Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia

Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia Government R & D

EKSPLORASI PASARAN & INOVASI PRODUK COKLAT22 September 2026Georgetown Herittage Chocolate, Georgetown, Pulau PinangKumpu...
24/09/2026

EKSPLORASI PASARAN & INOVASI PRODUK COKLAT

22 September 2026
Georgetown Herittage Chocolate, Georgetown, Pulau Pinang

Kumpulan penyelidikan Bahagian Bioteknologi, Pusat Inovasi & Teknologi Koko (PITK), Nilai berpeluang mengadakan lawatan ke Georgetown Heritage Chocolate bagi melihat potensi pasaran, penerimaan pengguna dan perkembangan produk coklat dalam kalangan penduduk tempatan serta pelancong.

Menurut Pn. Farhana, pengasas Georgetown Herittage Chocolate, coklat gelap mendapat sambutan dalam kalangan penduduk tempatan, manakala pelancong cenderung memilih coklat gelap berperisa unik dan eksotik seperti mangga, nangka dan durian.

Rombongan turut dibawa melawat Galeri Informasi Koko dan Bengkel DIY Coklat. Lawatan ini memberikan inspirasi mengenai potensi pembangunan produk coklat berfungsi, penggunaan perisa tempatan serta pengalaman pelancongan berasaskan koko.

Daripada biji koko kepada pengalaman coklat yang bernilai!

LAWATAN FAMILIARISASI & KERJASAMA PENYELIDIKAN22 September 2026Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan (IPha...
24/09/2026

LAWATAN FAMILIARISASI & KERJASAMA PENYELIDIKAN

22 September 2026
Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan (IPharm), Gelugor, Pulau Pinang

Bahagian Bioteknologi, Pusat Inovasi & Teknologi Koko (PITK), Nilai yang diketuai oleh Dr. Zainal Baharum bersama Dr. Ishak Zubir, Pn. Rosmawati Mat Shair dan En. Mohd Anuar Sharif telah mengadakan lawatan ke IPharm.

Rombongan disambut oleh Prof. Madya Dr. Tye Gee Jun, Pengarah IPharm, bersama lapan pegawai penyelidik. Sesi perkongsian memberi pendedahan mengenai kepakaran IPharm dalam penyelidikan sebatian semula jadi, bahan bioaktif dan kajian klinikal bagi menyokong pembangunan produk makanan, minuman dan suplemen kesihatan.

Lawatan turut merangkumi kemudahan makmal berakreditasi ISO/IEC 17025 dan makmal rintis berstatus GMP. Semoga kunjungan ini membuka peluang kerjasama strategik dalam penyelidikan bahan bioaktif koko dan pembangunan produk coklat berfungsi yang inovatif serta berasaskan bukti saintifik.

Memperkukuh jaringan penyelidikan, memperkasa inovasi koko!

16/09/2026
PENYERTAAN PENYELIDIK BAHAGIAN BIOTEKNOLOGI DALAM KATEGORI PEMBENTANGAN POSTER DI MICNC 2026.Bahagian Bioteknologi, Lemb...
14/09/2026

PENYERTAAN PENYELIDIK BAHAGIAN BIOTEKNOLOGI DALAM KATEGORI PEMBENTANGAN POSTER DI MICNC 2026.

Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan merakamkan ucapan tahniah atas penyertaan tiga orang penyelidik Bahagian Bioteknologi, Dr. Zainal Baharum, Dr. Ishak Zubir dan Ts. Dr. Norasekin Tamchek dalam Malaysia International Conference on Nanotechnology and Catalysis 2026 (MICNC 2026) yang telah berlangsung pada 8โ€“9 September 2026 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Penyertaan ini merupakan platform penting bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi berkaitan bioteknologi koko, nanoteknologi serta pembangunan aplikasi berasaskan bio kepada komuniti penyelidik dan akademik.

Lebih membanggakan, dua projek penyelidikan Bahagian Bioteknologi, yang diketuai oleh Dr. Ishak Zubir dan Ts. Dr. Norasekin Tamchek, telah berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila masing-masing terpilih sebagai TOP 3 FINALIST bagi Best Poster Presentation di persidangan tersebut.

Dr. Ishak Zubir telah membentangkan poster bertajuk:

โ€œEvaluation of Protease-Producing Cocoa Endophytic Bacteria for the Development of a Nano-Formulated Biofertilizerโ€

Poster tersebut mengangkat kajian berkaitan bakteria endofit koko yang menghasilkan protease serta potensinya dalam pembangunan biofertilizer berformulasi nano.

Manakala Ts. Dr. Norasekin Tamchek telah membentangkan poster bertajuk:

โ€œDevelopment of a Bio-Based Nanodelivery Platform for Microbial Agricultural Inputs in Cocoa Productionโ€

Kajian ini mengetengahkan pembangunan platform nanodelivery berasaskan bio bagi aplikasi input mikrob dalam pengeluaran koko.

Kedua-dua pencapaian ini membuktikan keupayaan penyelidik Bahagian Bioteknologi dalam menghasilkan penyelidikan yang inovatif, berimpak dan berpotensi untuk diaplikasikan dalam meningkatkan produktiviti serta kelestarian industri koko.

Setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada kesemua penyelidik yang terlibat atas pembentangan poster dan kejayaan dinobatkan sebagai TOP 3 FINALIST โ€“ BEST POSTER PRESENTATION. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan para pasukan penyelidik yang terlibat, malah turut mengharumkan nama Lembaga Koko Malaysia dan Bahagian Bioteknologi di persada penyelidikan dan inovasi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi, inovasi teknologi serta kolaborasi strategik pada masa akan datang.











14/09/2026

Industri koko mempunyai peranan penting dalam landskap pertanian dan ekonomi negara. Dengan potensi yang luas daripada peringkat penanaman sehingga industri hiliran, koko terus menjadi komoditi yang wajar diberi perhatian.

Saksikan perbincangan penuh di Youtube Smart Talks Sabah
https://youtu.be/iyxcE-4BcoU?si=Q0VUq0Ce8D_4p24u

DARI DAPUR KEMAS KE DUNIA KOKO: MENYINGKAP POTENSI DI SEBALIK POKOK KOKO!8 September 2026 (Selasa)  | PPBK, Lembaga Koko...
14/09/2026

DARI DAPUR KEMAS KE DUNIA KOKO: MENYINGKAP POTENSI DI SEBALIK POKOK KOKO!

8 September 2026 (Selasa) | PPBK, Lembaga Koko Malaysia

Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko (PPBK), Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia (LKM) menjadi destinasi perkongsian ilmu apabila menerima kunjungan 40 orang peserta dari Pusat Kemahiran Masakan KEMAS Ranau pada 8 September 2026. Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat dunia koko, bermula daripada tanaman sehinggalah kepada penghasilan produk berasaskan coklat serta hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bioteknologi.

Bagi para peserta yang sinonim dengan dunia masakan, kunjungan ini pastinya memberikan perspektif baharu tentang koko sebagai salah satu bahan yang mempunyai pelbagai potensi untuk diterokai. Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Puan Lucy Thomas, diikuti dengan demonstrasi pembuatan coklat oleh En. Khai Jurih yang memperlihatkan proses menghasilkan coklat buatan tangan ringkas.

Pengalaman diteruskan dengan kunjungan ke nurseri dan demonstrasi cantuman pokok koko yang dikendalikan oleh En. Ali Gadong, En. Shah David Abdullah dan En. Boniface Julius. Para peserta turut berpeluang mengunjungi Kiosk PPBK bersama En. Ramadhan serta mendapatkan penerangan di ruang pameran daripada Puan Sairan, Puan Rafiah, En. W***y dan En. Adzman.

Lawatan seperti ini bukan sekadar melihat dan mendengar, tetapi membuka ruang untuk peserta memahami rantaian koko dengan lebih dekat โ€” daripada pokok koko, bahan mentah, teknologi penyelidikan sehinggalah kepada produk bernilai tambah. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang masakan, pengetahuan ini turut membuka imaginasi tentang potensi koko untuk dikembangkan menjadi pelbagai produk kreatif dan inovatif.

