Innovation & Commercialisation Management Centre, UMS

Innovation & Commercialisation Management Centre, UMS Leading innovation and commercialisation to become a world-class innovative university. About Us

We are committed to
1. Our vision
1.

Empower intellectual property management, innovation grants, commercialization, and technology transfer.

2. Strengthen the culture of innovation, commercialization, and entrepreneurship.

3. Implement commercial activities through three methods, namely intellectual property licensing, start-up and Spin-off. Provide efficient and quality services in the management of innovative research activities with the potential to be commercialized.

2. Customer satisfaction is given priority based on the procedures and work rules set to achieve the university's vision to become a world-class innovative university.

Salam TakziahDengan penuh rasa dukacita, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah ...
17/09/2026

Salam Takziah

Dengan penuh rasa dukacita, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Prof. Madya Dr. Jaya Seelan Sathiya Seelan, Timbalan Pengarah, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP).

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.

Segala jasa, sumbangan dan bakti mendiang kepada universiti serta dunia akademik akan sentiasa dikenang.

Ikhlas daripada
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan
Universiti Malaysia Sabah

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang progres...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang progresif dan inovatif.

Ikhlas daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan seluruh warga Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, UMS.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63!16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, me...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63!

16 September 2026
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat penyatuan dan keharmonian wilayah, serta memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang lebih sejahtera dan gemilang.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Malaysia Sabah.

15/09/2026

PERSONALITI UMSfm

PEREKA 2026 bukan sekadar pertandingan inovasi! Ikuti temu bual bersama Prof. Madya Dr. Fatimah binti Ahmedy, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, yang akan mengupas kepentingan PEREKA 2026 dalam mencetuskan idea serta memperkasa budaya inovasi.

18 September 2026 | 9.00 pagi
Langsung di Facebook dan TikTok UMSfm

Siaran radio: 30 September 2026 | 8.00–9.00 pagi
Dengarkan di UMSfm 91.1 FM dan secara dalam talian.




[Throwback] Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026: Zon Lahad DatuImbau kembali kemeriahan dan semangat luar biasa para pe...
15/09/2026

[Throwback] Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026: Zon Lahad Datu

Imbau kembali kemeriahan dan semangat luar biasa para peserta sepanjang berlangsungnya BFOI 2026 di Zon Lahad Datu!

Pelbagai idea kreatif, bakat tempatan, dan solusi berimpak tinggi telah diketengahkan menerusi pertandingan yang dipertandingkan.

Kini, debaran makin terasa apabila barisan pemenang terbaik dari 5 zon bakal berentap di pentas kemuncak.

Jumpa anda di Peringkat Akhir BFOI 2026 pada 13 & 14 Oktober 2026 bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke - 2, Universiti Malaysia Sabah!

Kredit gambar: Institute for Development Studies - Sabah

🚨 HURRY! REGISTRATION CLOSES SOON! 🚨Ready to turn your ideas into impact? πŸ’‘βœ¨Join PEREKA 2026 – Invention Competition and...
15/09/2026

🚨 HURRY! REGISTRATION CLOSES SOON! 🚨

Ready to turn your ideas into impact? πŸ’‘βœ¨

Join PEREKA 2026 – Invention Competition and showcase your innovative ideas!

πŸ“… Date: 13 & 14 October 2026
πŸ“ Venue: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

⏰ Registration closes: 18 September 2026 (Friday), 5.00 PM

πŸ† Competition Categories:

πŸ”Ή Engineering & Technology (EAT)
πŸ”Ή Environmental & Applied Sciences (EAS)
πŸ”Ή Medicine & Life Sciences (MLS)
πŸ”Ή Arts, Social Sciences & Humanities (ASH)
πŸ”Ή Blue Economy (BEY) – NEW! 🌊

πŸ’‘ Transforming Ideas into Impact

πŸ‘‰ Register now:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeOViv2D28hO6pYfFZHoZcIjjZNb3bFeS2pHyizTVAmf-SlAQ/viewform?usp=send_form&utm_source=chatgpt.com

Perjumpaan Kerjasama Strategik PEREKA UMS | 14 September 2026KOTA KINABALU, 14 September 2026 – Pihak Pusat Pengurusan I...
14/09/2026

Perjumpaan Kerjasama Strategik PEREKA UMS | 14 September 2026

KOTA KINABALU, 14 September 2026 – Pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya dan Suria Capital Holdings Berhad bagi menjalinkan kerjasama strategik.

