03/01/2023
MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI SMSI SIC
4 MAC 2023 (SABTU)
HOTEL GRAND RENAI, KOTA BHARU
PENGENALAN
Setelah terkesan oleh pandemik COVID-19 selama dua tahun lebih, akhirnya kami di dalam perancangan semula untuk mengadakan majlis makan malam tahunan yang dinamakan Majlis Makan Malam Tahunan Alumni SMSI/SIC.
OBJEKTIF
Tujuan majlis ini adalah untuk menjadikan majlis makan malam alumni SMSI/SIC sebagai majlis tahunan yang akan dihoskan oleh batch berlainan pada setiap tahun. Sebagai permulaan, majlis ini akan dihoskan oleh Batch 83 SPM.
Untuk makluman, program ini tidak bercanggah dengan mana-mana majlis anjuran persatuan alumni sediaada.
PESERTA
Peserta-peserta majlis merupakan bekas pelajar SMSI/SIC semenjak penubuhan SMSI/SIC sehingga sekarang. Setiap batch digalakkan untuk membawa sekurang-kurangnya seorang tenaga pengajar atau beka guru SMSI/SIC. Hos, Batch 83 akan menjemput Pengetua SIC sekarang untuk turut serta meraikan majlis. Anggaran perserta yang akan hadir kemajlis ini adalah seramai 700 orang.
TARIKH/MASA/TEMPAT
Majlis akan dilangsungkan pada :-
📅 4 Mac 2023 (Sabtu)
⏰ 8.30 malam
🏩 Hotel Grand Renai, Kota Bharu
BAYARAN
Setiap peserta dikenakan bayaran RM100 untuk majlis makan malam ini. Bayaran hendaklah dibuat terus ketika pengesahan kehadiran dilakukan.
PERTANDINGAN GOLF
Disamping itu, satu pertandingan golf persahabatan Alumni akan diadakan pada pagi hari yang sama , bermula jam 8.00 pagi bertempat di Kelantan Golf & Country Club. Bayaran untuk acara golf adalah berasingan dan tidak termasuk di dalam bayaran untuk makan malam.
LAIN-LAIN MAKLUMAN
Bagi bekas-bekas pelajar yang mempunyai perniagaan sendiri adalah digalakkan untuk mengiklankan sebarang perniagaan /perkhidmatan yang disediakan di dalam Buku Program Majlis. Buku Program akan disediakan dalam bentuk digital secara online. Bagi setiap pengiklanan, sedikit sumbangan adalah diharapkan untuk kegunaan majlis ini.
Mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan atau sponsor, sama ada dalam bentuk barangan atau tunai, boleh lah berhubung terus dengan Setiausaha majlis untuk makluman lanjut.
👦MOHD ZUKI ABDULLAH
☎️ 0162440567
SETIAUSAHA
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN ALUMNI SMSI/SIC