HAC Kampus Kesihatan

HAC Kampus Kesihatan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HAC Kampus Kesihatan, Campus Building, PUSAT Perumahan DAN PENGINAPAN UNIVERSITI , UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN, Kota Bharu.

Pusat perumahan dan penginapan Universiti,dahulunya dikenali sebagai PPPU,bertanggungjawab menguruskan kediaman pelajar(Desasiswa) rumah Tamu serta kemudahan rumah staf

Photos from HAC Kampus Kesihatan's post 25/05/2026

Team Kelestarian HACKK
membuat lawatan ke Min House Camp
kubang kerian untuk melihat dan mempelajari ilmu sistem pertanian mampan gabungan penternakan ikan (akuakultur) dan penanaman tumbuhan tanpa tanah (hidroponik) dengan sistem aquaponik yang telah diusahakan oleh pengasas MIN HOUSE CAMP KakYah ( puan wan noriah)



Photos from HAC Kampus Kesihatan's post 17/05/2026

USMFIT 2.0
tarikh:17mei 2026
senamrobik- berjalan- plogging
terima kasih semua yang terlibat

Photos from HAC Kampus Kesihatan's post 02/04/2026

HAC LANCAR PROGRAM KELESTARIAN, AGIH SET HIDROPONIK KEPADA PIC BLOK DM4
USM, 2 April 2026 – Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC) hari ini melancarkan program kelestarian peringkat HAC bermula jam 8.00 pagi, yang menampilkan dua aktiviti utama iaitu aktiviti plogging dan aktiviti penyerahan set hidroponik kepada PIC Blok DM4, Puan Aishah.
Aktiviti plogging bermula dengan stretching dan kemudiannya semua peserta bergerak berjalan santai sambil mengutip sampah di kawasan rekreasi USM. Sebanyak 7 bungkusan sampah berjaya dikutip dan dikumpulkan
Pelancaran program ini juga merupakan langkah awal inisiatif HAC yang merancang untuk membekalkan setiap PIC blok dengan satu set hidroponik masing-masing. Setiap set tersebut akan dijaga dan diselenggara bagi memastikan hasil sayur-sayuran yang ditanam adalah sihat, segar dan berkualiti, dengan setiap unit ditanam dengan jenis tanaman yang berbeza.
Menariknya, set hidroponik yang diserahkan direka dan dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman HAC, di mana sebahagian komponennya turut menggunakan bahan kitar semula.
Program ini diharap dapat menyokong hasrat HAC untuk mencapai Penarafan 5 Daun dalam penarafan Pejabat Hijau USM 2026 kelak.


#

Photos from HAC Kampus Kesihatan's post 18/03/2026

Majlis Iftar anjuran kelab HACKK
terima kasih kepada semua staf dan keluarga, turut hadir sama Penggawa serta penolong penggawa bagi memeriahkan lagi majlis iftar tersebut.Majlis iftar diadakan di dewan Murni kampus kesihatan, tujuan utama majlis tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara staf. Terima kasih kepada semua yang hadir, Tahniah juga kepada Kelab HACKK kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut.

05/03/2026

SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KESIHATAN UNTUK BERIBADAH DAN BERTEMU MALAM ALQADAR.





24/02/2026

tempah sebelum penuh.

23/02/2026

TEMPAHAN BILIK DI RUMAH TETAMU
USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian.
Tempahan boleh dibuat secara atas talian melalui talian khas Rumah Tetamu HACKK.

☎ hotline 097672300
Tempahan pada waktu pejabat sahaja.
⌚Ahad - Rabu 8.10pg - 5.10ptg
⌚Khamis 8.10pg-3.45ptg
⌚jumaat-sabtu cuti.
*sekiranya tempahan dibuat pada hari bekerja tapi check in pada hari minggu, kunci bilik akan di letakkan dalam peti kunci.

Semua tempahan melalui talian hotline. sebarang pertanyaan boleh hubungi no yang tertera diatas🫰 .




22/02/2026

Alhamdulillah. kerja-kerja menukar atap baru oleh pihak kontraktor di Asrama Blok B. kampus kesihatan usm.


15/02/2026

MAKLUMAN/PERINGATAN KESELAMATAN SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Keselamatan ingin membuat PERINGATAN KESELAMATAN kepada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan sempena Cuti Tahun Baru Cina yang akan datang, adalah diingatkan agar semua mengambil langkah – langkah sepertimana berikut:-

Memastikan tiada barang berharga disimpan dalam bilik / pejabat atau meletakkan barang berharga yang boleh dilihat dari luar.

Memastikan pintu serta tingkap dikunci dengan baik sebelum meninggalkan pejabat.

Memastikan sumber air dan elektrik ditutup / dimatikan jika tidak digunakan bagi mengelak dari berlakunya pembaziran serta kebakaran.

Maklumkan kepada Jabatan Keselamatan sekiranya tuan/puan berhasrat untuk meninggalkan kenderaan di dalam kawasan Kampus Kesihatan USM.

Sebarang permasalahan sila hubungi Jabatan Keselamatan di talian 24 jam Jabatan Keselamatan seperti berikut:-

09-767 5999 - Zon Kampus
09-767 3999 - Zon Hospital


Pihak Pengurusan Jabatan Keselamatan
Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

-----------------------------------------------------------

Photos from HAC Kampus Kesihatan's post 02/02/2026

Alhamdulillah, 2/2/2026 tarikh dan hari yang cantik sempena nisfu sya'ban maka rasmilah KAFETERIA NURANI kampus kesihatan usm. yang telah disempurnakan oleh:
YBHG.PROFESOR DATO' SERI IR.DR.ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED,FASc.
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


PUSAT Perumahan DAN PENGINAPAN UNIVERSITI , UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 15:45
Sunday 08:00 - 17:15