16/09/2026
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.
| 16 SEPTEMBER 2026 |
[SELAMAT HARI MALAYSIA]
Kami barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (PMFKJ) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga Fakulti Kejuruteraan.
Sempena memperingati pembentukan Malaysia, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, perpaduan serta keharmonian yang menjadi asas dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersatu.
Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sejarah pembentukan negara, tetapi juga menjadi simbol kekuatan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang. Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati serta bekerjasama dalam membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.
Semoga semangat Hari Malaysia terus menyemarakkan rasa cinta akan negara serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga Fakulti Kejuruteraan. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan sebagai generasi yang membawa perubahan positif demi masa depan Malaysia.
Selamat Hari Malaysia! ๐ฒ๐พ
Sekian,
terima kasih.
โREFORMASI KEPIMPINAN, PENCETUS TINDAKANโ
Yang Ikhlas,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN (PMFKJ)
SESI 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH