03/07/2024
Alhamdulillah.. gambar ini merupakan sebelum, semasa dan selepas gotong royong bersama AJK pibg dan ibubapa.
Terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian meluangkan masa membantu untuk membersihkan kawasan sekolah akibat daripada bencana banjir.
Terima kasih juga kepada sukarela puteri UMNO turut hadir untuk membantu membersihkan sekolah. Tidak lupa juga kepada Tuan Jeffery Nor Mohamed (Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah) atas kesudian hadir untuk melawat kami di sekolah masa gotong-royong pagi tadi.
Segala kerjasama yang diberikan serta sumbangan tenaga kepada pihak sekolah, maka proses pembersihan lebih cepat disiapkan. Terima kasih juga yg menyumbang makan dan minum sepanjang gotong-royong.
Semoga anak-anak murid dapat ke sekolah seperti biasa dan lebih bersemangat lagi.
“Hadapi Cabaran Untuk Mendapatkan Ilmu”
~Kita pegang hakikat,
biar perang bermalaikat,
namun sabung menjadi juara.~