Bahagian Bioteknologi, LKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Kemahiran Masakan KEMAS Ranau atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada seluruh petugas PPBK yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Dari biji koko lahir ilmu, daripada ilmu tercetus kreativiti, dan daripada kreativiti terhasil nilai!

KENALI KOKO UNTUK SI KECIL: SATU PAGI, SATU PENGALAMAN, BANYAK CERITA!4 September 2026 (Jumaat) | 9.00 pagi | PPBK, LKMP...
04/09/2026

KENALI KOKO UNTUK SI KECIL: SATU PAGI, SATU PENGALAMAN, BANYAK CERITA!

4 September 2026 (Jumaat) | 9.00 pagi | PPBK, LKM

Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko (PPBK), Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia (LKM) sekali lagi menjadi lokasi pembelajaran luar bilik darjah apabila menerima kunjungan Tabika KEMAS Kg. Bangkahak, Kota Belud pada pagi Jumaat.

Lawatan yang disertai 32 orang pelawat, memberikan peluang kepada anak-anak serta ibubapa dan guru untuk mengenali dunia koko melalui pengalaman secara langsung dan menyeronokkan.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Cik Anis Syuhada, diikuti dengan demonstrasi pembuatan coklat oleh En. Khai Jurih. Para peserta turut dibawa ke nurseri bersama En. Ali Gadong untuk mengenali tanaman dan anak benih koko dengan lebih dekat, sebelum meneruskan kunjungan ke Kiosk Marvelles bersama Pn. Lucy Thomas. Turut sama bertugas semasa lawatan ini Puan Sairan, Puan Rafiah, En. Heden, En. W***y dan En. Adzman. Pelbagai aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat sendiri koko daripada peringkat tanaman sehinggalah kepada proses menghasilkan produk berasaskan koko.

Bagi anak-anak kecil, pengalaman sebegini bukan sekadar lawatan; juga peluang untuk melihat, bertanya, mencuba dan mengenali โ€œapa itu kokoโ€ dalam suasana yang menyeronokkan.

Bahagian Bioteknologi, LKM merakamkan penghargaan kepada Tabika KEMAS Kg. Bangkahak, Kota Belud, atas kunjungan tersebut serta kepada semua petugas PPBK yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Kenal koko sejak kecil, cinta ilmu sepanjang hayat!

30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Dihormatiโ€

Lembaga Koko Malaysia (LKM) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos dan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 pada 16 September kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat keamanan serta kesejahteraan yang dikecapi, demi membina sebuah Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera.

Malaysia MADANI, rakyat disatukan, negara dimartabatkan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

27/08/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿซ ๐—–๐—ข๐—–๐—ข๐—” ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—›๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—› & ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—ฌ ๐ŸŒฟโšก
๐—ง๐—›๐—˜ ๐— ๐—ข๐—ฆ๐—ง ๐—•๐—˜๐—”๐—จ๐—ง๐—œ๐—™๐—จ๐—Ÿ ๐—ง๐—›๐—œ๐—ก๐—š (๐—ง๐— ๐—•๐—ง) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Lembaga Koko Malaysia (LKM) melalui Bahagian Pembangunan Pasaran dan Ekonomi (BPPE) merupakan salah satu penaja bagi ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐— ๐—ผ๐˜€๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ๐˜‚๐—น ๐—ง๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด (๐—ง๐— ๐—•๐—ง) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, anjuran Borneo Ultra Trails Sdn. Bhd., yang akan berlangsung pada 29โ€“30 Ogos 2026 di sekitar Kota Belud dan Ranau, Sabah. TMBT merupakan antara acara larian trail antarabangsa yang menghimpunkan komuniti pelari tempatan dan antarabangsa dalam cabaran ketahanan fizikal sambil menikmati keindahan alam semula jadi Sabah.

