SK LIKAS

SK LIKAS Selamat Datang ke Halaman Rasmi Sk Likas

Ikuti perkembangan terkini aktiviti, program, pencapaian dan hebahan rasmi sekolah.

Terima Kasih atas sokongan berterusan daripada ibubapa, alumni dan komuniti setempat πŸ€—

🌟 TERIMA KASIH, IBU BAPA & GURU! 🌟Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa serta guru-guru...
01/09/2026

🌟 TERIMA KASIH, IBU BAPA & GURU! 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa serta guru-guru SK Likas atas kehadiran dan sokongan dalam Dialog Prestasi Prasekolah dan Tahap 1 Bersama Ibu Bapa dan Penjaga bagi Pertengahan Sesi Akademik 2026.

🀝 Kehadiran dan komitmen ibubapa amat bermakna dalam membina jambatan kerjasama antara sekolah dan keluarga demi memastikan perkembangan serta kecemerlangan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

πŸ‘©β€πŸ« Terima kasih juga kepada semua guru yang terus komited mendidik, membimbing dan memberikan yang terbaik buat anak-anak SK Likas.

πŸ’™ Apabila sekolah dan ibu bapa bergerak seiring, anak-anak melangkah lebih yakin menuju kejayaan.

β€œTahun Ini, Tahun Kita!”
🌟 Bersama Membina Generasi Cemerlang 🌟

23/07/2026

Burung merbah terbang tinggi,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Terima kasih Uncle Bob murah rezeki,
Jasa dikenang sepanjang zaman πŸ₯°

βš½πŸ† JADUAL PERLAWANAN SUKAN FUTSAL πŸ†βš½πŸ”₯ Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Negeri Sabah 2026...
22/07/2026

βš½πŸ† JADUAL PERLAWANAN SUKAN FUTSAL πŸ†βš½

πŸ”₯ Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Negeri Sabah 2026 kini memasuki fasa paling mendebarkan!

πŸ“… Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Saksikan aksi hebat pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Sabah bermula dengan Suku Akhir, diikuti Separuh Akhir, Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga, dan kemuncaknya Perlawanan Akhir untuk merebut gelaran juara! πŸ†βš½

Ayuh hadir memberikan sokongan dan semangat kepada semua atlet cilik yang akan berjuang dengan penuh semangat kesukanan. Semoga setiap perlawanan berlangsung dengan lancar, adil dan penuh aksi menarik.

πŸ’™ Bersukan β€’ Bersatu β€’ Berprestasi!

πŸ’§ 1 Orang, 1 Botol πŸ’§Alhamdulillah, bekalan air minuman untuk para peserta, guru, pegawai dan petugas telah disediakan ha...
22/07/2026

πŸ’§ 1 Orang, 1 Botol πŸ’§

Alhamdulillah, bekalan air minuman untuk para peserta, guru, pegawai dan petugas telah disediakan hasil sumbangan yang amat bermakna daripada Maju Teguh Auto.

Setiap seorang hanya mengambil 1 botol agar semua yang hadir mendapat manfaat secara adil dan mencukupi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maju Teguh Auto atas keprihatinan serta sokongan dalam menjayakan Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Negeri Sabah 2026.

Semoga segala sumbangan ini menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan. 🀲

Lokasi: berdepan dengan lori unclebob

πŸ“Š DASHBOARD KEPUTUSAN RASMIAlhamdulillah, segala keputusan pertandingan telah dikemas kini dan boleh dirujuk melalui Das...
22/07/2026

πŸ“Š DASHBOARD KEPUTUSAN RASMI

Alhamdulillah, segala keputusan pertandingan telah dikemas kini dan boleh dirujuk melalui Dashboard Keputusan Rasmi Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Negeri Sabah 2026.

Dashboard ini memaparkan keputusan semasa, kedudukan pasukan serta maklumat pertandingan bagi memudahkan semua kontinjen, guru, pegawai dan ibu bapa mendapatkan informasi dengan lebih cepat dan tepat.

πŸ“Œ Layari dashboard melalui pautan yang disediakan.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Semoga kejohanan ini berjalan lancar dan terus menyemarakkan semangat kesukanan.



πŸ“ PELAN TEMPAT PERTANDINGAN RASMI πŸ“Assalamualaikum dan salam sejahtera.Perhatian kepada semua kontinjen, guru pengiring,...
21/07/2026

πŸ“ PELAN TEMPAT PERTANDINGAN RASMI πŸ“

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua kontinjen, guru pengiring, pegawai, ibu bapa serta pengunjung.

