Kelab Geologi - GSM UMS

Kelab Geologi - GSM UMS Ini merupakan halaman Facebook rasmi Kelab Geologi - GSM UMS.

Wow ramainya hadir ke booth Program Geology UMS sempena Karnival Pendidikan & Kerjaya di Kolej Matrikulasi Labuan. Harap...
21/09/2026

Wow ramainya hadir ke booth Program Geology UMS sempena Karnival Pendidikan & Kerjaya di Kolej Matrikulasi Labuan. Harap pelajar KML makin ramai yang berminat jadi ahli geologi dan professional geologist di masa akan datang. Let’s go….

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.*SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU SESI 1 - 202...
21/09/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.

*SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU SESI 1 - 2026/2027*

Selamat kembali ke kampus dan selamat menjalani semester baharu kepada seluruh warga Geologi UMS! 🪨🌍

Kelab Geologi - GSM UMS ingin mengucapkan selamat kembali kepada semua pelajar serta selamat memulakan semester baharu dengan semangat dan azam yang baharu.

Semoga semester ini dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna, ilmu yang bermanfaat serta dipermudahkan dalam menghadapi setiap cabaran, tugasan, pembelajaran dan aktiviti sepanjang semester.

Ayuh kita mulakan semester baharu dengan semangat yang positif dan terus melangkah bersama sebagai keluarga Geologi UMS. 💪🏻✨

Yang Ikhlas,
Kelab Geologi-GSM UMS
Sesi 2025/2026

Linktree: https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS

Welcome to the Geology family, juniors! 🪨🌍✨A warm welcome to our new Year 1 Geology students at Universiti Malaysia Saba...
17/09/2026

Welcome to the Geology family, juniors! 🪨🌍✨

A warm welcome to our new Year 1 Geology students at Universiti Malaysia Sabah! We’re excited to have you join the Geology family.

May your journey be filled with new experiences, exciting fieldwork, valuable knowledge, and meaningful friendships. Enjoy every moment, keep learning, and make lots of great memories along the way!

Welcome to the family, juniors! All the best for your journey ahead! 🫶🏻⛏️🤍

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.*SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU GEOLOGI UMS*Tahn...
17/09/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.

*SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU GEOLOGI UMS*

Tahniah dan Selamat Datang.
Kelab Geologi - GSM UMS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah berjaya melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Kami berbesar hati menerima anda sebagai sebahagian daripada keluarga besar Geologi UMS. Bersama-sama kita akan meneroka ilmu, pengalaman, serta keindahan dunia geologi yang penuh dengan cabaran dan penemuan baharu.

Semoga kehadiran anda menjadi pemangkin semangat dalam mengharungi kehidupan kampus serta memberi inspirasi untuk mencipta kejayaan bersama.

Yang Ikhlas,
Kelab Geologi-GSM UMS
Sesi 2025/2026.

Linktree: [https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS]

Assalamualaikum w.b.t.,Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾Kelab Geologi -...
16/09/2026

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Kelab Geologi - GSM UMS dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua pelajar Geologi, warga Universiti Malaysia Sabah, serta seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September merupakan hari yang memperingati pembentukan Malaysia serta menjadi simbol perpaduan dan keharmonian antara rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara, memupuk semangat perpaduan serta mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Semoga semangat kebersamaan ini terus menyatukan kita sebagai sebuah keluarga Malaysia yang saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

Berbeza budaya, satu jiwa.
Bersatu hati, teguh berdiri. 🇲🇾✨

Sekian, terima kasih.

Kelab Geologi - GSM UMS
Sesi 2025/2026

Linktree ➡️: [https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS]

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang. 🇲🇾*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 DAN ...
31/08/2026

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang. 🇲🇾

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 DAN HARI SABAH*

Kelab Geologi - GSM UMS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Sabah kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah, khususnya para pelajar Geologi.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Semoga semangat cintakan negara terus mekar dan menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera dan gemilang. 🇲🇾✨

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” ❤️💙💛

Sekian,
Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Kelab Geologi-GSM UMS
Sesi 2025/2026.
Linktree:[https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS]

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang. 🇲🇾*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69*Kel...
31/08/2026

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang. 🇲🇾

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69*

Kelab Geologi - GSM UMS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah, khususnya para pelajar Geologi.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Semoga semangat cintakan negara terus mekar dan menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera dan gemilang. 🇲🇾✨

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” ❤️💙💛

Sekian,
Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Kelab Geologi-GSM UMS
Sesi 2025/2026.
Linktree:[https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS]

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.Kelab Geologi – GSM UMS dengan bangganya ingin ...
25/08/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.

Kelab Geologi – GSM UMS dengan bangganya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

*CLEARIN JOHINIS*
Pelajar Geologi Tahun 4 (Sesi 2025/2026)

atas dua pencapaian membanggakan yang diraih beliau:

🏅 *Anugerah Tokoh Komuniti Siswa UMS*

Sempena Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar & Alumni (MAHEPA) Kali Ke-27. Penganugerahan ini mengiktiraf komitmen, kepimpinan, dan sumbangan aktif beliau dalam memperkasa komuniti siswa.

🌍 *Wakil Universiti Malaysia Sabah (UMS)*

Ke 26th International Students Design Camp (D-Camp) anjuran Jeonbuk National University, Korea Selatan (23 – 29 Ogos 2026). Program antarabangsa ini menghimpunkan 18 buah universiti dari 6 buah negara bagi membuka ruang pertukaran idea, inovasi, dan kolaborasi global.

Semoga kejayaan berterusan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga siswa Geologi dan Universiti Malaysia Sabah.

Tahniah dan syabas, Clearin! 🎓✨

Sekian, terima kasih.
Kelab Geologi – GSM UMS
Sesi 2025/2026

Linktree ➡️ : https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang. *SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER 2 SESI 2025/20...
28/07/2026

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang.

*SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER 2 SESI 2025/2026*

Kelab Geologi - GSM UMS ingin mengucapkan Selamat Bercuti Semester 2 Sesi 2025/2026 kepada semua pelajar Geologi.

Semoga semua dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaik-baiknya, sama ada dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Pastikan sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang tempoh cuti berlangsung. ✨

Sekian,
Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Kelab Geologi-GSM UMS,
Sesi 2025/2026.

Linktree ➡️ : [https://linktr.ee/KELABGEOLOGI_GSMUMS]

17/07/2026

Program : SIMFONI ALAM
Tajuk : OXBOW LAKE “The Hidden Of Kinabatangan”
TX : 17 Julai 2026
Hari : Jumaat
Masa : 9 Malam
Saluran : TV1
Penerbit : Izwan Talhah

*Sinopsis*

Tersembunyi di tengah-tengah keindahan alam Kinabatangan, Oxbow Lake merupakan khazanah semula jadi yang kaya dengan biodiversiti dan kehidupan liar yang unik serta membawa penonton meneroka keindahan tasik yang terbentuk secara semula jadi, sambil menyingkap kepentingannya sebagai habitat hidupan liar serta warisan alam yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Saksikan Simfoni Alam edisi OXBOW LAKE “The Hiddin Of Kinabatangan” pada hari Jumaat, 17 Julai 2026, pukul 9 malam di saluran TV1 dan rrmklik.rtm.gov.my





Address

Faculty Of Science & Technology, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Geologi - GSM UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelab Geologi - GSM UMS:

Shortcuts

Share