Alhamdulillah. Gembira benar nampaknya masyarakat Kg. Banggol dan kampung-kampung sekitar dengan kehadiran Ust Ahmad Faiz Hafizuddin ke Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol tempoh hari.
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat ilmu beliau.
Majlis Ilmu Berkitab
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Ilmu Berkitab, Education, Kota Bharu.
Perkongsian majlis ilmu secara langsung dan rakaman yang disampaikan oleh guru dan ilmuan pondok, menggunakan kitab-kitab yang sedia maklum banyak dipelajari di pondok-pondok seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ilmu Fardhu 'Ain itu tiga - Akidah, Fiqh, Tasauf. Antara ketiga-tiga yang tersebut, Akidah adalah yang terutama sekali. Namun, ilmu Tasauf menjadi ilmu yang paling wajib dilazimi oleh seseorang.
Mengapa demikian? Dengarkan huraian Ust Muhammad Al-Fathoni dalam video di bawah.
Anda juga boleh menonton di saluran YouTube kami:
https://www.youtube.com/watch?v=X_VdsMjliJ8
09/11/2021
ADAKAH DIBOLEHKAN UNTUK MENGUBUR DUA ATAU LEBIH MAYAT DALAM SATU LIANG LAHAD?
Menguburkan mayat adalah salah satu daripada empat perkara utama dalam pengurusan jenazah, selain memandikan, mengkafankan dan menyolatkan jenazah.
Secara asasnya, setiap mayat WAJIB dikebumikan dalam liang lahad masing-masing. Tidak diperbolehkan untuk menguburkan dua mayat dalam satu liang lahad.
Namun, terdapat situasi tertentu yang mana banyak kematian berlaku serentak, sehingga menyukarkan mayat dikebumikan seperti biasa. Atau, keadaan tanah perkuburan yang sukar untuk digali banyak liang lahad. Jadi, adakah dibolehkan menguburkan mayat lebih dari seorang dalam liang lahad yang sama?
Imam Ar-Rafi'e dalam Asy-Syarhul Kabir menukilkan:
لما روى (أنه صلي الله عليه وسلم قال للانصار يوم أحد احفروا واوسعوا وعمقوا واجعلوا الا ثنين والثلاثة في القبر الواحد...
Bagi barang yang telah diriwayatkan - bahawasanya Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam berkata kepada golongan Ansor pada hari Perang Uhud, "galilah (kubur), luaskan dan dalamkan, dan masukkan dua atau tiga jenazah di dalam satu lubang kubur ..."
Berdasakan hadis ini, menguburkan lebih dari satu mayat dalam satu liang lahad pernah berlaku di zaman Baginda Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam.
Manakala, dalam kitab Iqna' - sebuah kitab fiqh yang masyhur, banyak dipelajari di pondok-pondok - menyebutkan:
(ولا يدفن اثنان) ابتداء (في قبر واحد) بل يفرد كل ميت بقبر حالة الاختيار للاتباع، فلو جمع اثنان في قبر واحد الجنس كرجلين أو امرأتين كره عند الماوردي وحرم عند السرخسي، ونقله عنه النووي في مجموعه مقتصرا عليه
Dan TIDAK DIPERBOLEHKAN mengubur dua mayat dalam satu liang. Bahkan, dijadikan bersendiri setiap mayat dalam satu kubur ketika waktu ikhtiyar (bukan dharurat), kerana mengikuti (ajaran) Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam. Maka jika dikumpul dua mayat dalam satu kubur, seperti dua lelaki atau dua perempuan, diMAKRUHkan di sisi Imam Al-Mawardi, dan HARAM di sisi Imam As-Sarkhasi. Dan telah dikutip pendapat haram ini oleh Imam An-Nawawi dalam Majmu'-nya secara ringkas.
Dapat difahami daripada teks di atas, mayat mestilah dikuburkan secara berasingan dalam waktu ikhtiyar. Adapun jika berlaku darurat, seperti kematian yang ramai akibat perang, tsunami dan seumpamanya, maka dibolehkan mengubur lebih dari satu mayat dalam satu liang lahad kerana dharurat.
