30/08/2024
BINATANG APAKAH YANG SETIA BERKAWAL DI PINTU GUA SEMASA ASHABUL KAHFI DI TIDURKAN OLEH ALLAH
Ceritakan kepada anak-anak anda tentang fakta dalam Al-Quran ini.
Binatang apakah yang setia berkawal di pintu gua semasa ashabul kahfi ditidurkan oleh Allah?
Jawapan : seekor anjing
Allah berfirman dalam surah al-kahfi ayat 18 :
وَتَحۡسَبُهُمۡ أَيۡقَاظٗا وَهُمۡ رُقُودٞۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ وَكَلۡبُهُم بَٰسِطٞ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡهِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارٗا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡهُمۡ رُعۡبٗا
Maksud : Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua;
jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
(Surah al-Kahfi : ayat 18 )
Keterangan :
1) Selain Ashabul Kahfi, anjing mereka juga telah ditidurkan oleh Allah SWT.
2) la tidur dengan menghulurkan dua kaki hadapannya berdekatan dengan pintu gua. Anjing itu berkhidmat kepada tujuh pemuda itu.
3) Anjing juga ciptaan Allah dan manusia tidak dibenarkan menyakitinya tanpa usul periksa.
Moga bertambah ilmu kita dan anak-anak kita untuk beramal dengan Al-Quran.
sumber : 366 soalan dan jawapan dalam Quran