Berikut dikongsikan Pelan Tempat Pertandingan Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026 sebagai panduan sepanjang program berlangsung.

Pelan ini memaparkan lokasi:
βœ… Gelanggang pertandingan
βœ… Arena pertandingan
βœ… Urus setia
βœ… Ruang makan
βœ… Surau
βœ… Tandas
βœ… Gerai jualan
βœ… Tempat parkir
βœ… Laluan masuk dan keluar
βœ… Kedudukan setiap daerah

Mohon semua peserta dan pengunjung merancang pergerakan dengan lebih awal serta sentiasa mematuhi arahan petugas bagi memastikan kelancaran sepanjang kejohanan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

πŸ“… Tarikh: 22–23 Julai 2026
πŸ“ Lokasi: Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

β€œTahun Ini Tahun Kita!” πŸ’™πŸ’›πŸ†

πŸ† AYUH MEMERIAHKAN! πŸ†KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 kini bakal membu...
19/07/2026

πŸ† AYUH MEMERIAHKAN! πŸ†

KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 kini bakal membuka tirainya!

πŸ“… 22 – 23 Julai 2026 (Rabu & Khamis)
πŸ•— 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

SK Likas dengan penuh rasa bangga menjemput seluruh warga pendidikan, ibu bapa dan masyarakat untuk hadir memberikan sokongan kepada atlet-atlet cilik dari seluruh Sabah yang akan beraksi dalam acara Futsal Prasekolah dan Bola Jaring Prasekolah.

Karnival ini bukan sekadar pertandingan, malah menjadi platform membina keyakinan diri, semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid prasekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, PPD Kota Kinabalu, PPD Kota Belud, semua penaja, rakan strategik, guru-guru, jawatankuasa pelaksana dan seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan karnival berprestij ini.

πŸ’™ Jumpa anda di sana! Mari kita sama-sama menyokong dan menyemarakkan semangat sukan dalam kalangan anak-anak prasekolah Sabah.

πŸ”₯ TAHUN INI TAHUN KITA! πŸ”₯









Misi mencantikkan makmal komputer Sk Likas πŸ”₯
24/06/2026

Misi mencantikkan makmal komputer Sk Likas πŸ”₯

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰ HEBAHAN SUKANEKA TAHAP 1 SK LIKAS 2026 πŸŽ‰πŸƒβ€β™€οΈAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Sukaneka Tahap ...
14/06/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰ HEBAHAN SUKANEKA TAHAP 1 SK LIKAS 2026 πŸŽ‰πŸƒβ€β™€οΈ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Sukaneka Tahap 1 SK Likas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 15 - 16 Jun 2026
πŸ—“οΈ Hari: Isnin & Selasa
⏰ Masa: Selepas rehat
πŸ“ Tempat: Dewan Bestari SK Likas

Semua murid Tahap 1 diminta hadir dengan memakai baju sukan sekolah dan sentiasa mematuhi arahan guru sepanjang program berlangsung.

Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan, kerjasama serta keyakinan diri dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan telah disediakan bagi memastikan murid dapat belajar sambil bergembira.

✨ Bersukan Badan Sihat, Minda Cergas, Sahsiah Hebat! ✨

Jom sama-sama meriahkan Sukaneka Tahap 1 SK Likas dan tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi! πŸ’ͺπŸ…






πŸ’™πŸ’›β€οΈπŸ’š

πŸ†βš½πŸ HEBAHAN KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 2026 πŸβš½πŸ†Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklum...
14/06/2026

πŸ†βš½πŸ HEBAHAN KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 2026 πŸβš½πŸ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Sukan Prasekolah Daerah Kota Kinabalu 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh
β€’ 15 Jun 2026 (Isnin) – 7.00 pagi hingga 4.00 petang
β€’ 16 Jun 2026 (Selasa) – 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

πŸ“ Tempat
Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah

πŸ‘§πŸ§’ Penyertaan
Prasekolah seluruh Daerah Kota Kinabalu

🎯 Bertemakan β€œSukan Cilik, Semangat Besar, Juara Masa Depan”, karnival ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta keyakinan diri dalam kalangan murid prasekolah.

Justeru, semua warga pendidikan, ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput hadir bagi memberikan sokongan serta semangat kepada para peserta yang akan beraksi dalam pelbagai acara sukan yang menarik.

Anjuran:
🏒 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Pengelola:
πŸ… OK9 Likas






πŸ’™πŸ’›

Address

Kota Kinabalu

Telephone

+6088426360

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK LIKAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category