20/03/2026
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ✨
Semoga Allah menerima segala amalan kita dibulan Ramadhan yang lalu. Semoga Rahmat dan kemampunanNya sentiasa bersama kita 🤲🏻
كُل عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّ اللَّهُ اللّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، وَلِلهِ الْحَمْدُ اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةٌ وَأَصِيلًا.
Ikhlas daripada,
WARGA MAAHAD TAHFIZ BAHRAIN
22/12/2025
✨ REJAB : BULAN RAHMAT DAN PENUH KEAGUNGAN ✨
Alhamdulillah, kita semua telah memasuki bulan Rejab.
Melakukan amalan-amalan yang baik (amar makruf) dan menghindarkan dosa-dosa (nahi mungkar) ialah ibarat menanam benih dan pohon-pohon di bulan Rejab supaya tanaman-tanaman ini akan tumbuh di bulan yang berikutnya (Syaaban) dan akan dituai hasilnya di bulan Ramadan kelak.
Inilah sebabnya para ulama dahulu menggalakkan kaum Muslimin supaya beribadat sebanyak-banyaknya dan bertaubat di bulan Rejab ini supaya terlatih untuk menghadapi bulan-bulan berikutnya, iaitu Syaaban dan Ramadan.
Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini, dengan memperbaiki diri dan berusaha meningkatkan amal ibadah.
Ikhlas daripada,
WARGA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN BAHRAIN
29/09/2025
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi KDYMM Sultan Muhammad V di dunia dan akhirat.
05/09/2025
Selamat menyambut Maulidur Rasul pada hari ini, 12 Rabiul Awwal 1447H. Semoga dengan menyambut Maulidur Rasul ini akan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW di mahsyar nanti 💕
31/08/2025
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68. Semoga Allah SWT merahmati dan mengurniakan keberkatan kepada negara kita, Malaysia.
Alhamdulillah, syukur untuk nikmat kemerdekaan yang kita sambut saban tahun ini. Al-Fatihah buat para pejuang kemerdekaan yang berkorban jiwa raga untuk negara ini.