Institut Pengajian Al-Quran Cawangan Sabah -IPaQ Sabah NGO

Institut Pengajian Al-Quran Cawangan Sabah -IPaQ Sabah NGO Institut Pengajian Al-Qur’an (IPaQ) merupakan sebuah yayasan yg mengendalikan program-program yg merangkumi penghayatan dan pengaplikasian ilmu al-Qur’an

PENGENALAN KAEDAH ABAHATA AL-JABARI

Masalah yang wujud sekian lama tentang ramainya orang Islam yang masih tidak tahu membaca al-Qur’an adalah menjadi satu isu yang semestinya tidak boleh dipandang ringan. Keadaan ini masih berleluasa dikalangan :

1. Saudara baru yang mana diantara mereka telah lama memeluk agama Islam tetapi tidak tahu membaca Quran menyebabkan jiwa mereka kosong yang diantara lain menyebabkan dikalangan mereka murtad.

2. Para muslimin/muslimat dewasa yang lemah kemampuan membaca Al-Quran kerana semasa kanak-kanak tidak diberi penekanan sementara mereka menghadapi hambatan masa untuk membetulkan keadaan.

3.Pelajar-pelajar yang diberi masa yang amat terhad untuk mempelajari Al-Qur’an disekolah.

4.Ramainya kanak-kanak yang kurang berminat mempelajari Al-Qur’an kerana menganggap ianya pelajaran yang susah.

5.Kanak-kanak istimewa seperti yang autistik lazimnya tidak s**a dikawal pergerakan dan kemahuan mereka.

6.Masih wujudnya persepsi bahasa Quran adalah bahasa asing yang s**ar untuk dipelajari.Oleh kerana faktor-faktor diatas, maka perlulah diperkenalkan satu kaedah yang mudah, cepat dan berkesan dalam masa yang singkat. PENYELESAIAN

Berpandukan situasi di atas, perlulah diikhtiarkan satu pendekatan alternatif sebagai tambahan kepada kaedah-kaedah yang sedia ada dan/atau yang mampu menambah dimensi pembelajaran.

14/11/2020

Mahu mengaji, tapi tiada rujukan atau guru? Rasa was-was dengan bacaan anda? Ingin hadir ke kelas mengaji, tapi tidak dapat disebabkan PKP?

Haa, jom ikuti episod baru Program Quran Time anjuran Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APaQS) bersama Ustaz Sharuddin BIn Shawal.

Insyaallah pada siri kali ini, panel akan mengupas cara bacaan, hukum tajwid serta tadabbur ayat yang akan dipilih kelak.

Episod pertama akan bermula pada 14 November 2020, iaitu pada hari sabtu ini. Seperti sebelum ini, anda hanya perlu duduk dirumah, bagi mengikuti siaran langsung kami menerusi laman facebook Akademi Pengajian Al-Quran Semporna.

Mahu lebih "mantul" ? ajak anak anda sekali hadir program ini.

Jom sebarkan seluasnya program ini



Musim PKPB mari menambah ilmu Taranum.
03/11/2020

Musim PKPB mari menambah ilmu Taranum.

20/11/2019

Pada 23 November 2019, Institut Pengajian al Quran (IPaQ), Yayasan Inisiatif Membangun Pendidikan Dan Amal Kebajikan (Yayasan IMPAK) dan Akademi Pengajian Al -Quran Semporna (APAQS) akan mengadakan Program Santunan Komuniti Sabah Bahagian Semporna (SKS) bertempat di Akademi Al Quran Sabah (APAQS), Semporna. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
i. Majlis Khatan.
ii. Majlis Khatam al Quran oleh pelajar APAQS.
iii. Bantuan Amal Kebajikan Asnaf Yayasan IMPAK (BAKA)
iv. Pelancaran Program Celik al-Quran Masyarakat (CQ-MAS) Bugaya.
v. Pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Semporna.
vi. Pameran Anti Dadah oleh AADK
vii. Gerai Jualan Komuniti

23/02/2018



Al-Quran adalah kalam Allah yang mulia yang perlu dipelihara dan dijaga kesuciannya. Oleh itu, hendaklah kita menjaga adab-adab ketika hendak membacanya.

"Bersama-sama Memartabatkan Al-Quran"

04/08/2017
Laporan progres kelas pengajian di APAQS, dan perancangan untuk progam selanjutnya.
02/08/2017

Laporan progres kelas pengajian di APAQS, dan perancangan untuk progam selanjutnya.

1 Ogos 2017Pemaparan Kaedah ABAHATA kepada staf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP)
02/08/2017

1 Ogos 2017

Pemaparan Kaedah ABAHATA kepada staf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP)

*KHAS UNTUK WARGA SEMPORNA, SABAH SEKALIAN !!**KELAS BACA-TULIS QURAN (BTQ) KAEDAH ABAHATA* Kaedah Pembelajaran✔ menarik...
12/05/2017

*KHAS UNTUK WARGA SEMPORNA, SABAH SEKALIAN !!*

*KELAS BACA-TULIS QURAN (BTQ) KAEDAH ABAHATA*

Kaedah Pembelajaran
✔ menarik !
✔ seronok dan tidak bosan!
✔ Dijamin Berkesan !

JOM IKUTI!!

▲ KELAS BACA-TULIS-QURAN (BTQ) ASAS KAEDAH ABAHATA
▲ TARIKH 13 & 14 | Sabtu & Ahad
▲ 8.00 pagi hingga 5.00 petang
▲ Akademi Pengajian Al-Quran Sabah ( APaQS ), Kg Bugaya

Khusus kepada yang belum boleh membaca al-Quran untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa
(Jangan lupa bawa alat tulis)

Hadirkan diri yang sudah mendaftar dan ajak yang lain

✔ KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN KAEDAH ABAHATA

- Titian ingatan & pergerakan sebagai kekuatan kaedah
- Satu-satunya kaedah yang mempunyai pembelajaran penulisan.
- Keberkesanannya diperakui dalam Kajian dan penilaian oleh Centre Of Quranic Research University Malaya (CQR UM)

Jangan lepaskan peluang ini ! 🎉 🎉 🎉

Jom ke Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) yang telah menjadi sejarah kepada rakyat Semporna, bertuah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 16 April 2017. Jom manfaatkan APaQS dengan program al-Quran dan ilmu

Anjuran APaQS Kerjasama unit pemimpin pembangunan masyarakat DUN 54 Bugaya
Pantauan dan sokongan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ)

“Bersama-Sama Memartabatkan al-Quran”

SMS, Call, Whatsapp
☎ Ustaz Azwir : 014-871 6348
☎ Ustaz Azwir : 014-871 6348
☎ Ustaz Azwir : 014-871 6348
☎ Ustaz Azwir : 014-871 6348

Montaj Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi, T...
30/04/2017

Montaj Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 16 April 2017..

Cawangan IPAQ, iaitu Akademi Pengajian al-Quran Semporna.

Bacalah al Quran..
30/04/2017

Bacalah al Quran..


Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pengajian Al-Quran Cawangan Sabah -IPaQ Sabah NGO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category