Juga boleh difahami lagi, haram menguburkan dua mayat yang berlainan jantina secara bersama, kerana dua mayat yang sama jantina pun dimakruhkan oleh Imam Mawardi, dan haram oleh Imam As-Sarkhasi, apatah lagi yang berlainan jantina.
Wallahu'alam.
_________________________________
Disediakan oleh Majlis Ilmu Berkitab.
Surat Abu Dujanah radhiyaLLAHU anhu adalah antara senjata ampuh dalam menewaskan gangguan jin-jin jahat yang menganggu manusia.
Silakan menyemak hadis tentang surat ini, yang disampaikan oleh Ust Muhammad Al-Fathoni.
___________________________________
Majlis Ilmu Berkitab ada menyediakan surat ini dalam bentuk stiker yang boleh ditampal di rumah, kedai dan bangunan. Stiker ini diedarkan SECARA PERCUMA sahaja. Boleh berhubung dengan admin untuk mendapatkannya.
09/06/2021
Kredit: Makhtar
01/06/2021
KEMASYHURAN BUKAN SYARAT UNTUK MENDIRIKAN AGAMA
Kredit: Haikal
Assalamualaikum wbt.
InsyaaAllah kuliah kitab Hidayatus Salikin akan diteruskan kembali pagi esok, jam 11 pagi.
Kuliah ini akan diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis.
06/05/2021
Rakaman syarah kitab Hidayatus Salikin oleh TG Baba Sayuti juga dimuatnaik ke YouTube kami. Sesiapa yang berminat, boleh 'subscribe' dan menonton di saluran YT.
Selain rakaman penuh kuliah, kami juga menyunting video ringkas untuk para penggemar ilmu turath.
Buat makluman, kuliah Hidayatus Salikin bercuti pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
_____________________________________
Hidayatus Salikin | Muqoddimah | Baba Sayuti Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin, karangan Tuan Syeikh Abdul Somad Al-Falimbani.Kitab ini disyarahkan oleh Tuan Guru Baba Mohd Jalaludin Asayuti...
02/05/2021
InsyaaAllah, turut akan dimuatkan ialah rakaman pengajian bersama TG Baba Hj. Mohd Jalaludin Asayuti bin Mohamed, Mudir Pondok Muhammadiyyah Beta Hilir.
LIVE Premiere pertama akan berlangsung pada jam 11 pagi ini. Kitab yang akan dibacakan ialah Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin.
Semoga TG Baba dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mendidik masyarakat dengan kefahaman agama yang benar.
30/04/2021
Para ulama' yang telah menempuh rehlah ilmu sudah menyusun atur dengan baik sekali berkenaan susunan ilmu yang wajib dipelajari. Ilmu manakah yang perlu didahulukan, dan ilmu manakah p**a yang perlu dikemudiankan.
Antara ulama' yang memberi sumbangan dalam susun atur ilmu secara sistematik ialah Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Melalui Ihya' Ulumuddin, dalam Kitab Al-'Ilm, beliau menjelaskan secara tuntas bahawa seseorang yang baru mula berjinak-jinak dengan ilmu, wajib mendahulukan ilmu Akidah, Fiqih dan Tasauf.
Itupun, bukan semua cabang ilmu Akidah, Fiqih dan Tasauf yang wajib dia telusuri. Hanya cabang yang dasar dan mustahak sahaja.
Sebagai contoh, seseorang itu wajib mempelajari hukum hakam solat, sebagai satu cabang ilmu Fiqih. Namun, dia tidaklah wajib mempelajari hukum Jinayat, walaupun hukum Jinayat adalah salah satu cabangan Fiqih. Jika dia menyibukkan diri dengan ilmu yang tidak pun diwajibkan ke atasnya, dalam masa yang sama mengabaikan ilmu yang wajib, maka dia telah tertipu dengan nafsunya sendiri.
Ada orang yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Lalu dia memulai dengan mempelajari bahasa Arab, atau tarannum Al-Quran, atau Mustolah Hadis. Inilah yang dikatakan pengajian ilmu yang tidak sistematik. Dia belum menyelesaikan kewajipannya, namun sudah berani melangkah ke arena ilmu yang lebih dalam. Perumpamaan mudahnya, seperti seseorang yang menyibukkan diri dengan solat sunat Taubat, namun mengabaikan solat fardhu Subuh.
28/04/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Kota Bharu
15350