Buat julung kalinya, LKM melalui BPPE membawa ๐—–๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฒ ke dalam acara larian trail antarabangsa menerusi kolaborasi strategik bersama pihak penganjur dan pemain industri koko Malaysia. Selaras dengan fungsi BPPE dalam pembangunan pasaran dan promosi koko, inisiatif ini bertujuan memperluaskan kesedaran mengenai khasiat, kebaikan dan manfaat koko, mempromosikan produk coklat tempatan serta menggalakkan pengambilan coklat sebagai salah satu pilihan sumber tenaga dalam kalangan komuniti pelari dan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Menerusi tema โ€œ๐—–๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต & ๐—˜๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐˜†โ€, program ini membawa mesej bahawa koko bukan sekadar satu kenikmatan, tetapi juga boleh menjadi sebahagian daripada pilihan pemakanan yang melengkapi gaya hidup aktif dan bertenaga. Sebagai sebahagian daripada penajaan, produk coklat tempatan akan disediakan sebagai sebahagian daripada hadiah kepada para pemenang serta diedarkan di checkpoint terpilih, sekali gus memberi peluang kepada komuniti pelari untuk mengenali dan menikmati produk coklat Malaysia dalam suasana sukan dan gaya hidup aktif.

Selain penajaan produk, LKM turut menyediakan baucar Kursus Asas Coklat Buatan Tangan sebagai sebahagian daripada hadiah program. Inisiatif ini bukan sahaja memperkenalkan coklat dari sudut penggunaan dan pemakanan, malah menjadi platform untuk mempromosikan keusahawanan coklat, memberi pendedahan kepada potensi penghasilan coklat buatan tangan serta menggalakkan minat terhadap peluang perniagaan dalam industri hiliran koko.

Penyertaan dalam TMBT 2026 sekali gus membuka ruang untuk memperkenalkan ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ & ๐—–๐—ต๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒ kepada komuniti sukan yang lebih luas melalui pendekatan yang menggabungkan elemen kesihatan, tenaga, promosi produk dan keusahawanan, seterusnya meningkatkan keterlihatan, penggunaan dan nilai pasaran produk koko serta coklat tempatan.

Program ini turut mendapat sokongan melalui sumbangan produk daripada pemain industri koko dan coklat Malaysia iaitu ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ป๐˜€ ๐—–๐—ต๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐—™๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜† ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ป๐˜€ ๐—˜๐˜๐—ต๐—ถ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐—™๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜† ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—š๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ป ๐—ช๐—ฒ๐—น๐—น๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐˜ ๐—–๐—ต๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—™๐—ผ๐—ผ๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—ฆ๐˜„๐—ฒ๐—ฒ๐˜๐—ธ๐—ถ๐˜€๐˜€ ๐—™๐—ผ๐—ผ๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜† ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—ก๐—ฒ๐˜๐˜„๐—ผ๐—ฟ๐—ธ ๐—™๐—ผ๐—ผ๐—ฑ๐˜€ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—ช๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต๐˜† ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐˜€ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ผ ๐—–๐—ผ๐—ป๐—ณ๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ., ๐—™๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—น๐—ฒ ๐—–๐—ผ๐—ป๐—ณ๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ (๐— ) ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ. ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ค๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—บ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ฒ๐˜€ (๐— ) ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ.

LKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain industri atas sokongan, sumbangan dan kolaborasi dalam menjayakan usaha memperluaskan promosi koko dan coklat Malaysia kepada komuniti tempatan serta antarabangsa.

Melalui TMBT 2026, ๐—–๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฒ menjadi platform untuk membawa koko lebih dekat kepada komuniti sukan dan gaya hidup aktif, di samping memperkenalkan Malaysian Cocoa & Chocolate sebagai pilihan untuk tenaga dan gaya hidup aktif, serta membuka ruang kepada masyarakat untuk meneroka potensi keusahawanan dalam industri coklat tempatan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿซโšก

โ€œ๐—–๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต & ๐—˜๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐˜†โ€
โ€œ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฐ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ง๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ ๐—ผ๐—ณ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฎ & ๐—–๐—ต๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒโ€
โ€œ๐—ง๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ. ๐—Ÿ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ฑ๐˜„๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ.โ€

Address

Jalan Norowot, KKIP
Kota Kinabalu
88460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088344170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia:

Shortcuts

Share