Kelantan Future Leaders

Kelantan Future Leaders Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelantan Future Leaders, Academic camp, Kota Bharu.
(1)

Melahirkan Negarawan Al-Qawiy Al-Amin

Pendaftaran Kelantan Future Leaders Summit (KFLS) 2026 πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-summit-2026/apply

πŒπ„ππ‰π€πƒπˆ ππ„πŒπˆπŒππˆπ π’π„ππ„π‹π”πŒ πŒπ„πŒπ„π†π€ππ† 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍Ramai beranggapan seseorang hanya menjadi pemimpin apabila memegang jawatan sep...
24/07/2026

πŒπ„ππ‰π€πƒπˆ ππ„πŒπˆπŒππˆπ π’π„ππ„π‹π”πŒ πŒπ„πŒπ„π†π€ππ† 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍

Ramai beranggapan seseorang hanya menjadi pemimpin apabila memegang jawatan seperti pengerusi, presiden atau menteri. Hakikatnya, kepimpinan bermula jauh lebih awal daripada itu.

Seorang pemimpin sebenar ialah individu yang mampu memimpin dirinya sendiri sebelum diberi amanah memimpin orang lain.

Islam mengajar bahawa setiap manusia ialah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa kepimpinan bukan bergantung kepada jawatan, tetapi kepada tanggungjawab yang dipikul dalam kehidupan seharian.

Memimpin diri bermaksud mendisiplinkan diri dengan ilmu, menjaga ibadah, mengawal hawa nafsu dan membentuk akhlak yang mulia. Seseorang yang gagal mengurus masa, menunaikan amanah dan mengawal emosinya akan berdepan kes**aran untuk memimpin sebuah organisasi, apatah lagi masyarakat atau negara.

Dalam kalangan anak muda khususnya mahasiswa, kepimpinan boleh dibina melalui penglibatan aktif dalam persatuan, badan s**arelawan, program kemasyarakatan dan organisasi kampus. Pengalaman ini mengajar mereka tentang komunikasi, kerja berpas**an, penyelesaian konflik dan membuat keputusan. Semua ini merupakan latihan awal sebelum memegang amanah yang lebih besar.

Pada masa yang sama, bakal pemimpin perlu membina kepercayaan masyarakat melalui akhlak dan teladan. Pengaruh yang lahir daripada kejujuran, amanah dan sikap s**a membantu jauh lebih berkekalan berbanding pengaruh yang lahir daripada jawatan semata-mata. Jawatan boleh berakhir, tetapi nilai diri akan terus dikenang.

Sejarah juga membuktikan bahawa tokoh-tokoh besar tidak terus muncul sebagai pemimpin. Mereka terlebih dahulu membina kredibiliti melalui ilmu, akhlak, kesungguhan dan khidmat kepada masyarakat. Jawatan akhirnya datang sebagai pengiktirafan terhadap kemampuan yang telah dibuktikan, bukan kerana mereka mengejarnya.

Justeru, jangan menunggu jawatan untuk belajar memimpin. Mulakan dengan memimpin diri, berkhidmat kepada masyarakat dan melaksanakan setiap amanah dengan sebaiknya.

Apabila asas ini kukuh, seseorang bukan sahaja layak memegang jawatan, malah mampu menjadi pemimpin yang dihormati, dipercayai dan memberi manfaat kepada agama, bangsa serta negara.

Penulisan oleh : Ibnu Nawru
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

Sekiranya anda berminat untuk menghantar tulisan atau artikel berkaitan kepimpinan, boleh Whatsapp Admin Prime di talian 011-20935713.

