16/09/2026
π§΅ BENGKEL JAHITAN UPCYCLE | PROJEK JANA PENDAPATAN Y26SP152, P174 PENAMPANG
Pada 13 September @ Madsiang Community Learning Centre, Moyog Innovation House bersama APPGM SDG telah menganjurkan Bengkel Jahitan Upcycle bagi Projek Jana Pendapatan Y26SP152, P174 Penampang.
Seramai 16 peserta menyertai bengkel ini, terdiri daripada 8 peserta projek APPGM SDG dan 8 peserta daripada komuniti lain yang berminat untuk belajar.
Peserta terdiri daripada wanita suri rumah yang ingin menambah pendapatan, ibu tunggal, belia dan seorang peserta OKU, iaitu Steffi, yang merupakan individu pekak dan tidak boleh bertutur.
Walaupun mempunyai cabaran dalam pendengaran dan pertuturan, Steffi sangat membanggakan kerana berjaya menyiapkan projek tote bag beliau. β€οΈ Ini menunjukkan bahawa dengan semangat dan peluang yang diberikan, setiap orang mampu belajar dan menghasilkan sesuatu yang bermakna.
Aktiviti kali ini menghasilkan tote bag menggunakan kain terpakai dan lebihan cebisan kain. Kelas seterusnya akan disambung dengan projek penghasilan scrunchies.
Terima kasih kepada APPGM SDG kerana memberikan peluang kepada komuniti, khususnya wanita, ibu tunggal dan belia, untuk mempelajari kemahiran yang boleh membantu menambah pendapatan keluarga.
Tahniah kepada semua peserta! π±β€οΈ