Madrasah Imam Nawawi - MA’IN

Madrasah Imam Nawawi - MA’IN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Imam Nawawi - MA’IN, Education, Kota Kinabalu.

20/09/2026

Kuliah Dhuha Mingguan

BERITA BAIK UNTUK PENCINTA ILMU HADIS !!!MAJLIS PERIWAYATAN HADIS THULATHIYYAT AL-IMAM AD-DARIMI رحمه الله 📚 Kami menjem...
19/09/2026

BERITA BAIK UNTUK PENCINTA ILMU HADIS !!!

MAJLIS PERIWAYATAN HADIS THULATHIYYAT AL-IMAM AD-DARIMI رحمه الله

📚 Kami menjemput para pencinta Hadis Rasulullah ﷺ, para penuntut ilmu dan para ahbab untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini.

📚 Hadirin akan dihidangkan dengan kelazatan mendengar 15 Hadis Thulathiyyat yang diriwayatkan oleh Al-Hafizh al-Imam Abdullah bin Abdul Rahman bin Fadhl bin Bahram bin Abdillah abu Muhmad ad-Darimi as-Samarqandi رحمه الله.

📚 Majlis akan dipimpin oleh Syeikh Dr Lukmanul Hakim al-Azhariy ‏حفظه الله selaku Syeikhul Majlis. Beliau ialah seorang ilmuan hadis yang telah menimba ilmu hadis secara bersanad daripada para masyayikh.

📚 Kitab Thulathiyyat yang akan digunakan dalam majlis ini, telah diterjemahkan dan diberikan ta’liq serta syarahan ringkas bagi memudahkan pemahaman khususnya bagi orang awam.

📚 Bawa diri dan keluarga untuk hadir. Semoga berkah majlis pembacaan hadis-hadis Nabi ﷺ ini menjadi asbab kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat.

📚 Rujuk poster tertera dan kitab dijual di tempat pengajian. Pengajian terbuka kepada semua dan PERCUMA.

Jangan lupa temujanji esok dalam Kuliah Dhuha Mingguan.
12/09/2026

Jangan lupa temujanji esok dalam Kuliah Dhuha Mingguan.

Jaulah Ilmiah 2026 | Edisi Sept 2026📚 Majlis Ilmu Bersama Ulama Kami dengan sukacitanya menjemput seluruh kaum muslimin ...
30/08/2026

Jaulah Ilmiah 2026 | Edisi Sept 2026

📚 Majlis Ilmu Bersama Ulama

Kami dengan sukacitanya menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat di Sabah untuk hadir dan memanfaatkan majlis ilmu yang telah dirancang. 🤲

🎤 Bersama:

✨ Fadhilatus Syeikh Dr Lukmanul Hakim Al-Azhary
Tokoh Ilmuan Hadis Nusantara
PhD Hadis Universiti Al-Azhary
Syeikh Ruwaqul Hadith Al-Azhary

✨ Ustazah Ani Mulyaningsih Al-Azhary
Pengarang Kitab Fiqih Wanita | Guru Pondok Pesantren Az-Zikra, Depok Jawa Barat Indonesia

📅 Tarikh:
18 September – 02 Oktober 2026

Lokasi:
📍 Tawau
📍 Lahad Datu
📍 Kinabatangan
📍 Sandakan
📍 Kota Kinabalu

📖 Antara Program Menarik yang telah disusun:

✅ Daurah Hadis | Majlis Sama' Hadis
✅ Daurah Fiqih Wanita
✅ Forum Perdana
✅ Kuliah Perdana
✅ Majlis Maulid

💬 Muslimin & Muslimat diundang hadir — mari kita penuhkan majlis ini untuk menuntut ilmu dan meraih keberkatan Allah SWT.

"Membangun Generasi Berakhlak & Berilmu"

Pengajian malam ini di Masjid al-Falah Kepayan.
30/08/2026

Pengajian malam ini di Masjid al-Falah Kepayan.

