17/02/2026
Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya.
Sempena ketibaan Tahun Kuda ini, kami di Projek LEV ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat kepada seluruh komuniti yang meraikannya. Tahun Kuda melambangkan kekuatan, ketabahan, dan semangat untuk terus mara ke hadapanโnilai yang amat penting dalam membina komuniti yang progresif dan berdaya tahan.
Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran yang berpanjangan, kesihatan yang baik, serta membuka lebih banyak peluang untuk berkembang dan mencapai kejayaan. Kami juga berharap agar semangat kebersamaan, saling menghormati, dan perpaduan terus kukuh dalam kalangan masyarakat, khususnya di Sabah yang kita cintai ini.
Semoga setiap langkah yang diambil pada tahun ini dipermudahkan, setiap usaha membuahkan hasil, dan setiap impian semakin menghampiri kenyataan.
Gong Xi Fa Cai! Semoga Tahun Kuda ini membawa kemajuan, kekuatan, dan kejayaan buat semua.
โ Projek LEV Sabah
12/01/2026
โจ Selamat Tahun Baharu 2026 & Selamat Kembali ke Sekolahโจ
Selamat kembali ke sekolah dan selamat meneruskan sesi persekolahan 2026.
Semoga tahun ini dipenuhi ilmu, semangat baharu, kejayaan dan kenangan indah.
Teruskan melangkah, belajar dan jadi versi terbaik diri anda! ๐๐
10/08/2025
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐๐๐ฉ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ผ๐น๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ถ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฟ๐๐ฎ๐ต ๐ญ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ค๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฎ โ ๐ง๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ด๐ถ ๐ก๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ผ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ ๐๐๐น๐ถ
Kematian arwah Zara Qairina akibat kes buli di sekolah adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Tragedi ini membuktikan bahawa kegagalan sistem dalam mengurus kes jenayah melibatkan pelajar boleh membawa padah yang tidak terbayang.
Kami menyeru semua pihak untuk:
๐ Menolak normalisasi budaya buli di sekolah.
๐ Mendesak pihak berkuasa dan institusi pendidikan untuk bertindak segera dalam setiap kes yang dilaporkan.
๐ Memberi sokongan moral dan solidariti kepada keluarga mangsa.
Solidariti ini adalah tanda kita tidak mahu satu lagi nyawa melayang akibat kelalaian dan kelemahan sistem.
07/04/2025
Thank you for your generous contribution to Projek Ramadan Lestari.
Stay tuned for the release of our official report.
19/03/2025
๐ BEKAL KASIH AIDILFITRI 2025 โ SIRI 1 ๐
"Sebarkan Kasih, Raikan Aidilfitri"
Ramadan semakin menghampiri penghujungnya, dan Syawal bakal menjelang. Namun, masih ada insan di luar sana yang menghadapi kesukaran untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.
Justeru, kami di Anak Muda Progresif Pekan Kudat ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menyebarkan kasih melalui Program Bekal Kasih Aidilfitri.
๐ Sasaran sumbangan: RM2,500
๐ Pek Aidilfitri untuk 50 penerima (RM50 setiap seorang)
๐ Golongan penerima: Warga emas & individu yang memerlukan di sekitar Kudat, Sabah
Anda boleh menyumbang dengan mudah melalui DuitNow QR (rujuk poster) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:
๐ Fadilah: 014-3509833
๐ Afidah: 011-51116344
๐คฒ Ayuh bersama kita raikan keberkatan Ramadan & kemeriahan Syawal dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda membawa senyuman kepada insan yang kurang bernasib baik.
Jom menyumbang & sebarkan kebaikan! ๐โจ
03/03/2025
๐ ๐๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง !๐
Bulan yang penuh berkah, ampunan, dan rahmat dari Allah telah tiba. Ramadan adalah waktu untuk memperbanyak ibadah, mendekatkan diri kepada-Nya, serta mensucikan hati dan jiwa. Semoga di bulan suci ini, kita diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam menjalankan ibadah puasa, memperbanyak amal kebaikan, serta meningkatkan ketakwaan.
Mari jadikan Ramadan sebagai momentum untuk memperbaiki diri, memaafkan kesalahan, dan mempererat tali silaturahmi. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan membawa keberkahan bagi kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan membawa kedamaian dalam hidup kita.
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป 1445๐, ๐๐ฒ๐บ๐ผ๐ด๐ฎ ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐น๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐ต๐บ๐ฎ๐-๐ก๐๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ. ๐๐ฎ๐บ๐ถ๐ถ๐ป
04/07/2024
Kutipan terkini setakat 5 Jul, 6.00 am
RM 4,230.00