Pusat Pendaftaran Pelajar CityU Sabah

Pusat Pendaftaran Pelajar CityU Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pendaftaran Pelajar CityU Sabah, Education, Plaza Utama, Fasa 3, Unit No.128, Ground Floor Block R Lorong Plaza Utama, Jalan UMS, Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah, Kota Kinabalu.

Pusat Pendaftaran pelajar City University Kampus Sabah
Bantu anak Sabah capai impian pendidikan πŸŽ“
πŸ“š Education | Law Enforcement
βš™οΈ Engineering | πŸ’» Computer Science
πŸ’Ό Business | πŸ₯ Medical
πŸ“© Inbox kami untuk konsultasi percuma

✨SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ο·Ί β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi k...
25/08/2026

✨SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ

β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
β€” Surah Al-Ahzab, 33:21

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H ο·Ί
β€œDengan Sunnah, Kita Melangkah.”

πŸ€– AI TALK | MEMAHAMI PERANAN AI DALAM DUNIA PEKERJAANBagaimana AI mempengaruhi cara kita belajar, bekerja dan mendapatka...
21/08/2026

πŸ€– AI TALK | MEMAHAMI PERANAN AI DALAM DUNIA PEKERJAAN

Bagaimana AI mempengaruhi cara kita belajar, bekerja dan mendapatkan maklumat? πŸ’‘

Pada 14 Ogos 2026, CityU Cultural & Arts Club dengan kerjasama Sabah Innovation & Digital Transformation Club (ITDS) telah menganjurkan sesi AI Talk yang memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perkembangan serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan dan dunia pekerjaan.

Sepanjang sesi ini, para peserta berpeluang memahami dengan lebih dekat tentang kemahiran digital, penggunaan AI secara beretika serta kaedah memanfaatkan teknologi ini dalam pembelajaran tanpa mengabaikan nilai **integriti akademik.

AI bukan sekadar teknologi untuk memudahkan tugasan, tetapi juga satu kemahiran penting yang perlu difahami dan digunakan secara bijak dalam menghadapi keperluan dunia masa hadapan. πŸš€πŸŽ“

Terus belajar, terus berkembang dan jadilah generasi yang celik teknologi, beretika serta bersedia menghadapi masa depan!

πŸ“šβœ¨Pembelajaran Bermakna Melangkaui Bilik Darjah!βœ¨πŸ“šAhad yang penuh inspirasi apabila seramai 88 orang pelajar City Univer...
18/08/2026

πŸ“šβœ¨Pembelajaran Bermakna Melangkaui Bilik Darjah!βœ¨πŸ“š

Ahad yang penuh inspirasi apabila seramai 88 orang pelajar City University Sabah berpeluang meneroka Gaya Street, Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada tugasan berkumpulan bagi kursus DBCT3053 – Consumer Marketing.

Melalui pengalaman pembelajaran di luar kelas ini, para pelajar dapat memahami dengan lebih dekat aspek tingkah laku pengguna, produk, penjenamaan serta strategi pemasaran dalam situasi dunia sebenar.

Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada pengalaman praktikal, sekali gus memperkukuhkan kemahiran analisis, pemerhatian dan pemahaman terhadap dinamik pasaran.

Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen dan semangat meneroka ilmu melalui pengalaman sebenar! 🌟







πŸ“£ JOM MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI! πŸŽ‰πŸ“šWarga Tuaran dan kawasan sekitarnya dijemput hadir ke Karnival Pendidikan ...
14/08/2026

πŸ“£ JOM MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI! πŸŽ‰πŸ“š

Warga Tuaran dan kawasan sekitarnya dijemput hadir ke Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran yang akan berlangsung:

πŸ“… 15 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan Seri Sulaman, Tuaran

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antaranya:

✨ Senamrobik MADANI
πŸ€– Zon TVET, STEM, Digital & Inovasi
🌟 Program Generasi MADANI (SUGAR)
πŸ’‘ Program TEKAD
🎯 Program PAKAT
🎁 Cabutan Bertuah
πŸŽ‰ Dan banyak lagi aktiviti menarik!

Karnival ini terbuka kepada guru, murid, ibu bapa serta seluruh masyarakat.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program penuh ilmu, inovasi dan aktiviti menyeronokkan ini. Jumpa anda di sana! πŸ’™πŸ‡²πŸ‡Ύ







✨ CITY UNIVERSITY MALAYSIA SABAH MENYERTAI KONVENSYEN AMAR KE-10✨Tahniah diucapkan kepada Nurfarhana Vincent Chung, Pres...
11/08/2026

✨ CITY UNIVERSITY MALAYSIA SABAH MENYERTAI KONVENSYEN AMAR KE-10✨

Tahniah diucapkan kepada Nurfarhana Vincent Chung, Presiden AMAR City University Malaysia (Sabah) yang juga merupakan pelajar Tahun 2 Diploma Pengurusan, atas kejayaan mewakili City University Malaysia – Sabah dalam Konvensyen AMAR Ke-10 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Konvensyen yang bertemakan β€œStrengthening AMAR Institutionalisation, Catalysing Sustainable Student Literacy” ini memberi penekanan terhadap usaha memperkukuhkan pembudayaan integriti, kepimpinan berteraskan nilai murni serta jaringan kerjasama antara AMAR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penyertaan ini merupakan satu platform bermakna dalam memperkasa pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa, di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan integriti dalam membentuk generasi pemimpin masa hadapan.