πŒπ„πŒππˆππ€ ππ„πŒπˆπŒππˆπ ππ„π‘π‰πˆπ–π€ π”ππ”πƒπˆπ˜π˜π€π‡Kepimpinan dalam Islam bukan bermula dengan jawatan, tetapi bermula dengan ubudiyyah, ...
23/07/2026

πŒπ„πŒππˆππ€ ππ„πŒπˆπŒππˆπ ππ„π‘π‰πˆπ–π€ π”ππ”πƒπˆπ˜π˜π€π‡

Kepimpinan dalam Islam bukan bermula dengan jawatan, tetapi bermula dengan ubudiyyah, iaitu pengabdian yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Seorang pemimpin Muslim perlu sedar bahawa setiap amanah yang dipikul bukan sekadar dinilai oleh manusia, bahkan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari akhirat. Justeru, hubungan dengan Allah menjadi asas kepada pembentukan seorang pemimpin yang benar-benar berintegriti.

Jiwa ubudiyyah melahirkan pemimpin yang sentiasa meletakkan keredaan Allah sebagai matlamat utama.

Setiap keputusan, tindakan dan dasar yang diambil tidak dipandu oleh kepentingan diri, pop**ariti atau tekanan manusia, tetapi berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam. Pemimpin seperti ini akan sentiasa berhati-hati kerana menyedari bahawa kuasa hanyalah amanah yang bersifat sementara.

Pemimpin yang berjiwa ubudiyyah juga memiliki sifat rendah diri dan tidak menjadikan kepimpinan sebagai medan mencari kemuliaan. Sebaliknya, mereka melihat jawatan sebagai ruang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul, bukannya semakin besar keistimewaan yang boleh dinikmati.

Jiwa kehambaan turut membentuk sifat amanah, jujur dan adil dalam diri seorang pemimpin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu, kepentingan kelompok atau tekanan politik kerana sentiasa mengingati bahawa setiap keputusan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Nilai inilah yang menjadi benteng daripada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Bagi golongan belia dan mahasiswa, pembinaan jiwa ubudiyyah perlu bermula sebelum memegang sebarang jawatan. Disiplin dalam menjaga solat, membaca al-Quran, menuntut ilmu, menjaga akhlak serta melatih keikhlasan dalam setiap amal merupakan proses tarbiah yang membentuk asas kepimpinan. Seseorang yang gagal memimpin dirinya sendiri akan s**ar memimpin orang lain.

Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah contoh pemimpin yang menterjemahkan jiwa ubudiyyah dalam pentadbiran. Beliau sedar dan insof bahawa kepimpinan ialah amanah kepada Allah SWT, justeru setiap dasar perlu selari dengan syariat Islam.

Antara dasar yang diperkenalkan ialah penggunaan sistem perbankan Islam bagi urusan kewangan kerajaan negeri, Dasar Rumah Tiga Bilik, pembanterasan judi dan arak serta kawalan hiburan menurut syarak. Dasar-dasar ini membuktikan bahawa ubudiyyah bukan sekadar amalan peribadi, tetapi asas kepada pentadbiran Islam.

Dasar-dasar ini membuktikan bahawa ubudiyyah bukan sekadar amalan peribadi, tetapi menjadi asas dalam membentuk pentadbiran yang berteraskan Islam.

Justeru, pembinaan pemimpin masa depan tidak boleh hanya tertumpu kepada kemahiran komunikasi, pengurusan atau strategi kepimpinan semata-mata. Lebih penting daripada itu ialah membina hati yang sentiasa tunduk kepada Allah SWT.

Penulisan oleh : Ibnu Nawru
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

Sekiranya anda berminat untuk menghantar tulisan atau artikel berkaitan kepimpinan, boleh Whatsapp Admin Prime di talian 011-20935713.

π€πŒπ€ππ€π‡ πŠπ‡π€π‹πˆπ…π€π‡ π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 ππ„πŒππˆππ€π€π ππ„πŒπˆπŒππˆπ πŒπ”π’π‹πˆπŒ Tujuan penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi, ...
22/07/2026

π€πŒπ€ππ€π‡ πŠπ‡π€π‹πˆπ…π€π‡ π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 ππ„πŒππˆππ€π€π ππ„πŒπˆπŒππˆπ πŒπ”π’π‹πˆπŒ

Tujuan penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 30:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."

