Bendahari UMS

Bendahari UMS

Share

Page rasmi berkaitan dengan aktiviti rasmi yang melibatkan Bendahari Universiti Malaysia Sabah.

02/06/2026

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat Menyambut Hari Lahir diucapkan kepada warga jabatan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun. Semoga terus cemerlang dalam setiap tugas yang diamanahkan dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.





Tarikh: 2 Jun 2026

01/06/2026

HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan setulus ikrar taat setia ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.

Semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan berterusan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemakmuran, kestabilan dan perpaduan yang berkekalan.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.





Tarikh: 1 Jun 2026

29/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Sempena sambutan Pesta Kaamatan pada 30–31 Mei 2026, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua warga universiti khususnya masyarakat Kadazandusun dan seluruh rakyat Sabah yang meraikannya.

Kaamatan bukan sekadar pesta menuai, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang kaya serta unik. Semoga sambutan ini terus memupuk semangat kebersamaan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan kita semua. Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya sebagai kekuatan dalam membina masyarakat yang progresif, bersatu dan sejahtera.
Kaamatan membawa berkat, perpaduan memperkukuh muafakat.





Tarikh: 29 Mei 2026

26/05/2026

SALAM AIDILADHA | 10 ZULHIJJAH 1447H

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”�— (Surah Al-An’am: 162)

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti mempunyai hikmah dan ganjaran di sisi Allah SWT. Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti keikhlasan dalam pengorbanan, ketabahan dalam ujian dan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin





Tarikh: 26 Mei 2026

20/05/2026

INFOGRAFIK TARIKH GAJI

Bersama dilampirkan infografik berkaitan tarikh gaji bagi bulan Mei dan Jun 2026 untuk makluman dan rujukan kakitangan UMS.





Tarikh : 20 Mei 2026

15/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU TAHUN 2026 | 16 MEI 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.

Sesungguhnya guru merupakan tunjang utama dalam pembangunan modal insan dan kemajuan negara.

“Guru Bitara Nadi Negara”





Tarikh: 15 Mei 2026

10/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU | 10 MEI 2026

Buat semua ibu yang menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan inspirasi keluarga — terima kasih atas segala pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

Istimewa buat para ibu yang bekerja, terima kasih kerana cekal menggalas tanggungjawab sebagai wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama tetap menjadi insan terpenting dalam keluarga. Pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Kasih ibu tiada tandingan, pengorbanannya tidak terbalas dengan kata-kata. Semoga semua insan bergelar ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan.

“Kasih Ibu, Tak Ternilai”





Tarikh: 10 Mei 2026

03/05/2026

SALAM TAKZIAH

Salam takziah atas pemergian Allahyarham Tuan Haji Rizal bin Othman, Bendahari Pertama Universiti Malaysia Sabah yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2026 bersamaan 15 Zulkaedah 1447H. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh ahli keluarga, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.



Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tuan Haji Rizal bin Othman, Bendahari Pertama Universiti Malaysia Sabah yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2026 bersamaan 15 Zulkaedah 1447H.

UMS turut berduka cita atas pemergian Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

03/05/2026

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat Menyambut Hari Lahir diucapkan kepada warga jabatan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mei. Semoga terus cemerlang dalam setiap tugas yang diamanahkan dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.





Tarikh: 3 Mei 2026

03/05/2026

SELAMAT BERSARA

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Jipin bin Helion @ Liyun atas segala jasa, komitmen, dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Persaraan ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa kehidupan yang baharu. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang penuh bermakna.



Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


UNIVERSITI MALAYSIA
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00