Program penyertaan ini turut mendapat sokongan melalui tajaan penuh daripada SPRM. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat terus memberi inspirasi kepada para pelajar City University Malaysia untuk menjadi individu yang berintegriti, berwawasan dan berdaya saing. πŸ«±πŸ»β€πŸ«²πŸ½βœ¨











πŸŽ“ JOM BINA KARIER ANDA BERSAMA KAMI! ✨Lepasan SPM, masih mencari hala tuju untuk masa depan? πŸ€”πŸ« Pendaftaran Sesi Septemb...
10/08/2026

πŸŽ“ JOM BINA KARIER ANDA BERSAMA KAMI! ✨

Lepasan SPM, masih mencari hala tuju untuk masa depan? πŸ€”

🏫 Pendaftaran Sesi September 2026 Kini Dibuka! πŸŽ“
Mulakan perjalanan akademik anda dengan pelbagai pilihan program mengikut minat dan impian kerjaya anda.

✨ Program Ditawarkan:
βœ… Asasi
βœ… Diploma
βœ… Degree

🌟 Kenapa pilih City University Malaysia?
βœ… Universiti yang diiktiraf
βœ… Lebih 80 pilihan program dari Asasi hingga Degree
βœ… Laluan pengajian yang fleksibel
βœ… Peluang bantuan pendidikan tersedia
βœ… Fokus kepada kemahiran industri dan kebolehpasaran graduan

πŸš€ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga City University Malaysia Sabah dan bina masa depan yang lebih gemilang bersama kami.

πŸ“Œ Daftar minat anda sekarang melalui pautan berikut:
πŸ”— https://forms.gle/4vmj9772cpVC221HA

πŸ“² Untuk semakan kelayakan & konsultasi percuma:

πŸ‘©β€πŸ’Ό Cik Bazilah
Kaunselor Pendidikan
πŸ“ž 014-981 0980

πŸ“ City University Malaysia Sabah
Kota Kinabalu, Sabah

✨ Champion Your Future with City University Malaysia






CITY UNIVERSITY MALAYSIA MENYERTAI MESYUARAT PENYELARASAN PUSAT PENILAIAN APEL.Q BAGI TAHUN 2026City University Malaysia...
08/08/2026

CITY UNIVERSITY MALAYSIA MENYERTAI MESYUARAT PENYELARASAN PUSAT PENILAIAN APEL.Q BAGI TAHUN 2026

City University Malaysia telah mengambil bahagian dalam Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pusat Penilaian APEL.Q Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti pada 5 Ogos 2026 bertempat di Mercu MQA, Cyberjaya.

Mewakili City University Malaysia dalam mesyuarat tersebut ialah Prof. Madya Dr. Mohd Suhelmiey Bin Sobri, Pendaftar City University Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Dzafir Bin Mustafa, Pengarah Kanan (Pembangunan Dasar dan Kepakaran), manakala sesi perkongsian dan pembentangan telah disampaikan oleh Puan Ainil Nilam Binti Mohd Mokhtar, Pengarah Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti.

Perbincangan tersebut melibatkan penyertaan pegawai daripada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) serta wakil-wakil Ketua Pusat Penilaian APEL.Q dari seluruh institusi pendidikan tinggi negara. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan penyelarasan pelaksanaan APEL.Q, penambahbaikan proses penilaian, serta usaha memperkukuhkan standard dan sistem jaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan APEL.Q sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Penglibatan City University Malaysia dalam mesyuarat ini membuktikan komitmen berterusan universiti dalam memperkasa pelaksanaan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) serta memastikan proses pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman sentiasa memenuhi keperluan semasa pendidikan tinggi negara.

Melalui penyertaan ini, City University Malaysia terus menyokong usaha memperluaskan akses pendidikan tinggi yang fleksibel, berkualiti dan inklusif selaras dengan aspirasi pembangunan bakat negara.

