14/11/2020
TAHNIAH BUAT HANA SUMAYYAH!!!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala Puji bagi Allah Taala, yang melimpahkan segala rahmat, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang mulia.
Pada hari penuh barakah,Hari Jumaat, Penghulu sekalian hari di Bulan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم , iaitu 13 November 2020 Jam 4.47 petang bersamaan 27 Rabiul Awwal 1442 H, pelajar kami HANA SUMAYYAH BINTI MUHAMMAD AKMAL Dari Putatan Sabah , yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Hadis Lil Banat telah selesai mengkhatamkan hafazan Al-Quran 30 juzuk dibawah bimbingan talaqqi gurunya.
Semoga Allah Taala memberi keberkatan buatnya, ibu bapanya, guru-gurunya dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha ini. Benarlah janji Nabi Muhammad SAW :-
وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا
Maksudnya: “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al-Qur’an)”.[Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadith ini hasan. [Lihat: al-Mathalib al-‘Aliyah, 14/324]
Doakan lebih ramai pelajar-pelajar kami di Darul Hadis Sabah Banin & Banat mengikuti jejak langkah Ahli Al-Quran. Membaca, menghafaz, mempelajari dan akhirnya mengamalkannya dalam kehidupan.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الفقير إلى الله عز وجل
مدير دار الحديث سابه