🌹 “DUHAI INDAHNYA SAYYIDUNA RASULULLAH ﷺ”Dan telapak tangan NABI MUHAMMAD ﷺ Yang Terpilih bagaikan bunga mawar yang berk...
30/08/2026

🌹 “DUHAI INDAHNYA SAYYIDUNA RASULULLAH ﷺ”

Dan telapak tangan NABI MUHAMMAD ﷺ Yang Terpilih bagaikan bunga mawar yang berkembang.. # Dan keharumannya kekal apabila disentuh oleh tangan–tangan..”
~ Qomarun
•-—-•——•——•——•——•

💐 DIJEMPUT semua muslimah hadir ke *Kuliah Dhuha Istimewa Madrasah Imam Nawawi - MA’IN MAIN Banat sempena Maulidurrasul 1448 H :
🔺 6 Sept. 2026 (Ahad) | 9.00 Pagi
📍 Madrasah Imam Nawawi Lilbanat

💐 Pengkuliah Jemputan :
Al-Fadhilah Ustazah Azizah al-Midwahi
Alumni Daruz Zahra’ Malaysia
(No. Tauliah: 11/2024 & 12/2024)

💰 Yuran Percuma
💕 Halwa telinga lantunan qasidah oleh MAIN Lilbanat
✅ Peluang Menjamu Makan - Jamuan Potluck sangat dialu-alukan
✅ Berpeluang ‘Support’ Jualan Amal Madrasah
✅ Infaq majlis dibuka

DAFTAR & SAHKAN KEHADIRAN SEBELUM 5 SEPTEMBER 2026

Pendaftaran :
📲 www.wasap.my/60178966984/KDSpecialMA'INBanat

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448HDiantara faedah berselawat ke atas Rasulullah ﷺ amatlah banyak, antaranya:❤️  Allah سبحانه و...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H

Diantara faedah berselawat ke atas Rasulullah ﷺ amatlah banyak, antaranya:

❤️ Allah سبحانه وتعالى, para malaikatNya dan RasulNya ﷺ berselawat kepadanya, serta diangkat darjatnya dan diampunkan kesalahan-kesalahannya. Berselawat sekali ke atas Rasulullah ﷺ juga menyamai pahala memerdekakan sepuluh orang hamba.

Sesungguhnya telah sahih dalam Sahih Muslim dan kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

من صلّى عليّ صلاة واحدة.. صلى الله عليه عشرا

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Riwayat Muslim, Ibn Hibban, Abu Dawud & An-Nasaie]

Dalam satu riwayat yang sahih:

كتب الله له عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات

“Allah mencatat baginya sepuluh pahala kebaikan dan menghapuskan daripadanya sepuluh dosa.” [Riwayat Ahmad, Abu Ya’la & at-Thabarani]

Ibn Hibban menambahkan dalam Sahihnya:

ورفعت له عشر درجات

“Dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Tambahan ini adalah dalam riwayat An-Nasaie]

Dalam satu riwayat yang sanadnya hasan, disebut:

ما من عبد مؤمن يذكرني فيصلّي عليّ.. إلا كتب الله له عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات، ورفع له عشر درجات

“Tidaklah seorang hamba yang beriman mengingati aku lalu dia berselawat ke atasku, melainkan Allah mencatat baginya sepuluh pahala kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh dosa dan mengangkat baginya sepuluh darjat.” [Diriwayatkan oleh Tamam al-Razi dalam al-Fawa’id, no. 703; dan disebut oleh Ibn Nuqtah dalam Takmilah al-Ikmal, no. 1607.]

Salam Ikhlas :
Madrasah Imam Nawawi - MA’IN

Jualan Amal Bagi Dana Madrasah Imam Nawawi Papar.  إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ‎ Bersempena Sambutan Maulid Nabi ﷺ di Madrasah Ima...
25/08/2026

Jualan Amal Bagi Dana Madrasah Imam Nawawi Papar.

إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ‎
Bersempena Sambutan Maulid Nabi ﷺ di Madrasah Imam Nawawi LilBanat (Rose Garden Kinarut), pihak madrasah membuka jualan produk bagi tujuan dana operasi madrasah.

Jom "support". Jualan Murah Harga Rahmah Pahala Bertambah

BAGINDA ﷺ ADALAH KURNIAAN ALLAH KEPADA UMATNYATelah disebutkan bahawa Baginda Rasulullah ﷺ itu adalah :❤️ منة الله على ع...
25/08/2026

BAGINDA ﷺ ADALAH KURNIAAN ALLAH KEPADA UMATNYA

Telah disebutkan bahawa Baginda Rasulullah ﷺ itu adalah :

❤️ منة الله على عباده بإرساله ﷺ
Kurniaan Allah kepada Hamba-hambaNya dengan Mengutus Rasulullah ﷺ

الأول: تلمح المنة بإرساله ﷺ، واعلم أننا كنا في جاهلية جهلاء، وفي ضلالة عمياء ما يعلمها إلا الله،
Pertama: Hayatilah dan renungilah kurniaan Allah kepada kita dengan pengutusan Rasulullah ﷺ. Ketahuilah bahawa sebelum Baginda ﷺ diutuskan, kita berada dalam zaman jahiliah yang amat dahsyat dan kesesatan yang amat nyata, yang hakikatnya hanya Allah سبحانه وتعالى mengetahuinya.

