19/09/2026
๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐, ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฃ๐ง ๐ง๐ถ๐๐ถ๐ฝ ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐๐ป๐ฐ๐ถ ๐๐ฒ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ถ๐๐๐ฎ
17 September 2026: Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melukut sejarah tersendiri apabila menyambut kehadiran seramai 251 orang pelajar prasiswazah baharu bagi Sesi Akademik 2026/2027. Majlis yang berlangsung meriah di Dewan Kuliah Pusat (DKP) 18 sempena Minggu Suai Mesra (MSM) itu dipimpin oleh Dekan Fakulti Perhutanan Tropika, Prof. Dr. Normah Awang Besar @ Raffie.
Dalam majlis berkenaan, Prof. Dr. Normah menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua mahasiswa baharu yang berjaya menempatkan diri di FPT. Beliau menegaskan bahawa FPT memainkan peranan penting dalam pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan ilmu berkaitan hutan tropika sebagai khazanah alam bernilai tinggi. Pihak fakulti meluahkan rasa bangga atas keyakinan dan minat tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar tempatan terhadap bidang perhutanan tropika.
Sementara itu, Prof. Dr. Normah turut menegaskan komitmen FPT dalam menyediakan ekosistem pembelajaran yang kondusif berteraskan kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak tinggi, dan pendedahan praktikal di lapangan. Pelajar dilatih untuk berfikiran kritis, berintegriti, serta peka terhadap cabaran global seperti perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti.
Dalam ucapannya, Dekan FPT menyampaikan empat pesanan penting sebagai asas dan panduan mahasiswa sepanjang menimba ilmu di kampus:
๐Pelihara Disiplin dan Integriti: Disiplin ditekankan bukan sahaja dari segi kehadiran dan ketepatan masa, tetapi juga dalam menyiapkan tugasan serta mematuhi peraturan universiti. Manakala integriti merangkumi kejujuran akademik seperti mengelakkan plagiarisme dan meniru.
โฝ๏ธPenglibatan Aktif Diri: Mahasiswa digalakkan menyertai pelbagai aktiviti akademik, kokurikulum, dan persatuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi, dan kerja berpasukan demi melahirkan graduan yang seimbang.
๐Manfaatkan Jaringan Bersama Pensyarah dan Penyelidik: Pelajar diseru untuk aktif berinteraksi, berdiskusi, dan melibatkan diri dalam projek penyelidikan mahupun kerja lapangan bersama para pensyarah yang merupakan pakar dalam bidang perhutanan tropika, biodiversiti, sains kayu, dan alam sekitar.
๐ณMenjaga Nama Baik Institusi: Mahasiswa dingatkan bahawa akhlak, prestasi, dan pencapaian mereka mencerminkan reputasi serta imej fakulti dan universiti di mata masyarakat.
Majlis diakhiri dengan titipan pantun serta harapan agar Minggu Suai Mesra ini menjadi titik permulaan perjalanan akademik yang penuh dengan kejayaan dan kenangan indah buat seluruh warga baharu Fakulti Perhutanan Tropika.
Sesi bersama program diteruskan pada waktu petang di FPT dan dikendalikan oleh program masing - masing.