30/01/2024
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BAGI PROGRAM SPADA, FPP UMS KINI DIBUKA SEMULA🔊🥳
******
Pihak Program SPADA UMS, dengan penuh sukacitanya membuka peluang buat semua pelajar dan alumni SPADA untuk menyertai pertandingan ini.
Objektif pertandingan ini adalah bagi memilih satu logo rasmi untuk digunakan oleh Program SPADA, UMS.
Tema: Bebas dan menggambarkan Program SPADA
Syarat-syarat pertandingan:
1. Terbuka kepada SEMUA alumni dan pelajar SPADA.
2. Penyertaan adalah PERCUMA dan peserta boleh menghantar LEBIH daripada SATU penyertaan.
3. Logo yang dihasilkan mestilah karya ASLI peserta dan dilarang untuk meniru mana-mana logo organisasi lain.
4. Setiap logo yang dihasilkan perlu mempunyai MAKSUD dan disertakan penerangan/deskripsi lengkap semasa penghantaran.
5. Setiap logo yang dihantar akan menjadi HAKMILIK SEPENUHNYA Program SPADA UMS.
6. Logo perlu dihantar dalam format .jpg/.jpeg/.png menerusi emel kepada alamat emel berikut:
[email protected]
7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada :
12 FEBRUARI 2024, selewat-lewatnya jam 5.00 petang
8. Hanya SATU reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan.
9. Pemenang akan menerima wang tunai berjumlah:
Hadiah Utama (JUARA) : RM300.00
10. Keputusan juri adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan/rayuan tidak akan dilayan.
11. Logo yang memenangi tempat pertama pertandingan akan digunakan sebagai logo rasmi program di semua platform ( surat menyurat & media sosial)
12. Bagi logo yang terpilih menjadi logo program, pereka logo perlu membuat editing(resizing) mengikut format & saiz yang diperlukan oleh pihak penganjur.
Sebarang pertanyaan sila hubungi wakil penganjur ( telefon / WhatsApp) :
www.wasap.my/601131753541
( Cik Easter Tommy )