Ayat ini menjadi asas bahawa setiap manusia dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi serta melaksanakan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Menurut Imam al-Mawardi, tugas khalifah ialah menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengannya (αΈ₯irāsah al-dΔ«n wa siyāsah al-dunyā bih). Ini menunjukkan bahawa kepimpinan dalam Islam bukan sekadar mengurus pentadbiran, bahkan memastikan setiap dasar dan tindakan berpaksikan syariat serta nilai-nilai Islam.

Lantaran itu, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mempersiapkan diri memikul amanah sebagai khalifah mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mahasiswa, tanggungjawab ini lebih besar kerana mereka merupakan golongan berilmu yang bakal memimpin masyarakat, sama ada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, ekonomi mahupun dakwah.

Bagi bakal pemimpin dari negeri Kelantan, amanah ini menjadi lebih signifikan kerana negeri tersebut meletakkan Penghayatan Dasar Membangun Bersama Islam (PMBI) sebagai tonggak pentadbiran. Justeru, pemimpin yang dilahirkan bukan sahaja perlu memiliki kepakaran dan kebolehan, malah memahami bahawa setiap keputusan dan dasar hendaklah selari dengan tuntutan Islam.

Sehubungan itu, proses melahirkan pemimpin tidak memadai dengan kecemerlangan akademik semata-mata. Mereka perlu dibentuk dengan kefahaman agama, akhlak yang tinggi, integriti serta kepekaan terhadap keperluan masyarakat. Hanya dengan gabungan ilmu dan nilai inilah amanah khalifah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Oleh itu, pembinaan bakal pemimpin perlu dilihat sebagai satu proses melahirkan khalifah yang mampu memimpin umat dan mentadbir negara berlandaskan syariat. Apabila amanah ini difahami dan dihayati, akan lahirlah pemimpin yang bukan sahaja berjaya di sisi manusia, bahkan mendapat keredaan Allah SWT.

Penulisan oleh : Ibnu Nawru
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

Sekiranya anda berminat untuk menghantar tulisan atau artikel berkaitan kepimpinan, boleh Whatsapp Admin Prime di talian 011-20935713.

π€ππ€π‹πˆπ’πˆπ’ π†π€π˜π€ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π : πŒπ”π€π…π€πŠπ€π“ π’π„ππ€π†π€πˆ πŒπ€ππˆπ…π„π’π“π€π’πˆ π†π€π˜π€ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€πDalam era pentadbiran ...
21/07/2026

π€ππ€π‹πˆπ’πˆπ’ π†π€π˜π€ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π : πŒπ”π€π…π€πŠπ€π“ π’π„ππ€π†π€πˆ πŒπ€ππˆπ…π„π’π“π€π’πˆ π†π€π˜π€ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π

Dalam era pentadbiran moden, keberkesanan seseorang pemimpin tidak lagi diukur semata-mata melalui keupayaan membuat keputusan, tetapi juga melalui kebolehan membina jaringan kerjasama yang merentasi perbezaan politik, institusi dan kepentingan.

Dalam konteks ini, pendekatan kepimpinan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud memperlihatkan satu dimensi yang menarik untuk dianalisis dari perspektif teori kepimpinan dan pentadbiran Islam.

Pemerhatian terhadap beberapa kenyataan rasmi dan pendekatan pentadbiran beliau menunjukkan penekanan yang konsisten terhadap prinsip muafakat, profesionalisme serta hubungan yang harmoni antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun berbeza ideologi politik, beliau beberapa kali menegaskan bahawa kepentingan rakyat perlu mengatasi perbezaan tersebut.

Pendekatan ini bertepatan dengan konsep Collaborative Leadership, iaitu gaya kepimpinan yang menekankan pembinaan kepercayaan, perkongsian tanggungjawab dan kerjasama strategik bagi mencapai matlamat bersama.

