

Tidak kira apa jua pilihan anda, kenalah kaji setiap perkara sebaiknya.

“Simpanan memang baik, anda mempunyai aset cair yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Begitu juga dengan pelaburan, bezanya jika anda melabur dalam tempoh masa tertentu dan kena caranya, anda dapat p**angan dalam pendapatan yang lebih banyak berbanding simpanan”

PILIHAN DI TANGAN ANDA


08/07/2020

5 SEBAB UTAMA GAGAL DALAM FOREX TANPA KITA SEDAR 📈

-Point ke lima tu yang paling penting-

❎Modal Yang Tidak Sesuai

Modal trading adalah perkara yang paling penting dalam Forex. Pemilihan modal yang sesuai sebenarnya memberikan kesan dalam trading anda.

Jika anda tersalah meletakkan modal yang sesuai, tidak mustahil ianya sebenarnya punca anda menghadapi kegagalan dalam Forex.

❎Pemilihan Teknik Yang Salah

Dalam Forex Trading, strategi dan teknik adalah kunci kepada kejayaan anda dalam Forex.

Jika anda tersalah memilih teknik yang sesuai dengan diri anda, anda akan berisiko untuk kekal gagal dalam Forex selamanya.

❎Menggunakan Broker Forex Yang Tidak Regulated

Broker Forex ini ibarat seperti kereta yang akan membawa kita sebagai trader dalam mencapai kejayaan dalam Forex.

Pemilihan broker yang sesuai dan Regulated sudah tentu akan menjamin keselamatan wang yang kita depositkan. Baru kita akan trade dengan tenang.

Jika anda gunakan Broker yang diragui dan tidak regulated, sudah tentu anda tidak akan tenang semasa trade Forex.

❎Mempunyai Sikap Tamak

Untuk menjadi pelabur yang bagus, perkara paling penting anda perlu adalah untuk tidak tamak. Sekiranya anda mempunyai sikap Tamak, sudah tentu anda akan gagal.

Sama seperti jika anda trade Forex, jika anda mempunyai sikap yang tamak, ianya akan membawa kepada anda gagal dalam Forex serta menghadapi loss berpanjangan.

Anda kena elakkan sikap tamak dan memperlajari bagaimana untuk tidak tamak setiap kali anda trade.

❎Gagal Dalam Kawalan Emosi

Dalam Forex ini, perkara paling penting sekali adalah emosi. Jika anda gagal kawal emosi semasa trade, sudah pasti anda akan gagal dalam Forex.

Kenapa kawalan emosi penting? Sebab 70% keputusan untuk anda entry adalah bergantung kepada emosi anda. Bayangkan jika anda trade dalam keadaan mempunyai banyak masalah, sudah pasti anda akan membuat keputusan yang terburu-buru.

Jadi, jika anda gagal dalam kawalan emosi, sudah pasti akan terus gagal dalam Forex.


07/07/2020

~FOREX TRADING TIPS FOR NEWBIE~

1. Learn the Basics
The traders should first learn the basics and try to acquire knowledge about the Forex market before start trading.There are high risks for the beginners to incur losses in the trading market.

2. Learn Trading Strategy and Stick to It
The trader should learn trading strategy and try to stick and follow it.The trades should follow the good strategy and master it before start investing in the market. The trader can do practice and can do a lot of paper-trade before start investing the real money in the forex market.

3.Traders Not To Get Overwhelmed
The trader should not get overwhelmed and also not to get enticed by the market situation. In fact, the trader should have to keep calm while trading.

4. Not To Be Panic
The Trader should not be panic when the trade moves in the opposite direction than anticipated. While trading there is a possibility that the trade may go in the reverse direction and we may incur the loss. In this case, the trader should act calmly and overcome by the results.

5. Don't Trade Too Much
The trader should try to do limited trading. He should not be swayed away by the emotion of greed and eagerness.


02/07/2020

Pengalaman saya selama 23 tahun dalam bidang Pelaburan Matawang saya kongsikan semua dalam buku ini.

semoga memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam membangun ekonomi diri masing-masing.

jangan lupa untuk dapatkan buku ini yg tidak lama lagi akan dipasarkan.


Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


1st Floor, Lot 56 Block H, Lorong Ikan Juara 5, Sadong Jaya
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:30