25/09/2026
PENGLIBATAN PELAJAR PROGRAM PENULISAN KREATIF DALAM SESI PERKONGSIAN SAINTIS SABAH DI ANTARTIKA
Seramai lima (5) orang pelajar Program Penulisan Kreatif, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah terlibat dalam Sesi Perkongsian Saintis Sabah di Antartika dan My Digital DI yang telah diadakan pada:
Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Muzium Negeri Sabah
Penglibatan para pelajar ini merupakan satu peluang yang baik untuk menambah pengetahuan, memperluas pengalaman serta meningkatkan pendedahan mereka terhadap bidang sains, teknologi, kreativiti dan perkembangan semasa.
Semoga penyertaan ini dapat memberikan pengalaman bermakna serta menjadi inspirasi kepada para pelajar dalam memperkembangkan idea dan kreativiti mereka dalam bidang penulisan.