SMKA Kota Kinabalu Rasmi

SMKA Kota Kinabalu Rasmi أهلاً وسهلاً
SELAMAT DATANG KE PAGE RASMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KOTA KINABALU TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB

Jenis sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama harian, Gred A
Moto: Berilmu Beriman Beramal
Ditubuhkan: 1990
Nombor sekolah: 088-243548 / 088-230097
Faks 088-241714
Pengetua: Ustazah Shofriza Washlaini binti Muhammad Iyen
Penolong Kanan Pentadbiran: Ustaz Mohd Zamree Kautis Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Ustaz Irdawadi bin Sawaladi
Penolong Kanan Kokurikulum: Ustaz Aerman Alam bin Haji Alam
Penolong Kanan Tingkatan 6: Ustaz Mohd Khairol Faizi bin Abdul Hamid

21/09/2026
🌟 TAHNIAH & SYABAS WARGA SMK AGAMA KOTA KINABALU! 🌟Assalamualaikum warahmatullahi ta‘ala wabarakatuh.Alhamdulillah, syuk...
21/09/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS WARGA SMK AGAMA KOTA KINABALU! 🌟

Assalamualaikum warahmatullahi ta‘ala wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepada warga SMK Agama Kota Kinabalu (SMKAKK).

Dengan penuh rasa bangga, seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas kejayaan SMKAKK menerima pelbagai pengiktirafan dalam Anugerah Imtiyaz VII Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2026.

🏆 10 PENGIKTIRAFAN TELAH DITERIMA, meliputi kecemerlangan akademik, kokurikulum, pengurusan serta kemenjadian murid.

Antara pengiktirafan yang diterima ialah:

✨ Anugerah Pencapaian Tertinggi GPM Bidang Pendidikan Islam SPM Tahun 2025
(Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah)

✨ Anugerah Pencapaian Lulus 100% Mata Pelajaran SPM SMKA/SABK

✨ Anugerah Pencapaian Peningkatan GPM SPM SMKA/SABK

✨ Anugerah Peningkatan Tertinggi GPM STPM SMKA Tahun 2025
(Usuluddin)

✨ Anugerah Peningkatan Tertinggi GPM STPM SMKA Tahun 2025
(Bahasa Arab)

✨ Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum SMKA/SABK Menengah

✨ Anugerah Tokoh Murid Menengah (Lelaki)
Mohammad Khayruddin Zakwan bin Jaimis

✨ Anugerah Pencapaian Cemerlang Pengurusan Kewangan SMKA/SABK 2024

✨ Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik SMKA/SABK

dan pengiktirafan-pengiktirafan lain yang membuktikan komitmen seluruh warga sekolah dalam membudayakan kecemerlangan.

Pada kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Puan Pengetua, Ustazah Shofriza Washlaini binti Muhd Iyen, atas dukungan, kepercayaan, dorongan dan galakan yang berterusan kepada seluruh warga SMKAKK.

Tidak dilupakan, ucapan penghargaan kepada barisan pentadbir, ketua-ketua bidang, guru-guru, AKP, murid-murid serta ibu bapa atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang menjadi sebahagian daripada pencapaian ini.

Kejayaan ini turut hadir seiring dengan semangat dan budaya penyelidikan, inovasi serta perkongsian amalan terbaik yang ditunjukkan oleh guru-guru SMKAKK melalui penyertaan dalam Seminar Kajian Tindakan (SEKATI) 2026 di SMK Agama Tun Said, Kota Belud.

🏆 Pingat Tinta Platinum
✨ En Mohd Hafizi bin Abd Manap

🏆 Pingat Platinum
✨ Nurul Ayuni binti Ahadin & Siti Nurfar’ain binti Zainuddin
✨ Dr Norafidah binti Gordani

🥇 Pingat Emas
✨ Dr Norafidah binti Gordani
✨ Siti Norziana binti Yakub
✨ Nur Ain binti Ariffin
✨ Zaid Harith bin Sohaimi
✨ Siti Nurfar’ain binti Zainuddin
✨ Muhammad Irfan bin Ishak
✨ Bibi Fazilah Mohd Abas & Amir Fadh
✨ Khairul Anuar bin Doing
✨ Khairul Anam Hazmizan bin Hasli

🎉 Tahniah dan syabas kepada semua guru pembentang SEKATI 2026! 🎉

Sesungguhnya, pencapaian ini bukan sekadar tentang pingat dan pengiktirafan, tetapi merupakan manifestasi kesungguhan warga SMKAKK untuk terus belajar, menyelidik, menambah baik, berinovasi dan berkongsi amalan terbaik demi meningkatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid.