كان الإنسان أو العربي بالأخص وبالذات قبل مبعثه ﷺ أذل وأقل وأضعف عند أهل الأرض من الجعلان الذي يدحرج العذرة
Pada ketika itu, manusia khususnya bangsa Arab sebelum kebangkitan Rasulullah ﷺ, berada dalam keadaan yang sangat hina, lemah dan tidak bernilai di sisi manusia di muka bumi. Bahkan kedudukan mereka lebih hina daripada الجُعْلَان (sejenis kumbang yang menggelindingkan najis.)

فلما بعث الله هذا النبي العظيم الأمي ﷺ، رفع الله راية الإسلام وأعلى الله قيمة هذا الإنسان ومجده،
Namun, apabila Allah mengutuskan Nabi yang agung dan ummi ini, Muhammad ﷺ, Allah mengangkat panji Islam dan meninggikan nilai, kemuliaan serta martabat manusia.

فحينما تتذكر أنك حسنةٌ من حسنات الرسول ﷺ تحبه الحب العظيم،
Maka, apabila engkau menyedari bahawa dirimu merupakan salah satu daripada kebaikan yang terhasil daripada perjuangan dan ajaran Rasulullah ﷺ, nescaya engkau akan mencintai Baginda dengan kecintaan yang sangat besar.

فالأول تلمح المنة بإرساله ﷺ، واعلم أنك كلما سجدت لله سجدة فإن صاحب المنة بعد الله عز وجل هو محمد ﷺ،
Justeru, perkara pertama ialah menghayati kurniaan Allah dengan pengutusan Rasulullah ﷺ. Maka ketahuilah bahawa setiap kali engkau bersujud kepada Allah dengan satu sujud, maka selepas Allah عز وجل, orang yang menjadi sebab datangnya nikmat itu kepadamu ialah Muhammad ﷺ.

من علمك وأتى لك بالصلاة والزكاة وقراءة القرآن والجلوس في بيوت الله وإصلاح بيتك وإصلاح قلبك والاتصال بالله عز وجل والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر وغيرها من الأمور؟!
Siapakah yang mengajarkan kepadamu solat, zakat dan membaca al-Quran?
Siapakah yang mengajarkanmu duduk dan beribadah di rumah-rumah Allah?
Siapakah yang mengajarkanmu cara memperbaiki rumah tanggamu, memperbaiki hatimu, menghubungkan dirimu dengan Allah عز وجل, menyuruh kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran, serta pelbagai perkara kebaikan yang lain?

❤️ Semuanya sampai kepada kita melalui Rasulullah ﷺ.

Maka, apabila seseorang benar-benar menyedari besarnya nikmat pengutusan Rasulullah ﷺ dan memahami bahawa melalui Bagindalah Allah menyampaikan hidayah, iman, ibadah dan segala jalan kebaikan kepada kita, maka kecintaan kepada Baginda ﷺ akan tumbuh semakin kuat di dalam hati.

📷 Antara catatan Kuliah Khas Sambutan Maulid Rasul ﷺ di Masjid AsSobirin Kg Takis Papar bersama Musyrif Madrasah Imam Nawawi - MA’IN

MERAYAKAN DAN BERGEMBIRA DENGAN BULAN MAULID NABI ﷺ Berkata Imam al-Zurqani رحمه الله :فَرَحِمَ اللهُ امْرَأً اتَّخَذَ ل...
25/08/2026

MERAYAKAN DAN BERGEMBIRA DENGAN BULAN MAULID NABI ﷺ

Berkata Imam al-Zurqani رحمه الله :

فَرَحِمَ اللهُ امْرَأً اتَّخَذَ لَيَالِيَ شَهْرِ مَوْلِدِهِ الْمُبَارَكِ أَعْيَادًا

“Semoga Allah merahmati seseorang yang menjadikan malam-malam bulan kelahiran Baginda ﷺ yang penuh keberkatan sebagai hari-hari perayaan.”

[Rujuk : Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Zurqani (w. 1122H), Syarah al-Zurqani ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah, jilid 1, halaman 262].

📷Suasana anak-anak Madrasah Imam Nawawi - MA’IN semalam, ketika menghadiri Majlis Maulid Nabi ﷺ di Masjid Kg Pengalat Besar.

Bacaan Maulid al-Dhiya’ al-Lami’ | Qasidah | Tausiyah | Selawat | Memuji Baginda Nabi ﷺ

Address

Kota Kinabalu
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Imam Nawawi - MA’IN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category