14/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak Teratak Hadits dan Akademi Harfiah Al Quran ingin memohon sedikit sumbangan bagi penambahan rehal al-Quran dan kos bulanan memandangkan jumlah pelajar kami semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, kelas Harfiah al-Quran dijalankan secara online oleh Teratak Hadits. Setelah Surau Ahlul Hadits siap dibina, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke surau bagi memberi suasana pembelajaran yang lebih selesa kepada para pelajar.
Antara pembelajaran yang diajar dalam kelas Harfiah al-Quran ialah:
1. Asas Tajwid
2. Makhraj Huruf
3. Harfiah al-Quran
4. Menghafal al-Quran
5. Menulis al-Quran
6. Ujian hafalan dan penulisan ayat al-Quran
Selain itu kelas juga diadakan di Surau setiap malam selepas isyak , pihak Teratak Hadits jugak telah membangunkan kelas-kelas Harfiah al-Quran secara percuma di Indonesia, antaranya di:
1. Lampung
2. Bandung
3. Jakarta
4. Tasik Malaya
Sehingga kini, sebanyak 6 kelas telah dijalankan dan setiap kelas menelan kos sekitar RM4000 setiap bulan. Kelas diadakan setiap minggu pada petang Jumaat dan Sabtu.Kelas di beri percuma membantu anak fakir miskin dan anak yatim di sana belajar al quran.
Kami juga sedang mencari para penaja bagi kelas-kelas ini kerana sehingga kini masih belum ada penaja tetap untuk menampung kos operasi dan pembelajaran bagi semua kelas yang dijalankan.
Kami berharap usaha dakwah dan pengajian al-Quran yang dijalankan sejak tahun lalu ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia dan Indonesia, khususnya golongan yang memerlukan. Semua kelas dijalankan secara percuma.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan sumbangan para dermawan yang membantu perjuangan dakwah dan pendidikan al-Quran ini.
Rakaman kelas-kelas di Indonesia setiap minggu:
https://youtube.com/playlist?list=PLOl-3cL4v4b588opOroDGIuFjwg0zjyHP&si=9ut7pVrbb22AVhP4&utm_source
Rakaman kelas online:
https://youtube.com/playlist?list=PLOl-3cL4v4b4eEom6ZvUK1v9VL1HgnEeP&si=gXR42Oc2mJl9fPCv&utm_source
💝 SUMBANGAN / INFAQ PROGRAM:
DKKL SMART TRADING
553104586916
Maybank Islamic Berhad
🔗 Infaq Online
https://toyyibpay.com/Infaq-Kuliah
🤝 Jadi Penaja Bulanan:
https://wasap.my/+60139086628/penajaquran
📞 Pertanyaan kelas quran:
https://wasap.my/+60139086628/penajaquran
27/04/2026