31/01/2026
Masing-masing pun dah confius. Nak gelak ke nak nangis ni..🤭 hihi
Yelah. Kejap gelak sampai bergegar dewan. Sekejap pak ostad kongsi kisah dan pesanan. Saling mengalir air mata tak tahan sebak.
Tengah² syahdu dipasak pesanan tepat ke qalbu. Kejap terkeluar spontan lagi punchline melalui aktiviti. Terpaksa gelak balik walaupun air mata tak kering lagi. Hah sudahhh..😆
Masha Allah..
Sekitar kemeriahan sepanjang sesi Slot Motivasi Kerja : The Biggest Why bersama lebih kurang 60 orang barisan pendidik Little Caliphs cawangan Melor, Pasir Mas, Kok Lanas dan Tumpat.
Moment² indah yang sempat dirakam. Respon dan penglibatan yang sangat luar biasa daripada semua sepanjang 2 jam sesi perkongsian.
Alhamdulillah..
Masa saling berkongsi rasa dan nilai hidup. Terharu lihat kesungguhan semua guru. Dari hati bercerita.
Saat penutup sesi. Indah sangat terlihat ukhwah yang terbina asbab satu bumbung berkongsi rezeki dan bakti bahkan berkongsi rasa.
Terima kasih barisan operator atas kesudian ruangan bermakna berkongsi. Didoakan bermanfaat buat semua para pendidik sekalian.
Ada rezeki kita jumpa dalam sesi teambuilding lebih lama ya. Terus maju jaya dunia sampai syurga!♥️
MOTIVASI KERJA LITTLE CALIPHS
24 Januari 2026
Protazz Training & sahsiahpelajar.com