18/09/2021
BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT
BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
Bacaan Yassin dan Doa selamat akan diketuai sendiri oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Saudara Razman Durhan
Adalah dimaklumkan, HEPA FSSK mengadakan Bacaan Yassin dan Doa Selamat secara harian bermula 4hb September . Ia bertujuan mendoakan keselamatan dan kesihatan warga FSSK dan pelajar-pelajar daripada wabak Covid-19.
Sehubungan itu kakitangan dan pelajar-pelajar UMS adalah dijemput untuk turut serta dalam program ini melalui link berikut :
Link: https://meet.google.com/znr-ntdx-xnz
Masa : 8:15 malam*
Tarikh : 18 September 2021
Semoga dengan usaha kita ini, Allah swt akan mengangkat musibah ini dan kita semua dipelihara daripada wabak ini. Dan menjadi pemberat kepada timbangan amal kita diakhirat nanti.
18/09/2021
TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH SESI AKADEMIK 2021/2022 SECARA LIVE STREAMING
Tarikh : 20 September 2021 ( Isnin )
Masa : 02:30 petang
15/09/2021
PENGUMUMAN PENTING
Pra Pendaftaran Kursus Secara Dalam Talian Semester I Sesi 2021/2022
Pendaftaran DIBUKA bermula pada 20 sehingga 28 September 2021.
Pelajar adalah diminta untuk membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
15/09/2021
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Ani Nazirah Binti Mohd. Nazri
Atas pelantikan sebagai Presiden Kelab Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang baharu sesi 2021/2022
Semoga dapat terus menerajui dan memacu Kelab Hubungan Antarabangsa ke arah kecemerlangan.
15/09/2021
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Abigail Basiau
Atas khidmat bakti sebagai Presiden Kelab Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Sesi 2020/2021
13/09/2021
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Farha Fazreeyn Binti Kamaruzaman
Farha Fazreeyn
Atas khidmat bakti sebagai Presiden Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Sesi 2020/2021
13/09/2021
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Nur Izzah Syafiqah Binti Reduan
Izzah Syafiqah
Atas pelantikan sebagai Presiden Kelab Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang baharu sesi 2021/2022
Semoga dapat terus menerajui dan memacu Kelab Komunikasi ke arah kecemerlangan.
09/09/2021
Assalamualaikum wbr
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Sains Sosial & Seni (PERMASS) menganjurkan program FSSK BERMUNAJAT setiap Jumaat malam Sabtu secara maya (Online). Program ini bertujuan mendoakan keselamatan dan kesihatan warga FSSK dan pelajar-pelajar daripada bencana wabak Covid-19.
Sehubungan dengan itu, semua warga FSSK (Kakitangan dan Pelajar) adalah dijemput untuk turut bersama-sama menjayakan program ini. Butiran Lanjut adalah seperti berikut:-
Platform : Google Meet
Link : https://meet.google.com/znr-ntdx-xnz
Tarikh : 10hb September 2021
Masa : 8.30 malam (selepas Isyak waktu Sabah)
Aturcara
- Ucapan Aluan Kedekanan
- Bacaan Yaasin dan Doa Selamat (Dipimpin oleh Al Hafiz Ustaz Muhamad Akmal Bin Othman - Pengarah YADIM Sabah)
- Tazkirah 10 Miinit
Sekian dan terima kasih
07/09/2021
JOM SERTA KAMI MALAM INI
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang di hostkan oleh PEWARIS, FSSK. Majlis ini bertujuan mendoakan keselamatan dan Kesihatan warga UMS khasnya kakitangan dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK daripada wabak Covid-19.
Tarikh : 7 September 2021
Masa : 8:15 malam
Link : https://meet.google.com/znr-ntdx-xnz
Semoga doa-doa kita diangkat oleh Allah S.W.T dan kita semua beroleh kesejahteraan. Amin
06/09/2021
Bermula 4 September 2021, HEPA FSSK menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Khas bagi mendoakan kesihatan dan keselamatan warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS dan pelajar-pelajar daripada Covid-19.
Program yang diadakan secara harian ini, melibatkan Kelab-kelab Pelajar FSSK yang akan mengetuai bacaan Yasin dan Doa Selamat.
Alhamdulillah telah selesai bersama PERMASS pada 5 September 2021 dan Kelab Geografi pada 6 September 2021.
Terima kasih kami ucapkan kepada yang hadir bersama-sama kami.
06/09/2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PROGRAM ROADSHOW TAKLIMAT PEKERJAAN PERKESO MYFUTUREJOBS
- FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)
- AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF)
- FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FIS)
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) akan menganjurkan Roadshow Taklimat Pekerjaan PERKESO MyFutureJobs pada 7 – 10 September 2021 secara dalam talian yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 7 September 2021 (Selasa)
🕙 12.00 tgh – 1.00 ptg
📍 Webex :
https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m5ae7754a41f7064973ab47e030ae39fa
Meeting number: 2643 642 0395
Password: 9xCZqQ457DD
Mohon kongsikan info program anjuran PKPKP & PERKESO ini kepada pelajar & alumni..
Perkongsian info platform MYFutureJobs sebagai 'lubuk cari kerja'
03/09/2021
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SECARA MAYA
Khas untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) serta pelajar-pelajar daripada penyakit Covid-19.
Tarikh : 3 September 2021 ( Jumaat )
Masa : 08:30 malam
Scan QR Code untuk menyertai.