Himpunan Pendokong Al'Quran

Himpunan Pendokong Al'Quran "Al-Qur’an bukan sekadar bacaan – ia petunjuk kehidupan."
💖 Ayuh sertai kami dalam perjalanan khatam dan pemahaman Al-Qur’an.
📚 Baca. Fahami. Amalkan.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh berurusan :
☎️ 012-952 9890 - Hj. Mohamad Shiham

17/04/2026

🌙 TERIMA KASIH SEMUA 🌙

Alhamdulillah, Program Bacaan dan Khatam Al-Quran anjuran Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ) bersam Masjid Al-Taqwa , Taman Uda Murni telah selesai dengan jayanya dalam suasana penuh keberkatan, ukhuwah dan kasih sayang sesama ummah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, urusetia, sukarelawan serta pihak masjid yang telah bersama-sama menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan keikhlasan.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan menguatkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran.

Jumpa lagi dalam program seterusnya, InsyaAllah.
Pencinta Al-Quran , Disini Kami Berhimpun. 🤍📖





10/04/2026

JANGAN LUPA ‼️

🗓 10 April 2026
📍 Masjid At-Taqwa, Taman Uda Murni

Semua dijemput hadir!
Jom mengaji, jom khatam bersama. 🤲✨

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh berurusan :
☎️ 012-952 9890 - Hj. Mohamad Shiham



🕌 MAKLUMAN ETIKA PEMAKAIAN PESERTA PROGRAM KHATAM AL-QURANAnjuran Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ) 📖Bagi menjaga kesera...
08/04/2026

🕌 MAKLUMAN ETIKA PEMAKAIAN PESERTA PROGRAM KHATAM AL-QURAN
Anjuran Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ) 📖

Bagi menjaga keseragaman, kesopanan serta memuliakan majlis Al-Quran, semua peserta adalah digalakkan untuk mematuhi etika pemakaian seperti berikut:

👳‍♂️ LELAKI:
▫ Digalakkan memakai jubah atau baju Melayu
▫ Bertemakan warna putih
▫ Memakai kopiah / serban (jika ada)
▫ Berpakaian sopan dan menutup aurat

🧕 WANITA:
▫ Digalakkan memakai jubah atau pakaian Muslimah yang sopan
▫ Bertemakan warna putih
▫ Menutup aurat dengan sempurna
▫ Tidak memakai pakaian yang ketat atau mencolok mata

✨ Tema Pemakaian:
PUTIH – Melambangkan Kesucian, Keseragaman dan Keindahan Ukhuwah

Kerjasama semua peserta dalam mematuhi etika pemakaian ini amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran dan keharmonian program.

"Pencinta Al-Quran , Disini Kami Berhimpun"

Sekian, terima kasih.
Urusetia Program
Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ)

📖 FAKTA: Mengapa Anda Harus Sertai Program Khatam Al-Quran HPQ?Program ini diadakan setiap 2 bulan, di masjid yang berbe...
08/04/2026

📖 FAKTA: Mengapa Anda Harus Sertai Program Khatam Al-Quran HPQ?

Program ini diadakan setiap 2 bulan, di masjid yang berbeza dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat bagi menghidupkan budaya membaca Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah sesama ummah.

🕌 Ayuh sertai kami dan jadikan Al-Quran sebagai sahabat dalam kehidupan.

“Pencinta Al-Quran, Di Sini Kami Berhimpun”

🌙 PROGRAM KHATAM AL-QURAN BERSAMA HIMPUNAN PENDOKONG AL-QURAN (HPQ) 📖Alhamdulillah, telah berlangsung aktif bermula dari...
08/04/2026

🌙 PROGRAM KHATAM AL-QURAN BERSAMA HIMPUNAN PENDOKONG AL-QURAN (HPQ) 📖

Alhamdulillah, telah berlangsung aktif bermula dari tahun 2023 sehingga kini dengan jayanya Program Khatam Al-Quran anjuran Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ) dengan bantuan dan sokongan dari pihak masjid/surau serta Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bagi menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah di rumah Allah.

Program ini diadakan setiap 2 bulan dan dilaksanakan di masjid yang berbeza sebagai usaha berterusan untuk menggalakkan kehadiran ke masjid serta menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan ummah.

Kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan umur membuktikan bahawa Al-Quran sentiasa menjadi penyatu hati dan penghubung silaturahim dalam masyarakat.

Visi:
Melahirkan masyarakat yang cintakan Al-Quran serta menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah.

Misi:
✅ Menggalakkan budaya membaca &mengkhatamkan Al-Quran
✅ Menghidupkan masjid dengan aktiviti berterusan
✅ Mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama masyarakat
✅ Membina generasi yang dekat dengan Al-Quran

Semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan terus istiqamah dalam menyebarkan syiar Islam.

“Pencinta Al'Quran , Disini Kami Berhimpun”






08/04/2026

📖 Jom sertai Program Bacaan & Khatam Al-Quran!

Luangkan sedikit masa untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dan menambah keberkatan dalam kehidupan kita.

🗓 10 April 2026
📍 Masjid At-Taqwa, Taman Uda Murni

Semua dijemput hadir!
Jom mengaji, jom khatam bersama. 🤲✨

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh berurusan :
☎️ 012-952 9890 - Hj. Mohamad Shiham



📖 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BACAAN & KHATAM AL-QURANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh rasa syukur...
08/04/2026

📖 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BACAAN & KHATAM AL-QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa syukur, pihak Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ) dan juga Masjid At-Taqwa serta masjid & surau terlibat ingin menjemput seluruh masyarakat, sahabat handai serta sesiapa sahaja yang berminat dan berkelapangan untuk bersama-sama menyertai Program Bacaan dan Khatam Al-Quran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh : 10 April 2026 (JUMAAT)
📍 Tempat: Masjid At-Taqwa, Taman Uda Murni
🕘 Masa. : Maghrib ( 7:15 petang sehingga 10:30 malam )

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dan memperbanyakkan amalan dengan membaca serta mengkhatamkan Al-Quran secara berjemaah. Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi asbab keberkatan, rahmat dan ganjaran pahala buat kita semua. 🤲✨

Semua dijemput hadir.
Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi program yang penuh keberkatan ini.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh berurusan :
☎️ 012-952 9890 - Hj. Mohamad Shiham




EH , GAMBAR ANDA TAKDE ⁉️Klik link dekat bawah untuk cari gambar anda .Semua gambar hanya disimpan sebagai kenangan pada...
07/02/2026

EH , GAMBAR ANDA TAKDE ⁉️

Klik link dekat bawah untuk cari gambar anda .Semua gambar hanya disimpan sebagai kenangan pada setiap program dan tiada tujuan mengaibkan atau untuk kepentingan peribadi .

Kalau gambar anda takder , bermakna anda tak hadir pon🤣

https://drive.google.com/drive/folders/162T6s4HQ_TOOL2qggRNWQENpfLvBbWpq

p/s : Gambar dibawah tiada kaitan dengan perkara diatas atau mana-mana pihak tertentu .

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM ?Sekiranya berminat untuk menyertai program berkaitan Al-Quran seperti yang dipaparkan,...
07/02/2026

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM ?

Sekiranya berminat untuk menyertai program berkaitan Al-Quran seperti yang dipaparkan, dijemput para jemaah untuk turut serta dan bersama-sama menyokong usaha memartabatkan Al-Quran.

Sila rujuk maklumat terkini pada poster yang akan dikongsi di page ini . Kami akan sampaikan setiap program yang bakal berlangsung pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan .

🔒 Sila hubungi untuk maklumat lanjut

☎️ 012-9529890 / Tuan Hj. Shiham

Pastikan anda share page ini untuk rakan-rakan kita yang lain ‼️
Ayuh bersama Al-Quran





HIMPUNAN PENDOKONG AL'QURANSESI 02/26Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jemaah atas kesudian meluangkan masa dan...
07/02/2026

HIMPUNAN PENDOKONG AL'QURAN
SESI 02/26

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jemaah atas kesudian meluangkan masa dan memberi sokongan terhadap
Program Himpunan Pendokong Al-Quran.

Semoga usaha ini terus diberkati Allah SWT. 📖🤍





Address

Mukim Panchor
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Himpunan Pendokong Al'Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share