14/05/2026
Giatmara Negeri Sabah
Page Rasmi GIATMARA Negeri Sabah.
14/05/2026
13/05/2026
ππππππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππ ππππ: ππππ πππππ ππ πππππππ ππππππππππ
Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) akan menganjurkan satu kursus dan mempelawa individu yang baru menceburi bidang perniagaan untuk menyertai program tersebut, seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 - 20 Mei 2026 (Selasa - Rabu)
Lokasi : Dewan Serbaguna, Aras 5, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru (https://share.google/mojqvncS7gYYxWIzD)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Peserta adalah ππππππππππ untuk membawa komputer riba (laptop) untuk tujuan pembelajaran.
Permohonan secara atas talian melalui imbasan kod QR atau pautan: https://forms.gle/xkx2DmWzW3BhnJCd8
βPenyertaan terhad dan peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi.
βPenyertaan adalah percuma.
βPengangkutan tidak disediakan oleh pihak DIDR.
Tarikh tutup permohonan: 14 Mei 2026, 9.00 pagi.
Sekian, terima kasih
12/05/2026
Pergi ke pekan membeli halia,
Singgah sebentar di kedai Pak Mat;
Sungguh mulia kerjaya anda,
Sabar melayan penuh khidmat.
Terang bulan di malam hari,
Bintang berkelip sangatlah cantik;
Selamat Hari Jururawat ucapan diberi,
Jasamu dihargai setiap detik.
10/05/2026
πΈ Selamat Hari Ibu 2026! πΈ
Kami warga kerja GIATMARA Negeri Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu yang menjadi sumber kasih sayang, kekuatan, dan inspirasi dalam keluarga serta masyarakat.
Terima kasih atas segala pengorbanan, doa, dan dedikasi yang tidak ternilai. Anda adalah tulang belakang kejayaan anak-anak dan pencetus semangat generasi masa depan.
πβ¨ Terima kasih, Ibu Hebat!
Ikhlas daripada Pengarah & Warga Kerja GIATMARA Negeri Sabah
08/05/2026
Dari Mikro ke SME: Strategi Scale Up untuk Usahawan Wanita
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) membawakan sesi khas buat usahawan wanita yang ingin membawa perniagaan ke tahap seterusnya.
Sertai sesi perkongsian bersama Puan Cherry Ding, Pengarah Hong Xin Food Sdn. Bhd., yang akan berkongsi pengalaman sebenar, strategi praktikal serta cabaran dalam proses scale up perniagaan.
Antara topik yang akan dikongsikan:
β’ Strategi berkembang dari mikro ke SME
β’ Pengalaman sebenar membina perniagaan
β’ Tips operasi, pemasaran & pengurusan
β’ Cara meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan untuk berkembang secara mampan
π
16 Mei 2026 (Sabtu)
β° 3.00 petang β 5.00 petang
π» Platform: Zoom Webinar
Tempat adalah terhadβοΈDaftar sekarang dan rebut peluang untuk belajar daripada pengalaman sebenar usahawan yang berjaya.
π Link pendaftaran:
https://forms.cloud.microsoft/r/ZukFbScPj1
Mari melangkah lebih jauh, daripada mikro ke SME.
06/05/2026
Berita baik untuk peniaga-peniaga. Kami menjemput anda untuk memeriahkan lagi program Bornean Sun Bear Hat Run dengan jualan-jualan anda. π€©π Permohonan boleh dibuat melalui QR - Google Form.
ππ¨ππππ‘ ππ’π₯π‘πππ‘ π¦π¨π‘ ππππ₯ πππ§ π₯π¨π‘
Lokasi: Anjung Gajah (1st Floor), Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 9:30 am - 4:00 pm
Sewa setapak: RM10
Saiz tapak: 5 kaki x 5 kaki (kawasan ber-aircon)
π§ππ₯π π & π¦π¬ππ₯ππ§
1.β β Jualan hendaklah dalam bentuk minuman, makanan (digalakkan untuk sedia dibungkus) kraftangan atau barang-barang berkonsepkan hidupan liar.
2.β β DILARANG MASAK.
3. Barang-barang niaga dan perkakasan (seperti meja) tidak disediakan dari pihak kami.
4.β β β Peniaga-peniaga hendaklah membawa barang-barang niaga dan perkakasan (seperti meja) yang muat dalam saiz tapak (5 kaki x 7 kaki).
5.β β β Tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan (pacuan 4 roda dan motorsikal) ke kawasan taman kecuali atas sebab-sebab tertentu. Cth: Menghantar bekalan, bahan dan peralatan, atas sebab rawatan, kecemasan dengan mendapatkan pas kebenaran dari pihak sekuriti taman.
6.β β β Membawa tong sampah dan plastik sampah sendiri.
7.β β β Kebersihan kawasan yang disewa hendaklah dalam keadaan terjaga, dan membawa sampah sendiri ke luar dari kawasan taman.
8.β β β Bayaran sewa boleh dilakukan selepas jualan tamat dengan Encik Malik.
9.β β β Permohonan yang berjaya akan dihubungi.
10.β β β Penganjur berhak meminda terma & syarat tanpa notis awal.
06/05/2026
Bekas pelajar TVET, Muhammad Din kini bekerja sebagai bricklayer profesional di UK dengan pendapatan lebih RM25K sebulan. Bermula dari WorldSkills, beliau kini mahu bawa standard pembinaan UK ke Malaysia dan ubah persepsi terhadap kerjaya kemahiran.
Artikel penuh: https://mooda.my/muhammad-din-bricklayer-malaysia-uk/
02/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Tingkat 2, Lorong Likas Plaza, Jalan Tuaran, Likas
Kota Kinabalu
88400
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |