Alumni SMK.Kinarut - Officially

Alumni SMK.Kinarut - Officially Alumni SMK Kinarut merujuk kepada bekas pelajar SMK Kinarut yang pernah menuntut dan menamatkan persekolahan di SMK Kinarut.

Objektif penubuhan Alumni SMK Kinarut adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara bekas pelajar dan guru.

18/08/2026

UCAPAN SALAM TAKZIAH

إنا لله وإنا إليه راجعون

Persatuan Alumni SMK Kinarut merakamkan setinggi-tinggi ucapan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Norhafizah Binti Datuk Nerawi atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Al-Fatihah.

Daripada:
Persatuan Alumni SMK Kinarut

SALAM TAKZIAHPersatuan Alumni SMK Kinarut merakamkan salam takziah atas pemergian mendiang Jonathan Clarence Lee Chien W...
10/08/2026

SALAM TAKZIAH

Persatuan Alumni SMK Kinarut merakamkan salam takziah atas pemergian mendiang Jonathan Clarence Lee Chien Wen.

Semoga keluarga dan seluruh insan yang menyayangi mendiang diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang penuh kesedihan ini.

Selamat jalan, Jonathan Clarence Lee Chien Wen.

Ikhlas daripada,
Persatuan Alumni SMK Kinarut

MEMO TAKZIAHDukacita dimaklumkan bahawa Botoi Abdul Ghani, mantan kakitangan SMK Kinarut, telah kembali ke rahmatullah p...
08/07/2026

MEMO TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Botoi Abdul Ghani, mantan kakitangan SMK Kinarut, telah kembali ke rahmatullah pada 9 Julai 2026 bersamaan 23 Muharram 1488H

Sehubungan dengan itu, pihak persatuan Alumni SMK Kinarut Papar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarhamah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَالرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِإِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُاهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَصِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Ikhlas daripada
Persatuan Alumni SMK Kinarut Papar.

🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🎓Persatuan SMK Kinarut, Papar ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon STPM 2025...
19/06/2026

🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🎓

Persatuan SMK Kinarut, Papar ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon STPM 2025 Pra Universiti SMK Kinarut atas pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan STPM.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi guru-guru serta sokongan padu ibu bapa dan penjaga. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Teruskan melangkah dengan yakin, mengejar impian dan mencipta kecemerlangan.

🌟 MALAM AMAL GOLDEN JUBILEE SMK KINARUT 2026 🌟“Satu Hati, Satu Bas, Satu Harapan”Sempena sambutan 50 Tahun (Jubli Emas) ...
18/06/2026

🌟 MALAM AMAL GOLDEN JUBILEE SMK KINARUT 2026 🌟

“Satu Hati, Satu Bas, Satu Harapan”

Sempena sambutan 50 Tahun (Jubli Emas) SMK Kinarut, kami dengan berlapang dada menjemput semua guru, ibu bapa, alumni, rakan korporat, dan seluruh komuniti untuk hadir ke majlis makan malam amal yang penuh gilang-gemilang!

📅 BUTIRAN MAJLIS
Tarikh: 22 Ogos 2026
Tempat: Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu
Tujuan Utama: Mengumpul dana bagi pembelian bas sekolah serta menaik taraf dan menyelenggara fasiliti sekolah demi keselesaan pelajar.

---

🎟️ CARA PEMBELIAN TIKET
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang sambil berhibur! Anda boleh mendapatkan tiket melalui dua cara mudah:

1. Scan QR Code: Imbas kod QR pada poster di atas untuk mengisi borang pembelian.
2. Pindahan Bank: Buat pembayaran terus ke akaun berikut:
* Bank: Bank Islam
* No. Akaun: 10016010018462
* Nama Akaun: PIBG SMK KINARUT

⚠️ Tarikh Tutup Pembelian: 16 Mei 2026

---

Mari kita berganding bahu merealisasikan impian warga SMK Kinarut untuk memiliki bas sekolah sendiri. Kehadiran dan sumbangan anda amat bermakna buat kami!

Silakan SHARE mesej ini kepada rakan-rakan alumni dan kenalan anda. Jumpa anda di sana! ✨

SALAM MAAL HIJRAH 1448H/2026MPersatuan Alumni SMK Kinarut, Papar mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H/2026M kepada seluru...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H/2026M

Persatuan Alumni SMK Kinarut, Papar mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.

Maal Hijrah bukan sekadar memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW, tetapi turut mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, ketabahan, perpaduan dan tekad untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperkukuh keimanan, mempertingkatkan akhlak, serta menyemai semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang harmoni, berilmu dan berdaya saing.

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada semangat hijrah dengan terus berusaha menjadi insan yang lebih baik, menyumbang kepada komuniti serta membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H

Madani Dihayati, Ummah Diberkati

Permata Digerbang Selatan
Alumni Sepakat, SMK Kinarut Hebat.

Ikhlas daripada,
Persatuan Alumni SMK Kinarut, Papar








𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶-𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟮𝟲Persatuan Alumni SMK Kinarut merafak sembah setinggi-t...
31/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶-𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟮𝟲

Persatuan Alumni SMK Kinarut merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan dan kekuatan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemakmuran, perpaduan dan kestabilan yang berterusan.

Marilah kita bersama-sama menzahirkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memperkukuh semangat perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂.

Ikhlas daripada,
Persatuan Alumni SMK Kinarut





UCAPAN SEMPENA HARI WESAK 2026Persatuan Alumni SMK Kinarut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penga...
30/05/2026

UCAPAN SEMPENA HARI WESAK 2026

Persatuan Alumni SMK Kinarut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikan perayaan ini.

Hari Wesak merupakan satu sambutan yang sarat dengan nilai kemanusiaan, kedamaian, belas ihsan dan keharmonian.

Semangat yang dibawa melalui perayaan ini wajar terus dihayati dalam kehidupan bermasyarakat bagi memperkukuhkan persefahaman, saling menghormati serta memelihara perpaduan dalam negara yang berbilang kaum dan agama.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan serta kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan, toleransi dan saling menghargai demi membina masyarakat yang lebih harmoni, progresif dan sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.

"Merapatkan Melalui Digital,
Memupuk Kebijaksanaan Bersama"

Ikhlas daripada,
Persatuan Alumni SMK Kinarut



Persatuan Alumni SMK Kinarut mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada seluruh masyarakat ...
29/05/2026

Persatuan Alumni SMK Kinarut mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada seluruh masyarakat yang meraikannya di Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia.

Perayaan ini membawa makna besar sebagai simbol kesyukuran, perpaduan serta penghargaan terhadap warisan budaya yang menjadi identiti dan kekuatan masyarakat majmuk negara kita.

Semoga semangat kebersamaan, keharmonian dan saling menghormati yang dizahirkan melalui sambutan ini terus diperkukuhkan demi membina masyarakat yang bersatu, progresif dan sejahtera.

Di kesempatan ini juga, kami mendoakan agar sambutan pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kegembiraan kepada semua.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
“Gayu Guru Gerai Nyamai”

Ikhlas daripada,
Persatuan Alumni SMK Kinarut




Address

Kinarut , Papar
Kota Kinabalu
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SMK.Kinarut - Officially posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni SMK.Kinarut - Officially:

Shortcuts

Share

Category