COSH UMS

COSH UMS Page ini digunakan sebagai alternatif penyaluran maklumat dan komunikasi kepada warga UMS

π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—›Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) UMS merakamkan setinggi-tinggi pen...
29/09/2026

π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—›

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pelajar Latihan Industri dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS di atas komitmen, dedikasi, serta sumbangan berharga yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan dari 1 Julai 2026 hingga 28 September 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan atas segala sumbangan serta khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh berkenaan. Semoga segala ilmu, kemahiran, dan pengalaman yang ditimba sepanjang bertugas di COSH UMS dijadikan sebagai asas kukuh menuju kejayaan pada masa hadapan.

Selamat maju jaya diucapkan dalam perjalanan akademik dan kerjaya kelak!

Ikhlas daripada:
Pengarah
Dan Warga Kerja
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Sabah








πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026β€œMALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, Keyakinan Dipacu”...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 πŸ‡²πŸ‡Ύ
16 September 2026

β€œMALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, Keyakinan Dipacu”

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak merupakan manifestasi semangat muhibah, perpaduan dan perkongsian nasib yang merentasi Laut China Selatan.

Kepelbagaian budaya, bangsa dan latar belakang merupakan kekuatan yang menyatukan kita untuk terus melangkah bersama membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan berdaya tahan.

Semangat kebersamaan ini juga perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja dengan membudayakan keselamatan, kesihatan, keharmonian dan saling prihatin. Menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakan sekerja serta komuniti merupakan tanggungjawab bersama dan mencerminkan nilai Malaysia MADANI yang prihatin serta berdaya tahan.

Marilah kita terus menyemarakkan rasa cinta kepada negara dengan memelihara keselamatan, memperkukuh integriti dan menyumbang kepada kecemerlangan demi kesejahteraan bersama.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.
Bersatu, Selamat dan Sejahtera.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Warga
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)
Universiti Malaysia Sabah









[HEBAHAN KKP: WASPADA JEREBU – LANGKAH PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN DI TEMPAT KERJA]Susulan keadaan jerebu yang boleh men...
01/09/2026

[HEBAHAN KKP: WASPADA JEREBU – LANGKAH PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN DI TEMPAT KERJA]

Susulan keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kualiti udara dan kesihatan, semua warga kerja adalah disarankan agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara.

Sehubungan itu, majikan dan pekerja hendaklah mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada jerebu di tempat kerja serta memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa diberi keutamaan.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan :
1. Memantau status kualiti udara melalui sumber rasmi,
2. Menilai risiko dan merancang aktiviti kerja berdasarkan keadaan kualiti udara,
3. Menggunakan kelengkapan pelindung diri (PPE) yang sesuai,
4. Menyediakan air minuman yang mencukupi serta tempoh rehat yang bersesuaian dan
5. Memberikan maklumat serta latihan berkaitan risiko jerebu kepada pekerja.

Pekerja juga hendaklah sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan diri dan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas, iritasi mata atau sakit kepala, khususnya jika gejala berterusan atau semakin serius.

Kerjasama antara majikan dan pekerja amat penting dalam memastikan langkah perlindungan dilaksanakan dengan berkesan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) telah menyediakan Garis Panduan bagi Perlindungan Pekerja terhadap Kesan daripada Jerebu di Tempat Kerja 2013 sebagai rujukan kepada majikan dan pekerja dalam mengurus risiko kesihatan akibat jerebu di tempat kerja.
Garis Panduan : https://tinyurl.com/295cc3f6

IPU, Rancang Aktiviti, Lindungi Kesihatan

⚠️ PERINGATAN PENCEMARAN UDARA SEMASAUtamakan kesihatan, lindungi diri dan orang tersayang.Salam Sejahtera dan Salam Mal...
01/09/2026

⚠️ PERINGATAN PENCEMARAN UDARA SEMASA

Utamakan kesihatan, lindungi diri dan orang tersayang.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Merujuk kepada data Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Kota Kinabalu, bacaan semasa menunjukkan bahawa tahap kualiti udara berada pada Tahap Tidak Sihat.

πŸ“ Kota Kinabalu: 171 (Tidak Sihat)
πŸ“… Dikemaskini: Selasa, 1 September 2026
πŸ•š Masa: 11.00 pagi

Tahap Tidak Sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi. Pendedahan kepada pencemaran udara boleh mencetuskan serangan asma, batuk, sesak nafas, sakit dada dan masalah kesihatan lain.

