01/03/2022
Doa utk semua pelajar SPM 2021 ...
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Ya Allah,
Hari ini 2/03/2022 ; bermulanya anak anak dan anak didik kami akan menduduki peperiksaan SPM ,
Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak dan anak didik kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH .
YA ALLAH ,
Peliharalah kesihatan anak anak dan anak didik kami di hari peperiksaan . Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti . Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan , jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan .
YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
YA ALLAH ,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak dan anak didik kami . Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi , semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu ya Allah .
YA ALLAH ,
Jadikanlah anak anak dan anak didik kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat , kami mohon kepada Mu , Kau perbaiki akhlak anak anak kami dan anak2 didik kami dgn akhlak yg terpuji.
Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH , kami serahkan anak anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu Ya ALLAH . Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai . Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai . Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah .
YA ALLAH ,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah Ya ALLAH .
YA ALLAH ,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak dan anak didik kami sahaja , tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak dan anak didik rakan dan sahabat kami Ya ALLAH . Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat Ya ALLAH.
YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.