Dalam model ini, kejayaan bukan diukur melalui dominasi sesebuah pihak, tetapi melalui kemampuan menyatukan pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu secara kolektif.

Pada masa yang sama, pendekatan ini turut mempunyai persamaan dengan elemen Transformational Leadership, khususnya dalam usaha membentuk budaya pentadbiran yang lebih matang dan berorientasikan nilai.

Seorang pemimpin transformasional bukan sekadar mengurus organisasi, tetapi mempengaruhi cara berfikir serta membina kesedaran bahawa kepentingan organisasi dan masyarakat perlu didahulukan berbanding kepentingan individu atau kelompok.

Dari perspektif Islam p**a, pendekatan tersebut selaras dengan prinsip Siyasah Syar'iyyah, iaitu pentadbiran yang berasaskan maslahah (kepentingan umum), keadilan dan hikmah.

Dalam kerangka ini, kerjasama dengan mana-mana pihak adalah diharuskan selagi tidak bercanggah dengan syariat dan mampu membawa manfaat kepada rakyat.

Justeru, hubungan profesional antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan boleh difahami sebagai satu bentuk tadbir urus yang mengutamakan maslahat awam berbanding pertimbangan politik semata-mata.

Gabungan ketiga-tiga kerangka ini memperlihatkan bahawa konsep muafakat bukan setakat pendekatan diplomasi politik, tetapi merupakan satu strategi kepimpinan yang mampu meningkatkan keberkesanan pentadbiran.

Apabila hubungan antara institusi dibina atas asas saling menghormati dan objektif bersama, proses pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, konflik dapat diminimumkan, dan manfaat kepada rakyat dapat dipercepatkan.

Pendekatan ini juga mencerminkan kematangan seorang pemimpin yang melihat perbezaan sebagai ruang untuk berkolaborasi, bukannya penghalang kepada pembangunan.

Berdasarkan pemerhatian ini, gaya kepimpinan YAB Menteri Besar Kelantan boleh dirumuskan sebagai satu bentuk kepimpinan yang menggabungkan prinsip Collaborative Leadership, nilai perubahan dalam Transformational Leadership, serta asas Siyasah Syar'iyyah yang menekankan maslahat rakyat.

Pendekatan sedemikian wajar dijadikan antara model kepimpinan yang terus dikaji kerana ia menunjukkan bahawa pentadbiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada kuasa, tetapi kepada kebijaksanaan membina persefahaman, memupuk kepercayaan dan menyatukan pelbagai pihak demi kepentingan rakyat dan negeri.

Penulisan oleh : Syu Ahmad
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

Sertai Kelantan Future Leaders Academy 2026, khas untuk mahasiswa anak Kelantan.

Mohon sekarang πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 π“πˆπƒπ€πŠ πƒπˆπ‹π€π‡πˆπ‘πŠπ€π πƒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 π…πˆππ€π‹, π“π„π“π€ππˆ πƒπˆππˆππ€ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 π’πˆπ’π“π„πŒKetika dunia menyaksikan Sepanyol menjulang t...
20/07/2026

𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 π“πˆπƒπ€πŠ πƒπˆπ‹π€π‡πˆπ‘πŠπ€π πƒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 π…πˆππ€π‹, π“π„π“π€ππˆ πƒπˆππˆππ€ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 π’πˆπ’π“π„πŒ

Ketika dunia menyaksikan Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia 2026, ramai melihat kejayaan itu sebagai hasil daripada aksi cemerlang sepanjang 120 minit perlawanan akhir.

Namun, dari sudut pembangunan kepimpinan, kemenangan tersebut sebenarnya membawa pengajaran yang jauh lebih besar.

Juara tidak dilahirkan pada hari final.

Juara dibina bertahun-tahun sebelumnya melalui sebuah sistem yang efisyen dan latihan yang berterusan.

Kejayaan sesebuah pas**an bukan bergantung kepada kemunculan seorang pemain berbakat semata-mata.