πŸ‘₯ Golongan Berisiko Tinggi (Perlu Lebih Berhati-hati)
Golongan yang perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk:

βœ… Warga emas (65 tahun ke atas)
βœ… Kanak-kanak
βœ… Pesakit asma atau masalah pernafasan
βœ… Pesakit jantung
βœ… Wanita mengandung
βœ… Pekerja luar (termasuk yang melakukan aktiviti fizikal berat)

πŸ›‘οΈ Langkah Perlindungan Diri

😷 Pakai pelitup muka (N95, KN95 atau FFP2) apabila perlu keluar rumah
πŸ’§ Minum air secukupnya
πŸƒ Elakkan aktiviti lasak di luar bangunan
🏠 Kekal di dalam bangunan dan pastikan pengudaraan yang baik
πŸ“± Pantau perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa melalui laman web atau aplikasi yang berkaitan

🌐 Maklumat Lanjut & Talian Kecemasan

Semak IPU Semasa : apims.doe.gov.my
Talian Kecemasan : 999

Demikian tindakan kecil hari ini, demi kesihatan kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)
Universiti Malaysia Sabah










"Sihat Langkah Kita, Cergas Kerja Bersama." πŸƒβ€β™€οΈβœ¨Program β€œJom Sihat dengan Bersenam: Jom Briskwalk" yang melibatkan peny...
01/09/2026

"Sihat Langkah Kita, Cergas Kerja Bersama." πŸƒβ€β™€οΈβœ¨

Program β€œJom Sihat dengan Bersenam: Jom Briskwalk" yang melibatkan penyertaan daripada seluruh warga kerja Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diadakan pada 26 Ogos 2026.

Aktiviti riadah yang bermula pada jam 4.30 petang itu bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan stamina dan membudayakan gaya hidup aktif, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga COSH UMS yang hadir memberikan sokongan dan membakar semangat sepanjang aktiviti berjalan pantas (brisk walk) ini!

Semoga aktiviti fizikal seperti ini terus menjadi amalan rutin kita untuk kekal produktif di tempat kerja. Jumpa lagi di program sihat yang akan datang!

Butiran Program:
πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 4.30 Petang
πŸ‘₯ Penyertaan: Semua Staf COSH UMS

πŸŽ‰ *SETINGGI-TINGGI TAHNIAH* πŸŽ‰Seluruh warga Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH), Universiti Malaysia Sabah m...
27/08/2026

πŸŽ‰ *SETINGGI-TINGGI TAHNIAH* πŸŽ‰

Seluruh warga Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman
Pengarah, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

atas penerimaan Anugerah Jasa Bakti (AJB) bagi 10 Tahun Perkhidmatan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (AKU) Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas jasa, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan kepada universiti. Semoga Profesor Dr. terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam memimpin serta menyumbang kepada kecemerlangan UMS.

Tahniah dan syabas, Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman!🌟

β€˜β€™Celebrating Excellence, Inspiring the Future”

πŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŽ‰Pengarah dan seluruh warga Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH), Universiti Malay...
27/08/2026

πŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŽ‰

Pengarah dan seluruh warga Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Puan Ahlin Ginol
Pembantu Tadbir P/O
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)

atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (AKU) Tahun 2026.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan dedikasi beliau dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada universiti.

Semoga beliau terus membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Tahniah dan syabas, Puan Ahlin Ginol! 🌟

β€œCelebrating Excellence, Inspiring the Future”

⚠️ PERINGATAN PENCEMARAN UDARA SEMASAUtamakan kesihatan, lindungi diri dan orang tersayangSalam Sejahtera dan Salam Mala...
14/08/2026

⚠️ PERINGATAN PENCEMARAN UDARA SEMASA

Utamakan kesihatan, lindungi diri dan orang tersayang

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Merujuk kepada data terbaharu daripada APIMS - Jabatan Alam Sekitar (dikemaskini pada 13 Ogos 2026, 07:00 pagi), Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan berada pada Tahap Sederhana (71 - 79):

πŸ”₯Kota Kinabalu: 79 (Sederhana)
πŸ”₯Sandakan: 72 (Sederhana)
πŸ”₯Labuan: 71 (Sederhana)

πŸ‘₯ Golongan Berisiko Tinggi *(Perlu Lebih Berhati-hati)*
Pendedahan kepada pencemaran udara boleh mencetuskan serangan asma, batuk, sesak nafas, sakit dada, dan masalah kesihatan lain. Golongan yang perlu mengambil langkah waspada terutamanya:
βœ…Warga emas (65 tahun ke atas)
βœ…Kanak-kanak
βœ…Pesakit asma atau masalah pernafasan
βœ…Pesakit jantung
βœ…Wanita mengandung
βœ…Pekerja luar (termasuk yang melakukan aktiviti fizikal berat)

🌐 Maklumat Lanjut & Talian Kecemasan
- Semak IPU Semasa: apims.doe.gov.my
- Talian Kecemasan: 999

Demikian tindakan kecil hari ini, demi kesihatan kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)
Universiti Malaysia Sabah.









Tahukah anda?
30/07/2026

Tahukah anda?


πƒπˆ π’π„ππ€π‹πˆπŠ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ€π‡π€π†πˆπ€π πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π”πŒπ’

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah rutin harian anggota keselamatan UMS?

Tugas anggota keselamatan bukan sekadar mengawal pintu masuk atau melakukan rondaan. Di sebalik setiap syif, mereka memikul amanah besar untuk memastikan keselamatan warga universiti, melindungi harta benda serta mewujudkan persekitaran kampus yang selamat, teratur dan kondusif.

Setiap langkah yang diambil, setiap rondaan yang dilaksanakan dan setiap tindakan yang dibuat adalah demi kesejahteraan seluruh warga Universiti Malaysia Sabah. Keselamatan kampus merupakan tanggungjawab yang dilaksanakan secara berterusan.

"Together We Serve"



Address

Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088211804

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COSH UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to COSH UMS:

Shortcuts

Share