Daripada bilik darjah ke pentas persidangan, daripada usaha guru kepada kecemerlangan murid, setiap pencapaian adalah hasil kerja bersama yang wajar dibanggakan.

🌱 Teruskan berkarya.
💡 Teruskan berinovasi.
🤝 Teruskan berkolaborasi.
🏆 Teruskan mencipta kecemerlangan.

“Menyelidik untuk memperbaiki,
Berinovasi untuk memberi impak,
Berkongsi untuk menginspirasi.”

Tahniah dan syabas seluruh warga SMK Agama Kota Kinabalu!
Semoga setiap kejayaan menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah lebih jauh dan mengangkat nama SMKAKK di persada pendidikan Sabah. 🌟

SMKAKK — Terus Melangkah, Terus Cemerlang! 💚💛








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🤲🏻🌷 Nur Amalina binti Mohd Kulah 🌷...
21/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🤲🏻

🌷 Nur Amalina binti Mohd Kulah 🌷

📒 Tingkatan: 4 Nasaie
📌 Halaqah: 9
📈 Mula Tasmik: 3 April 2023
📆 Tarikh Khatam: 17 September 2026
🔗 Tempoh: 3 tahun 5 bulan

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Nur Amalina binti Mohd Kulah atas kejayaan menyempurnakan hafazan Al-Quran. 🌹

Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada barisan pentadbir, ibu bapa serta guru-guru yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan sepanjang proses menyempurnakan hafazan Al-Quran ini.

Semoga Nur Amalina terus istiqamah dalam mengamalkan, mengulang kaji (murajaah) dan menghayati Al-Quran, serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya, petunjuk dan rahmat dalam setiap langkah kehidupan serta menjadi syafaat buatnya di akhirat kelak.

🤲🏻 Doa Khatam Al-Quran

“Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkanlah kami akan ayat-ayat Al-Quran yang telah kami lupakan dan ajarkanlah kepada kami apa yang kami tidak ketahui daripadanya. Kurniakanlah kami kemampuan untuk membacanya pada waktu siang dan malam serta jadikanlah Al-Quran sebagai pembela kami, wahai Rabb sekalian alam.”

Amin ya Rabbal ‘alamin. 🤲🏻✨

🌸 Tahniah Nur Amalina! Semoga terus istiqamah bersama Al-Quran dan menjadi insan yang berakhlak dengan Al-Quran. 🌸

🏆 BERITA KEJAYAAN: PERTANDINGAN IKON I-STEAM ULUL ALBAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🏆Assalamualaikum wbt dan selamat sejah...
21/09/2026

🏆 BERITA KEJAYAAN: PERTANDINGAN IKON I-STEAM ULUL ALBAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🏆

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru pembimbing, dan seluruh warga SMKA Kota Kinabalu atas kejayaan manis anak-anak didik kita di peringkat kebangsaan.

Daripada 75 peserta seluruh Malaysia, hanya 5 finalis terbaik dipilih ke Peringkat Akhir selepas melalui saringan ketat (Hafazan & Tarannum). Di pentas akhir, mereka diuji dengan lebih mencabar dalam aspek Hafazan, Tarannum, dan Tafsir.

Tahniah kepada 3 permata sekolah yang berjaya mendapat tempat di Peringkat Akhir:

👳🏻‍♀️ Kategori Lelaki:Tempat Keempat – Muhammad Al-Khaalish bin Basri 🏅

Tempat Kelima – Fathur Rahman bin Khairil Anuar 🏅

🧕🏻 Kategori Perempuan:Tempat Keempat – Nurjannah Syafiyah binti Ronnie 🏅

Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga dan doa. Semoga Al-Quran terus menjadi tunjang kekuatan, ilmu sebagai perisai, dan akhlak yang mulia sebagai perhiasan diri buat anak-anak ini.

Syabas dan teruskan melakar kecemerlangan.

- I STEAM ULUL ALBAB 2026

16/09/2026

Address

Jalan Sekolah Agama Kota Kinabalu, Bukit Padang
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088243548

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Kota Kinabalu Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMKA Kota Kinabalu Rasmi:

Shortcuts

Share

Category