πŸŽ“ Lepasan SPM? Jom Mulakan Langkah Kejayaan Anda Bersama City University Malaysia Sabah! ✨Masih mencari hala tuju selepa...
06/08/2026

πŸŽ“ Lepasan SPM? Jom Mulakan Langkah Kejayaan Anda Bersama City University Malaysia Sabah! ✨

Masih mencari hala tuju selepas SPM? πŸ€”
Kini peluang anda terbuka luas untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang bersesuaian dengan minat dan impian kerjaya anda.

🏫 City University Malaysia Campus Sabah menawarkan pelbagai pilihan program Asasi & Diploma:

✨ Asasi Sains
✨ Asasi Perniagaan
✨ Asasi Teknologi Maklumat
✨ Diploma Pengurusan Perniagaan
✨ Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
✨ Diploma Sains Komputer
✨ Diploma Perakaunan
✨ Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
✨ Diploma Pengurusan Sumber Manusia
dan pelbagai lagi pilihan menarik!

🌟 Kenapa pilih City University Malaysia?

βœ… Universiti yang diiktiraf sepenuhnya
βœ… Berpengalaman sejak tahun 1984
βœ… Laluan pengajian daripada Foundation hingga Degree
βœ… Program berfokuskan keperluan industri
βœ… Peluang biasiswa & bantuan pendidikan tersedia
βœ… Membantu melahirkan graduan berkemahiran dan bersedia ke alam pekerjaan

πŸ“’ Panggilan Sesi Temuduga Peringkat Universiti 2026 kini dibuka!

Kami akan hadir di beberapa lokasi sekitar Sabah:

πŸ“ Tawau
πŸ“ Semporna
πŸ“ Kunak
πŸ“ Lahad Datu
πŸ“ Sandakan
πŸ“ Kinabatangan
πŸ“ Beluran
πŸ“ Telupid

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan konsultasi pendidikan dan semakan kelayakan secara PERCUMA! πŸŽ“βœ¨

πŸ“² Hubungi Cik Bazilah
πŸ‘©β€πŸ’Ό Kaunselor Pendidikan
🏫 City University Malaysia Campus Sabah
☎️ 014-981 0980

πŸš€ Universiti Pilihan, Masa Depan Gemilang. ❀️






SELAMAT BERSARA City University Malaysia (Sabah) & City Academy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selama...
05/08/2026

SELAMAT BERSARA

City University Malaysia (Sabah) & City Academy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada PGN. Abdul Kadir Bin PGN. Budin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lawas, atas jasa, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang 37 tahun 7 bulan berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Segala usaha dan pengorbanan yang telah diberikan dalam membangunkan dunia pendidikan amat bermakna dan akan sentiasa dikenang. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada lembaran baharu yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta masa yang berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.

Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga segala urusan pada fasa baharu kehidupan sentiasa dipermudahkan dan diberkati.

Sekalung Budi, Sejambak Penghargaan. πŸ’

Ikhlas daripada
City University Malaysia (Sabah) & City Academy

Lepasan SPM? Jom Mulakan Langkah Kejayaan Anda!Masih mencari hala tuju selepas SPM?Kini peluang terbuka luas di City Uni...
04/08/2026

Lepasan SPM? Jom Mulakan Langkah Kejayaan Anda!

Masih mencari hala tuju selepas SPM?
Kini peluang terbuka luas di City University Campus Sabah dengan pelbagai program menarik mengikut minat anda!

✨ Pilihan bidang ditawarkan Diploma dan Asasi:
βœ”οΈ Perniagaan & Pengurusan Penguatkuasa Undang-Undang
βœ”οΈ Pendidikan Awal Kanak-Kanak & TESL
βœ”οΈ IT & Teknologi
βœ”οΈ Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
βœ”οΈ Sumber Manusia

πŸ“š Kenapa pilih City University?
βœ… Pengiktirafan University Penuh
βœ… Lebih 80 program dari Foundation hingga Degree
βœ… Ditubuhkan sejak 1984 & berpengalaman luas
βœ… Peluang biasiswa & bantuan pendidikan
βœ… Fokus kepada kemahiran industri & kebolehkerjaan tinggi (graduate employability tinggi)

πŸš€ Mulakan perjalanan dari Foundation hingga ke Degree dalam satu laluan!

πŸ“ Lokasi di Sabah – dekat & mudah untuk pelajar tempatan
πŸ“ž Tempat terhad – daftar sekarang sebelum penuh!

πŸ‘‰ Hubungi Cik Bazilah hari ini untuk semakan kelayakan & konsultasi PERCUMA! daftar ke City U

Cik Bazilah
Kaunselor Pendidikan
City University Campus Sabah
014-981 0980

Address

Plaza Utama, Fasa 3, Unit No.128, Ground Floor Block R Lorong Plaza Utama, Jalan UMS, Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu
88450

Telephone

+60149810980

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pendaftaran Pelajar CityU Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Pendaftaran Pelajar CityU Sabah:

Shortcuts

Share