Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Laman Facebook rasmi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

[ KEJOHANAN PIALA SUMBANGSIH LIGA SAFA TAWAU TAHUN 2026 🏆]Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera,Salam D’Gayaku Demi Ilmu d...
20/09/2026

[ KEJOHANAN PIALA SUMBANGSIH LIGA SAFA TAWAU TAHUN 2026 🏆]

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027 ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Muhammad Fadhlur Rahman bin Ilham, siswa guru PISMP PJ SK/SJKC Ambilan 2026/2030 atas kejayaan meraih Tempat Pertama dalam Kejohanan Piala Sumbangsih Liga Safa Tawau Tahun 2026 yang telah berlangsung pada:

📅 Tarikh: 17 September 2026
📍Tempat: Kompleks Sukan Tawau

📌 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha, memperkukuh semangat kesukanan dan melakar lebih banyak kejayaan buat masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ KEJOHANAN PETANQUE RAKAN MUDA PUTATAN 2026 🥉 ]Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera,Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma ...
19/09/2026

[ KEJOHANAN PETANQUE RAKAN MUDA PUTATAN 2026 🥉 ]

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027 ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada wakil Pasukan Petanque Gaya, Siti Nur Azizah binti Jafri (PISMP PSV SK/SJKC, Ambilan 2026/2030) dan Vidic Jurim (PISMP BM SK 1, Ambilan 2026/2030) atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Petanque Rakan Muda Putatan 2026 yang telah berlangsung pada:

📅 Tarikh: 18 – 19 September 2026
📍Tempat: Gelanggang Petanque Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan

📌 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha, memperkukuh semangat kesukanan dan melakar lebih banyak kejayaan buat masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ PERTANDINGAN CITRA PANTUN MADANI @ PETAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026🏆 ]Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam D...
19/09/2026

[ PERTANDINGAN CITRA PANTUN MADANI @ PETAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026🏆 ]

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam D'Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Selamat Maju Jaya diucapkan kepada pasukan Gema Sahmura Gaya Bumantara yang akan mewakili IPG Kampus Gaya bagi Pertandingan Citra Pantun Madani@Petah KPM Peringkat separuh akhir & akhir. Berikut merupakan maklumat pertandingan:

📅 Tarikh : 21-22 September 2026
📍Tempat : Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

📌 Semoga segala usaha dan latihan yang telah dicurahkan menjadi kekuatan untuk memberikan persembahan terbaik serta mengharumkan nama IPG Kampus Gaya di pentas kebangsaan. ✨

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ SELAMAT MAJU JAYA : KONSERT OKESTRA SISWA GURU MADANI (OSiG) 2026 🎻🎵 ]Assalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera,Salam D’Ga...
19/09/2026

[ SELAMAT MAJU JAYA : KONSERT OKESTRA SISWA GURU MADANI (OSiG) 2026 🎻🎵 ]

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada para siswa guru yang mewakili IPG Kampus Gaya dalam Konsert Orkestra Siswa Guru Madani (OSiG) 2026.

📌 Para peserta akan menjalani Bengkel Siri 3 OSiG yang berlangsung pada 18 hingga 22 September 2026 sebagai persediaan sebelum menjayakan Konsert Orkestra Siswa Guru Madani 2026 pada 23 September 2026 yang akan berlangsung di Dewan Seri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

📌 Semoga para peserta terus komited dan bersemangat dalam memberikan persembahan terbaik serta membawa nama IPG Kampus Gaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA  2026 🇲🇾✨ ]Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫📌 16 S...
16/09/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾✨ ]

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 16 September kembali menyatukan kita dalam satu semangat dan satu identiti sebagai rakyat Malaysia. Hari Malaysia bukan sekadar sebuah peringatan sejarah, tetapi lambang perpaduan, kebersamaan dan keharmonian yang menjadi kekuatan negara.

📌 Marilah kita bersama-sama menghayati erti pembentukan Malaysia serta menghargai kepelbagaian budaya, bangsa dan latar belakang yang menjadi warna-warni dalam membina sebuah negara yang sejahtera.

