Ellynda Eladio Abrigo Nurfaizah Johari

Ellynda Eladio Abrigo  Nurfaizah Johari

Share

https://wa.me/601126825272

bahagia bersama ahli keluarga,,terutama mama,adik beradik & anak2 soleh mami,,semoga kita smua sama2 masuk syurga🌹🌹🌹insya Allah

12/03/2026

memang begitukah tu 😊

05/03/2026

Wahai wanita,,rezeki anak2 tu Allah yg tentukan bukan di tangan suami yg taguna tu.. Tiada sbb pun mau bertahan ,, jgn rosakkan diri kamu akibat suami yg celup sana sini.. Yg sengsara,, isteri lah kn tanggung penyakit kelamin,, 😌gila

Hati-hati untuk para isteri yang suami jenis kuat “makan luar”
(Kisah ni dah dapat izin klien untuk dijadikan pengajaran)

Semalam datang klien lama, seorang isteri umur 40 tahun. Suami 42 tahun. Dah kahwin 16 tahun, anak 4 orang, 2 perempuan dan 2 lelaki. 4-5 tahun lepas, dia pernah datang pejabat saya menangis teresak-esak. Nak failkan cerai sebab suami berkali-kali curang, jenis s**a “makan luar”, ada dera emosi dan mental.

Surat kuasa dah sign.
Draf tuntutan cerai dah siap.
Termasuk sekali tuntutan harta sepencarian.
Tinggal nak daftar je dekat Mahkamah Syariah.

Waktu tu dia memang dah tak larat.

Rupa-rupanya suami ada 2 phone yang disorokkan.
Dalam tu penuh chat dengan perempuan-perempuan yang dia “book”.
Seminggu boleh 3-4 orang.
Ada gambar tak senonoh.
Ada mesej Iucah.
Memang tahap jijik nak baca.

Saya nasihatkan dia buat pemeriksaan kesihatan sebab gaya hidup suami memang berisiko.
Alhamdulillah masa tu keputusan ujian dia bersih.

Waktu tu mereka ada satu rumah yang duduk sendiri, dua kereta dan beberapa rumah sewa. Tanah pun ada. Kaya kan?

Sehari sebelum fail cerai nak didaftarkan..

Tiba-tiba dia tarik balik. Tak jadi cerai.

Alasan?
Kesian anak-anak.
Suami janji nak berubah.
Mak ayah dan keluarga besar suruh sabar, jangan cerai.

Saya tanya, “Yakin ke?”
Sebab bukti dalam 2 telefon tu memang dah teruk sangat.

Dia jawab yakin. Demi anak dan keluarga.

Ok, kes tak jadi daftar.

Itu 4-5 tahun lepas.

Semalam dia datang balik.

Rupanya 3 tahun selepas tak jadi cerai, suami masih lagi buat perangai lama. Tak pernah berubah pun.

Sampai satu tahap dia rasa tak sedap badan. Pergi buat medical checkup sebab rasa ada yang tak kena.

Keputusan?
Dia kena penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan suami isteri yang tak selamat.

Suami pun buat ujian.
Keputusan makmal? Hampir semua penyakit kelamin yang disyaki… positif.
Nak tulis pun rasa loya.

Mula lah ulang-alik hospital.
6 bulan rawatan, nampak macam dah ok.
Keputusan makmal elok balik.

Ingatkan dah insaf?
Tak.

4 bulan lepas tu, suami sakit lagi.
Kali ni lebih teruk. Bernanah, komplikasi sana sini.

Dah 8 bulan ulang-alik hospital tak sembuh-sembuh.
Penyakit datang silih berganti.

Harta yang dulu ada?
Habis. Licin.
Rumah dijual. Tanah dijual. Duit warisan habis untuk rawatan dan sara hidup.

Sekarang mereka enam beranak menumpang apartmen kosong milik saudara suami.
Keluasan 36 meter persegi.

Belum cukup dengan tu…

Seminggu sebelum dia datang jumpa saya, seorang perempuan datang ke apartmen tu.
Rupanya suami dah nikah lain.
Ada anak perempuan umur 2 tahun lebih.

