30/05/2026
Lembaga Koko Malaysia (LKM) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Selamat Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikannya.
Semoga sambutan tahun ini terus menyemai semangat perpaduan, kesyukuran serta penghargaan terhadap warisan budaya dan tradisi yang menjadi kebanggaan negara.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai! β¨πΎπ€
Ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengelola, Ketua Pengarah serta Warga Lembaga Koko Malaysia
27/05/2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR ROMBONGAN GEREJA SDA KG. NAMADAN, KIULU KE PPBK LKM
26 Mei 2026 | Selasa | Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko
Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko (PPBK), Lembaga Koko Malaysia berbesar hati menerima kunjungan rombongan dari Gereja SDA Kg. Namadan, Kiulu, Tamparuli yang melibatkan lebih 60 orang peserta.
Sepanjang lawatan, para peserta telah didedahkan kepada:
- Peranan LKM khasnya PPBK & aktiviti penyelidikan koko
- Proses penghasilan coklat
- Demonstrasi coklat praline buatan tangan
- Lawatan ke nurseri anak benih koko dan demonstrasi mencantum anak benih koko.
Rombongan pelawat juga turut diberikan taklimat yang telah disampaikan oleh kakitangan daripada Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengembangan (TOTe) mengenai program peluasan kawasan tanaman koko khasnya di Sabah, potensi sebagai petani koko dan peluang mengikut program penanaman koko ini.
Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan para pelawat, malah menjadi platform penting dalam memperkenalkan peluang yang ditawarkan oleh LKM disamping memperkukuh hubungan antara LKM dan komuniti setempat.
Terima kasih diucapkan kepada rombongan atas kunjungan! Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat dan membuka peluang baharu dalam industri koko.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H | 2026M π
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini membawa pengertian pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai kemanusiaan dalam kehidupan kita.
Ikhlas daripada,
Pengurusi, Ahli Lembaga Pengelola, Ketua Pengarah serta seluruh warga kerja Lembaga Koko Malaysia.
19/05/2026
Penyertaan Bahagian Bioteknologi kali ini telah diwakili dengan penyertaan satu produk inovasi daripada Seksyen Agri-Bioteknologi, iaitu VSDetect β satu kit diagnostik pantas berasaskan teknologi moden bagi pengesanan penyakit Vascular-Streak Dieback (VSD) dalam tanaman koko khasnya di peringkat awal pengeluaran dan penjagaan anak benih koko di nurseri.
VSDetect adalah satu inovasi kit pengesanan pantas berasaskan DNA dengan teknologi terkini CRISPR yang bukan sahaja berpotensi besar dalam membantu industri koko, tetapi juga dalam pertanian lain yang juga menghadapi serangan penyakit dan patogen yang sama.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Mohd Zulhilmi Abdul Rahman selaku ketua pasukan penyelidik VSDetect dan Seksyen Agri-Bioteknologi atas kejayaan mendapat anugerah Pingat Emas menerusi inovasi VSDetect ini.
Sekali lagi, Tahniah dan Syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Lembaga Koko Malaysia yang telah bertanding dalam The 37th International Invention, Innovation, Technology Competition and Exhibition, Malaysia 2026 (ITEX 2026). Kejayaan meraih Anugerah Emas dan Perak ini jelas mencerminkan keupayaan penyelidikan dan inovasi di kalangan penyelidik LKM dalam memajukan industri koko negara ke tahap yang lebih berdaya saing.
Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi yang mampu memperkukuh daya saing industri koko negara di peringkat global.
15/05/2026
π’ PERHATIAN PETANI KOKO! π±
Kualiti biji koko kering memainkan peranan sangat penting dalam menentukan harga jualan, mutu coklat dan penerimaan pembeli. Biji koko yang diserang serangga bubuk, berkulat, terlalu lembap atau tercemar tidak akan diterima kerana boleh menjejaskan keselamatan makanan serta kualiti pemprosesan coklat.
β
Biji koko berkualiti yang melalui proses fermentasi dan pengeringan dengan betul akan menghasilkan aroma coklat yang lebih baik, rasa yang lebih seimbang serta tekstur coklat yang berkualiti tinggi. Selain itu, biji koko yang bersih dan bebas kulat membantu mengurangkan risiko pencemaran mikotoksin yang boleh membahayakan kesihatan.
Antara ciri biji koko yang diterima:
βοΈ Warna coklat sekata
βοΈ Fermentasi sempurna
βοΈ Bebas kulat & serangga bubuk
βοΈ Kering dengan kelembapan sesuai
βοΈ Bersih daripada benda asing
βοΈ Saiz biji lebih seragam
β Elakkan menjual biji koko:
βοΈ Berkulat
βοΈ Diserang bubuk
βοΈ Pecah & terlalu lembap
βοΈ Berbau hapak atau asap
βοΈ Tercampur tanah, batu atau kayu
π Pengurusan koko yang baik bukan sahaja meningkatkan mutu hasil, malah membantu petani memperoleh harga jualan yang lebih baik serta meningkatkan keyakinan industri terhadap koko tempatan.