Perjumpaan ini memberi fokus kepada penyelarasan dan sokongan industri terhadap penganjuran PEREKA UMS, iaitu program utama di bawah EXCOCIPTA yang bernaung di bawah payung inisiatif Borneo Festival of Ideas (BFOI).

Melalui jalinan kerjasama yang dibentuk, sesi ini diharap dapat memperkukuh sinergi antara akademia, agensi kerajaan, dan pihak industri dalam menjayakan agenda inovasi serta penyelidikan berimpak tinggi.

[Throwback] Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026: Zon Beaufort πŸ“Έβœ¨Imbau kembali kemeriahan dan semangat luar biasa para p...
14/09/2026

[Throwback] Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026: Zon Beaufort πŸ“Έβœ¨

Imbau kembali kemeriahan dan semangat luar biasa para peserta sepanjang berlangsungnya BFOI 2026 di Zon Beaufort!

Pelbagai idea kreatif, bakat tempatan, dan solusi berimpak tinggi telah diketengahkan menerusi pertandingan yang dipertandingkan.

Kini, debaran makin terasa apabila barisan pemenang terbaik dari 5 zon bakal berentap di pentas kemuncak.

Jumpa anda di Peringkat Akhir BFOI 2026 pada 13 & 14 Oktober 2026 bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke - 2, Universiti Malaysia Sabah! πŸ”₯

Kredit gambar: Institute for Development Studies - Sabah

Bengkel Taskforce Bil.2/2026 | 10 September 2026 | Bilik Smartspace Jabatan Digital UMSKOTA KINABALU, 10 September 2026 ...
11/09/2026

Bengkel Taskforce Bil.2/2026 | 10 September 2026 | Bilik Smartspace Jabatan Digital UMS

KOTA KINABALU, 10 September 2026 – Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) bersama pihak berkepentingan telah mengadakan Bengkel Taskforce Bil. 2/2026 bertempat di Bilik Smartspace, Jabatan Digital UMS.

Bengkel ini memberi fokus kepada pemurnian kertas kerja JPU, penyelarasan kadar bayaran rundingan, serta penambahbaikan proses perundangan dan dokumentasi pelesenan MOA. Selain itu, perbincangan turut memperincikan mekanisme pemantauan berkala bayaran serta prosedur pengeluaran surat tuntutan bagi memastikan tadbir urus yang lebih cekap dan teratur.

Melalui resolusi yang dicapai, sesi ini diharapkan dapat memperjelas skop kerja bersama serta melancarkan pelaksanaan proses pengkomersialan dan pematuhan perjanjian universiti.

Perbincangan Bersama SCENIC | 11 September 2026 | Universiti Malaysia Sabah (UMS)KOTA KINABALU, 11 September 2026 – Pusa...
11/09/2026

Perbincangan Bersama SCENIC | 11 September 2026 | Universiti Malaysia Sabah (UMS)

KOTA KINABALU, 11 September 2026 – Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Puan Uliantie Sarjuni daripada Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) pada 11 September 2026 bermula jam 11.00 pagi.

Sesi pertemuan ini bertujuan meneroka dan memperkukuh peluang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memperkasakan ekosistem inovasi, kreativiti, serta pengkomersialan hasil penyelidikan di peringkat negeri Sabah. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian idea, pembangunan bakat, dan inisiatif berimpak tinggi yang mampu memberi manfaat kepada warga universiti serta komuniti setempat.

Melalui libat urus ini, diharapkan jalinan kerjasama erat bersama pihak SCENIC dapat memacu pertumbuhan ekonomi kreatif dan merealisasikan potensi inovasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Address

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Innovation & Commercialisation Management Centre, UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Innovation & Commercialisation Management Centre, UMS:

Shortcuts

Share