📌 Sebagai bakal pendidik, marilah kita terus menyemai nilai perpaduan, toleransi dan kecintaan terhadap tanah air dalam diri generasi masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ BORNEO INTERNATIONAL SCIENCE AND MATHEMATICS OLYMPIAD 2026 🏆🔬 ]Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam D’Gayaku Demi...
05/09/2026

[ BORNEO INTERNATIONAL SCIENCE AND MATHEMATICS OLYMPIAD 2026 🏆🔬 ]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027 merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Anastasia Michael (PISMP BM SK 1 Ambilan Ogos 2023/2027) atas pencapaian Top 4 Honourable Mention serta Stella Moritin (PISMP BM SK 1 Ambilan Ogos 2023/2027) atas pencapaian Top 6 Merit dalam Borneo International Science and Mathematics Olympiad (BISMO) 2026.

📌 Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan dan ketekunan siswa guru dalam mengharumkan nama IPG Kampus Gaya di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus melakar kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ PEMAKLUMAN RASMI: PENGKREDITAN ELAUN SARA HIDUP SISWA GURU 💳 ]Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam D’Gayaku Demi Ilmu...
01/09/2026

[ PEMAKLUMAN RASMI: PENGKREDITAN ELAUN SARA HIDUP SISWA GURU 💳 ]

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Pemakluman kepada semua siswa guru IPG Kampus Gaya, elaun sara hidup bagi bulan September* telah dikreditkan ke dalam akaun bank siswa guru pada 01 September 2026, Selasa.

📌 Jutaan terima kasih diucapkan kepada Unit Kewangan serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya atas urusan pengkreditan ini. Diharapkan agar siswa guru dapat berbelanja secara berjimat cermat dan berhemah.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

”Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ ⚠️ PERINGATAN:  BAHAYA JEREBU ]Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫 📌 Susulan k...
31/08/2026

[ ⚠️ PERINGATAN: BAHAYA JEREBU ]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Susulan keadaan jerebu yang semakin meningkat, semua siswa guru perlu sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta orang sekeliling.

📌 Walaupun jerebu kelihatan biasa, kesannya terhadap kesihatan amat signifikan sekiranya diabaikan.

📌 Jaga diri dan utamakan kesihatan anda. Bersama-sama kita mengambil langkah berwaspada dalam menghadapi situasi ini.

Biro Kebajikan dan Sosial,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

”Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

[ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA KE KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA SARAWAK PIALA ABANG JO KE-19 & PIALA DATUK DR. ABDUL RAHM...
31/08/2026

[ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA KE KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA SARAWAK PIALA ABANG JO KE-19 & PIALA DATUK DR. ABDUL RAHMAN JUNAIDI KE-14 TAHUN 2026]

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Lee Jia Vun, siswa guru PISMP BM SK 3 Ambilan 2024/2028, atas pemilihan beliau untuk mewakili Kelab Strike Handball Club dalam Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak Piala Abang Jo Ke-19 & Piala Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi Ke-14 Tahun 2026.

🏐Sukan: Bola Baling
📅 Tarikh: 1–5 September 2026
📍 Tempat: Arena Futsal, UNIMAS

📌 Semoga beliau terus bersemangat, kekal fokus dan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan demi mengharumkan nama IPG Kampus Gaya. Semoga segala usaha dan komitmen yang dicurahkan membuahkan kejayaan serta menjadi inspirasi kepada warga IPG Kampus Gaya.

Biro Sukan dan Rekreasi,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

*_“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”_*

[ SYABAS DAN TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN IPG KAMPUS GAYA 🇲🇾🏆 ] Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam D’Gayaku Demi Ilmu...
31/08/2026

[ SYABAS DAN TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN IPG KAMPUS GAYA 🇲🇾🏆 ]

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma 💫

📌 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Perbarisan IPG Kampus Gaya atas kejayaan meraih Naib Johan dalam acara perbarisan kategori IPTA/IPTS sempena Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Sabah 2026.

📌 Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, kesungguhan dan semangat berpasukan yang telah dicurahkan sepanjang menjalani latihan sehingga ke pentas perbarisan.

📌 Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan, tetapi lambang semangat patriotisme, kesatuan dan kebanggaan warga IPG Kampus Gaya dalam menyemarakkan kemerdekaan serta kecintaan terhadap negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Gaya Sesi 2026/2027.

“Sinergi Menerajui Profesionalisme, Merentasi Aspirasi Idealisme”

Address

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Kota Kinabalu
88805

Opening Hours

Monday 10:00 - 02:00
Tuesday 10:00 - 02:00
Wednesday 10:00 - 02:00
Thursday 10:00 - 02:00
Friday 10:00 - 02:00

Telephone

+601128621094

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya:

Shortcuts

Share

Category