Sebaliknya, ia lahir daripada ekosistem yang membentuk karakter, meningkatkan kompetensi, mengasah kemahiran serta menyediakan ruang untuk generasi baharu berkembang.

Apabila pembangunan dilakukan secara tersusun, proses peralihan generasi berlaku dengan lancar tanpa menjejaskan prestasi organisasi.

Prinsip yang sama turut terpakai dalam usaha membangunkan kepimpinan belia.

Sesebuah negeri atau organisasi tidak boleh bergantung kepada beberapa individu sahaja.

Sebaliknya, ia perlu memiliki sistem yang mampu mengenal pasti potensi, membimbing, melatih dan menyediakan pengalaman kepada pemimpin muda secara berterusan.

Dengan cara inilah lahirnya barisan pelapis yang bersedia memimpin apabila tiba masanya.

Inilah falsafah yang menjadi asas kepada Kelantan Future Leaders Institute (KFLI).

KFLI bukan hanya setakat menganjurkan program atau melahirkan peserta yang aktif untuk tempoh tertentu, tetapi berusaha membina satu ekosistem pembangunan kepimpinan yang berterusan.

Fokusnya adalah melahirkan pemimpin yang memiliki ilmu, nilai, integriti, kemahiran dan daya tahan untuk menyumbang kepada masyarakat serta negeri dalam jangka masa panjang.

Piala Dunia akan berakhir dengan seorang juara.

Namun, pembinaan pemimpin tidak pernah berakhir.

Ia adalah satu proses yang berterusan, kerana masa depan sesebuah negeri tidak ditentukan oleh siapa yang berada di hadapan hari ini, tetapi oleh sejauh mana kita bersedia membangunkan generasi yang akan memimpin pada hari esok.

Penulisan oleh : Syu Ahmad
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

⚠️ Hari terakhir permohonan Kelantan Future Leaders Academy 2026, khas untuk mahasiswa anak Kelantan.

Mohon sekarang πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

π‡π€π‘πˆ 𝐍𝐈 𝐉𝐄 π“πˆππ†π†π€π‹. π’π„π‘πˆπ”π’!Kalau anda nampak poster kami dan baca caption ni, tapi belum daftar… ini panggilan terakhir ...
20/07/2026

π‡π€π‘πˆ 𝐍𝐈 𝐉𝐄 π“πˆππ†π†π€π‹. π’π„π‘πˆπ”π’!

Kalau anda nampak poster kami dan baca caption ni, tapi belum daftar… ini panggilan terakhir untuk anda.

Setiap kali permohonan dibuka, mesti ada orang yang terlepas peluang sebab fikir β€œsempat lagi kot.” Bila permohonan dah tutup, barulah terhegeh-hegeh.

Kalau anda nak cabar diri, nak belajar benda baru dan cipta pengalaman yang mungkin tak datang dua kali, inilah masanya!

Tak perlu tunggu rasa β€œcukup hebat” baru nak mohon. Yang penting, berani bagi peluang pada diri sendiri.

Permohonan KFLA 2026 ditutup hari ini.

Kalau masih teragak-agak, anggap caption ni sebagai β€˜push’ terakhir.

Daftar sekarang πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

Jangan biarkan peluang ni berlalu macam tu je.

Lead Loud, Serve Proud!


π“πŽπŠ 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐍𝐈𝐊 π€π™πˆπ™ : 𝐒𝐀𝐍𝐆 π‘π„π…πŽπ‘πŒπˆπ’ 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑Reformasi bukan sekadar slogan yang sedap didengar di atas pentas. Bukan juga j...
19/07/2026

π“πŽπŠ 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐍𝐈𝐊 π€π™πˆπ™ : 𝐒𝐀𝐍𝐆 π‘π„π…πŽπ‘πŒπˆπ’ 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑

Reformasi bukan sekadar slogan yang sedap didengar di atas pentas. Bukan juga jeritan lantang sepanjang kempen, kemudian senyap bila kuasa sudah berada dalam genggaman.