Mari bersama-sama menghasilkan biji koko yang bersih, berkualiti dan bernilai tinggi demi masa depan industri koko yang lebih maju. π€π«
π± Facebook: Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau
π΅ TikTok: Lembaga Koko malaysia_TOTe RNU
π No. Pejabat Ranau: 088-876297
15/05/2026
π±Sesiapa ingin menanam koko dan meningkatkan hasil koko?
πJom mohon insentif di bawah Program Peluasan Tanaman Koko dan Peningkatan Koko, yang sedang dilaksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).
πSila hubungi pejabat LKM terdekat:
πPPPK Bagan Datuk, tel 05-6488176
πPPPK Jengka, tel 09-4852953
πPPPK Kota Samarahan, tel 082-465912
πPPPK Tawau, tel 089-915604
πIbu Pejabat, Kota Kinabalu, tel 088-206400
14/05/2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PLBV Kota Kinabalu, PERHEBAT SABAH
14 Mei 2026 | Khamis
Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada pelatih PKS Agrotani Siri 2/26, Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran (PLBV) Kota Kinabalu, PERHEBAT Negeri Sabah. Lawatan ini melibatkan seramai 35 orang pelatih bersama dua orang pegawai pengiring .
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan pusat yang telah disampaikan oleh Pengurus Pusat, Cik Roslina Mohd Shah, yang telah memberi penerangan mengenai peranan pusat serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan industri koko.
Seterusnya, para peserta dibawa melawat nurseri anak benih koko, di mana mereka diberikan taklimat ringkas mengenai teknik penghasilan pokok cantuman oleh Encik Ali Gadong. Lawatan diteruskan dengan demonstrasi teknik mencantum anak benih koko oleh En. Mohd Shah David Abdullah, meliputi kaedah cantuman baji, sisi dan takik. Lebih menarik, seramai tiga orang peserta telah berpeluang mencuba sendiri teknik cantuman baji secara praktikal.
Selain itu, para pelawat turut berpeluang melihat demo ringkas pembuatan coklat pralin buatan tangan, yang memberikan pengalaman secara langsung tentang potensi keusahawanan dalam pembuatan coklat buatan tangan.
Lawatan diakhiri dengan sesi melawat pameran R&D bahagian Bioteknologi dan produk R&D Lembaga Koko Malaysia sebelum mengakhiri lawatan di Kiosk Jualan Coklat Marvelles, di mana para pelawat berpeluang membeli produk coklat tempatan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan.
Diharapkan lawatan ini telah memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada para peserta lawatan mengenai teknologi penanaman koko, teknik pembiakan tanaman serta pemprosesan produk koko, selaras dengan usaha memperkasa pengetahuan dan minat dalam industri koko negara.
Terima kasih diucapkan kepada rombongan PERHEBAT Negeri Sabah atas kunjungan dan semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
07/05/2026
πΎπ« PAMERAN & JUALAN COKLAT LEMBAGA KOKO MALAYSIAπ«πΎ
β¨ Sempena Tadau Kaamatan Peringkat Daerah Ranau Sabah 2026 β¨
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program khas anjuran Lembaga Koko Malaysia Unit Ranau yang penuh dengan aktiviti menarik, jualan coklat premium serta peluang memenangi hadiah-hadiah istimewa! π
π
Tarikh: 08 β 09 Mei 2026
π Masa: 8.00 pagi β 5.00 petang
π Tempat: Depan Dewan Masyarakat Ranau
π― Antara aktiviti menarik:
π« Promosi jualan coklat
π± Interaksi bersama kakitangan LKM mengenai tanaman koko
βοΈ Pertandingan teka berat & teka biji koko
π Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik seperti:
π Beras
π³ Kelengkapan dapur
π± Bibit koko klon terbaik
β¨ Dan banyak lagi!
π° Yuran penyertaan hanya RM1 sahaja bagi satu tekaan / satu tiket cabutan bertuah.
Jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga dan rakan-rakan menikmati suasana Kaamatan sambil mengenali industri koko dengan lebih dekat! πΎπ€
π Untuk pertanyaan:
βοΈ 088-876297
π² Ikuti kami:
Facebook: Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau
TikTok: Lembaga Koko Malaysia_TOTe RNU
Kerjasama di antara:
@ Tote Lkm Unit Ranau
@ Koperasiklusterkoko Sabah Berhad Unit Ranau