Perempuan tu nak tinggalkan anak sebab nak kerja luar negara.
Keluarga perempuan tu tak nak jaga.

Jadi nak “serah” anak tu pada isteri pertama.

Bayangkan.

Keluarga yang dulu suruh jangan cerai?
Sekarang cuma mampu cakap, “Sabar ya.”

Nak cerai sekarang?
Nak duduk mana?
Apartmen tu pun milik saudara suami.

Saudara-mara p**a cakap,
“Kalau nak cerai, cerai lah. Tapi tak boleh duduk dengan kami. Rumah dah penuh.”

Mak ayah dah meninggal 2 tahun lepas.
Rumah pusaka dah jual. Duit dah habis.

Sekarang suami makin sakit.
Aneh tapi nyata, penyakit macam tak habis-habis.

Isteri tu cuma cakap satu ayat pada saya sambil menangis:

“Kalau masa boleh diputar balik… saya menyesal tak ikut nasihat puan dulu.”

Dulu saya cuma bagi 3 nasihat:

1. Buat pemeriksaan kesihatan

2. Failkan cerai

3. Tuntut harta sepencarian

Masa dia tarik balik kes, saya dah tanya,
“Puan dah bersedia tanggung semua risiko? Termasuk kemungkinan suami kena penyakit?”

Dia jawab, “Ya.”

Sekarang dia cakap,
“Saya dah tak sanggup.”

Tapi nasi dah jadi bubur.
Entah bubur tu masih boleh diolah atau tak.

Azab tu ada. Dan nyata.

Lelaki jenis kuat makan luar ni memang susah nak berubah.
Ramai sangat isteri yang hadap benda sama.

Paling sedih, ada isteri yang bangga cakap:
“Tak apa dia nakal kat luar je, asalkan dia tetap balik rumah dan tidur dengan aku.”

Ya Allah… tunggu masa je penyakit datang.

Wahai para isteri, sayangilah diri sendiri.
Kesihatan fizikal dan mental tu mahal.

Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk terus bertahan dalam penderitaan.
Anak lagi sakit tengok mak dia merana hari-hari.

Dan jangan jadi keluarga toksik.
Jangan takut-takutkan perempuan dengan status janda.

Percayalah…
Yang lebih perit ialah hidup macam kisah ibu ni.
Menderita lahir batin.

Akhir sekali rajinkan lah buat pemeriksaan kesihatan. Jangan tunggu sakit baru nak periksa.

Semoga jadi pengajaran untuk kita semua.

02/08/2025

Nnt klu sd pencen😅
Simpan cita2 dlu utk umur nnt sd 45 bgtu... Tidak salah simpan angan2 yg boleh jg jd cita2 yg baik2❤ .. Buat masa ni masih dlm proses tambah ilmu dan tambah pengalaman dlu😍

24/07/2025

Bismillah
Semoga ada pengadilan utk zara qairina

24/07/2025

22/07/2025

Doa nabi SAW di setiap pagi 🤍

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.”

(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

❥ 🤍 > ellynda@nuurawfiyah

Photos from Ellynda Eladio Abrigo  Nurfaizah Johari's post 18/07/2025

Takziah😞
Saya juga seorang ibu tapi sy tidak pernah takut utk bertindak dengan kes2 buli terutama jika melibatkan anak2 saya

Astaghfirullahaladzim... 💔

Nangis 😢😢😢 mmbayangkan anak2 sendiri 💔
Dari tadi sy stress dgn berita ni,, semoga yg mmbuli akan dapat hukuman yg setimpal 💔

16/07/2025

"*It's totally okay to not care so much about what others think of you. "*
-nuurawfiyah@ellynda

Musim hujan,, pakai kasut lah kita❤

16/07/2025

Wah bahagianya klu bgini,, mknanya suaminya ni fhm agama.. Ada ka bgini.. Mau eh, tp mau yg tua la sbb aku pun sd tua😂

Yg pnting dia pass ilmu fardhu ain na itu wajib d cari tu yg fardhu ain tu kan 😌😌

X apa la.. Kita tggu jumpa d syurga sj nnt🤭

Perempuan s**a tak kena bagi syarat-syarat macam ni...

14/07/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu
89850