Tadika Jheains Official

Tadika Jheains Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Jheains Official, School, RA SKY Hotel Sdn Bhd - Registration Number 201401007312 (1083390-P) Office Addre, Kota Kinabalu.

06/09/2026

Waspada jerebu

Jaga diri dan jaga anak-anak kita 🌸
Kesihatan mereka tanggungjawab bersama 🙏🏻

Syukur Alhamdulillah~Setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan dan amanah baharu Semoga setiap langkah dipermudahkan, diku...
06/08/2026

Syukur Alhamdulillah~

Setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan dan amanah baharu

Semoga setiap langkah dipermudahkan, dikurniakan kebijaksanaan dalam memimpin serta kekuatan untuk menggalas amanah dengan penuh keikhlasan

Amanah dijunjung, bakti diteruskan 🥰🥰🥰

Semoga terus menjadi pemimpin yang berwibawa, teladan dan inspirasi kepada seluruh warga pendidikan JHEAINS 🤲

24/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, selesai sudah Dialog Prestasi Tadika JHEAINS Tahun 2026 dengan jayanya.

Program yang berlangsung pada:

Tarikh: 21 – 22 Julai 2026
Tempat: Horizon Hotel, Kota Kinabalu

telah melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna, membawa bersama semangat baharu, inspirasi baharu serta iltizam untuk terus memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di Tadika JHEAINS

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pendidikan JHEAINS, terutama kepada Unit Kenaziran Sekolah yang sentiasa komited, prihatin dan berusaha memastikan pelaksanaan Dialog Prestasi ini dapat berjalan dengan lancar. Program yang diadakan setiap tahun ini menjadi wadah penting dalam menilai pencapaian, berkongsi idea serta merancang langkah penambahbaikan demi kecemerlangan Tadika JHEAINS

Ucapan terima kasih juga kepada semua pegawai-pegawai Pendidikan yang hadir memberikan sokongan, bimbingan dan pandangan yang sangat bermakna, serta kepada semua Guru Besar Tadika JHEAINS atas komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Sesungguhnya setiap pembentangan, perkongsian dan perbincangan yang berlaku bukan sekadar angka dan laporan, tetapi menggambarkan usaha, pengorbanan serta keikhlasan warga pendidik dalam memastikan anak-anak didik mendapat pendidikan yang terbaik

Semoga segala ilmu, pengalaman dan semangat yang dikongsi sepanjang Dialog Prestasi ini menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih baik. Semoga Tadika JHEAINS terus melangkah maju, mencipta kecemerlangan dan menjadi institusi pendidikan awal yang terus unggul

Kerana di sebalik kejayaan setiap anak kecil, ada insan pendidik yang tidak pernah jemu menabur bakti, menyemai ilmu dan menyalakan harapan untuk masa depan

Tadika JHEAINS bersama melangkah, bersama mencipta kecemerlangan 🌹

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, selesai sudah Dialog Prestasi Tadika JHEAINS Tahun 202...

🌹 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026 🌹Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan...
04/07/2026

🌹 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026 🌹

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Tahun 2026 pada:

📅 30 Jun 2026
📍 Raia Hotel, Kota Kinabalu

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif (JP), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah merangkap Exco Agama.

Hampir 500 orang guru dari Bahagian Pantai Barat Selatan yang terdiri daripada warga pendidik Tadika JHEAINS, SAN, SMAN dan ITQAS telah berhimpun bagi meraikan sambutan Hari Guru yang penuh bermakna.

Pada majlis tersebut, sebanyak 12 kategori anugerah telah disampaikan kepada 70 orang penerima, termasuk 3 Anugerah Khas Pengarah, sebagai penghargaan atas jasa, komitmen dan kecemerlangan warga pendidik.

Bagi kategori Tadika JHEAINS, sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah:

🏆 Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik Tadika 2025
Ahmad Shafiq bin Anbo
(Guru Besar Tadika JHEAINS Likas)

🏆 Anugerah Guru Berdedikasi Tadika
Cikgu Masdown binti Adem
(Guru Besar Tadika JHEAINS Buang Sayang)

🏆 Anugerah Guru Harapan (Kategori Guru Sukarela)
Cikgu Hayatul Rafi bin Julain
(Tadika JHEAINS Sembulan)

🏆 Anugerah Guru Harapan (Kategori Guru Zakat)
Puan Fatimah binti Amilin
(Tadika JHEAINS Likas)

🏆 Anugerah Inovasi PdP Tadika
Cikgu Azlina binti Ahmad
(Guru Besar Tadika JHEAINS Beaufort)

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pengiktirafan yang diterima. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menyemai ilmu, membentuk sahsiah dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia serta akhirat.

Buat seluruh warga pendidik, terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak-anak bangsa. Sesungguhnya, jasa seorang guru akan sentiasa dikenang dan menjadi asas kepada kemajuan agama, masyarakat dan negara.

Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara, Nadi Negara” 💐

16/05/2026

“Guru Bitara Nadi Negara”
Guru bukan sekadar pendidik, tetapi insan berilmu, berintegriti dan berwibawa yang menjadi nadi utama dalam membentuk masa depan negara serta melahirkan generasi yang berjaya.

Kadang-kadang dunia lupa, tetapi ilmu tidak pernah lupa siapa yang memulakan segalanya 🧕🏻

Guru Tadika JHEAINS Negeri Sabah mungkin tidak ramai, namun di tangan merekalah lahirnya ramai insan berjaya ✨
Dari zaman MUIS hingga JHEAINS, kalian tetap menjadi titik mula sebuah kejayaan, dan jasa kalian kekal terpahat dalam sejarah pendidikan ✨

Sekali bergelar guru, selamanya tetap guru 🌸

Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan,
hanya Allah yang mampu membalasnya 💝

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Tadika JHEAINS 🌷

Alhamdulillah & setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg Datuk Jumain Abd Ghani atas kenaikan Pangkat sebagai SUT MAFI yang b...
20/02/2026

Alhamdulillah & setinggi-tinggi Tahniah kepada

YBhg Datuk Jumain Abd Ghani atas kenaikan Pangkat sebagai SUT MAFI yang baharu

dan

YBhg Uzt Ag Juri Ag Tahir atas kenaikan pangkat sebagai Pengarah JHEAINS yang baharu

Semoga terus sentiasa cemerlang dalam kerjaya

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 🌙Bulan yang dinanti akhirnya kembali…Bulan yang mendidik jiwa untuk lebih sab...
19/02/2026

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 🌙

Bulan yang dinanti akhirnya kembali…
Bulan yang mendidik jiwa untuk lebih sabar,
mengajar hati untuk lebih ikhlas,
dan mengajak kita untuk kembali mengenal Tuhan dengan lebih dekat.

Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tetapi menjadi medan tarbiah untuk memperbaiki diri,
melembutkan hati dan membersihkan dosa.

Ya Allah, temukanlah kami dengan malam-malam penuh rahmat-Mu
dan jadikan kami dalam kalangan hamba yang Engkau ampuni. 🤍

27/01/2026

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Tadika JHEAINS bagi Tahun 2026

Tarikh : 25 Januari 2026
Tempat : SKY Hotel Kota Kinabalu

Perasmi :
Puan Siti Zuraihan binti Ag Mohd Hussin
Timbalan Pengarah Pendidikan

Address

RA SKY Hotel Sdn Bhd - Registration Number 201401007312 (1083390-P) Office Addre
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Jheains Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category