Bantu kami untuk pembangunan dan penyenggaraan PASTI
Pasti Al-Qayyum Taman Cerah
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasti Al-Qayyum Taman Cerah, Nursery, Kota Kinabalu.
01/12/2020
SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN 2020
1. PASTI Malaysia mengucapkan Selamat Bercuti Akhir Tahun 2020 bermula pada hari ini kepada anak-anak murid PASTI seluruh negara. Tahun 2020 penuh dengan cabaran buat pembelajaran dan pengajaran di PASTI.
2. Anak-anak murid tahun ni turut bersama berjuang menghadapi cabaran COVID-19. Dikenakan SOP diawal usia 4, 5 dan 6 tahun disamping pembelajaran melalui home based learning (HBL) yang agak terbatas. Melalui video call, aplikasi zoom, video telegram dan pelbagai platform yang digunakan.
3. Hampir saban hari kelas murid dibacakan doa-doa rutin termasuklah doa agar Allah SWT anugerah keselamatan buat semua dan diangkat bala musibah pandemik yang melanda dunia.
4. Buat anak-anak PASTI, terus ceria bersama keluarga. Amalkan doa dan hafazan yang dipelajari sepanjang berada di PASTI. Ulangkaji pelajaran bersama adik beradik. Begitu juga buat guru-guru, manfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin. Terokai ruang yang ada dengan menimba pengalaman hidup.
5. Semoga Allah SWT melindungi dan memelihara semua warga PASTI. Serta senantiasa dilimpahi rahmat Allah SWT.
Us. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
16 Rabi’ul Akhir 1442H | 1 Disember 2020
18/07/2020
We Love PASTI 🥰
18/07/2020
26/06/2020
PESANAN RINGKAS PADA IBUBAPA BERHUBUNG KEHADIRAN MURID KE PASTI
(PASCA COVID - Allah Jaga Kita | Kita Jaga Kita)
1. Memperingatkan anak-anak agar senantiasa menjaga diri
2. Memperingatkan anak-anak agar senantiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer
3. Memesan anak-anak agar senantiasa menggunakan pelitup muka (mask)
4. Ibubapa memesan pada anak-anak agar menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh atau memegang kawan-kawan dan guru
5. Ibubapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak ke PASTI di pintu pagar sahaja
6. Tidak menghantar anak-anak yang tidak sihat dan mempunyai gejala seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain .
7. Ibubapa perlu memesan dan memperingati anak-anak setiap hari berkaitan penjagaan diri
Disediakan oleh:
IBU PEJABAT PASTI MALAYSIA
24/06/2020
SIMULASI PANDUAN PENGOPERASIAN SEMULA PASTI - 1 JULAI 2020 (RUMAH TERES/BANGLO) PASTI Wilayah Persekutuan (PASTI WP) telah menyediakan Video Simulasi Pengoperasian PASTI 1 Julai 2020 untuk memberi gambaran kepada pihak pengurusan PASTI, ...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kota Kinabalu