Reformasi yang sebenar perlukan keberanian. Berani ubah sistem, berani ambil risiko politik dan berani terjemahkan prinsip kepada dasar yang boleh dirasai rakyat.

Itulah yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apabila mengambil alih pentadbiran Kelantan pada tahun 1990, beliau bukan sekadar menukar kerajaan. Beliau membawa cara fikir yang baharu. Budaya kerja berubah. Sistem kewangan diperbetulkan. Kebajikan rakyat diberi wajah yang lebih manusiawi. Semuanya digerakkan melalui gagasan Membangun Bersama Islam.

Sejak awal memegang amanah sebagai Menteri Besar, Tok Guru datang dengan satu kerangka yang jelas: pentadbiran mesti dibina atas amanah, agama dan keberanian membuat keputusan.

Banyak perkara yang beliau buat pada waktu itu nampak pelik, malah ada yang dianggap terlalu berani. Tapi hari ini, bila kita tengok semula, banyak daripadanya sebenarnya mendahului zaman.

Antara pembaharuan yang beliau lakukan ialah:
1. Menjadikan β€œMembangun Bersama Islam” sebagai dasar pentadbiran
- Islam tidak diletakkan sekadar pada nama program atau slogan. Ia masuk terus dalam cara kerajaan bekerja, membuat keputusan dan mengurus rakyat.
- Mesyuarat dimulakan dengan doa. Pegawai diingatkan tentang amanah, dosa dan pahala. Tugas kerajaan dianggap ibadah, bukan sekadar kerja pejabat.

2. Memindahkan urusan kewangan kerajaan kepada perbankan Islam.
- Tok Guru mengambil langkah memindahkan simpanan kerajaan negeri daripada sistem konvensional kepada perbankan Islam.
- Pada masa itu, perbankan Islam belum berkembang seperti hari ini. Atas tuntutan Iman, beliau alihkan dana kerajaan ke perbankan yang tidak bergantung kepada sistem berasaskan riba. Tindakan beliaulah yang menjadi pemangkin berkembang biaknya tingkap perbankan Islam oleh bank-bank konvensional.

3. Memperkenalkan pinjaman tanpa faedah.
- Pinjaman kerajaan untuk membeli rumah, kenderaan dan komputer dilaksanakan tanpa faedah.
- Ia menunjukkan bahawa kerajaan serius menyediakan kemudahan kepada kakitangan tanpa menambah beban melalui riba.

4. Memperkenalkan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahn
- Ar-Rahn diwujudkan sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional yang mengenakan faedah tinggi.
- Sistem ini banyak membantu peniaga kecil, suri rumah dan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan wang segera tetapi tidak mahu terjerat dengan riba. Kini produk seperti ini turut dipraktikkan ke seluruh dunia.

5. Mengamalkan pengurusan kewangan berhemah
- Tok Guru tidak s**a budaya menghabiskan peruntukan hanya kerana tahun kewangan hampir tamat.
- Bagi beliau, duit kerajaan ialah duit rakyat. Kalau tidak perlu dibelanjakan, jangan dibazirkan. Semudah itu.

6. Mengurangkan kemewahan pemimpin
- Beliau memilih hidup sederhana dan mahu pendekatan yang sama diterapkan dalam kerajaan.
- Kereta mewah, elaun berlebihan dan perbelanjaan yang tidak perlu dikawal. Pemimpin tidak boleh bercakap tentang kesusahan rakyat sambil hidup terlalu jauh daripada realiti mereka.

7. Memperkenalkan tender terbuka dalam pengurusan hasil balak
- Langkah ini dibuat bagi mengurangkan monopoli, campur tangan orang berkepentingan dan ruang berlakunya penyelewengan.Tender terbuka juga membantu meningkatkan ketelusan serta hasil negeri.

8. Menggagaskan Dasar Rumah Tiga Bilik
- Dasar ini adalah bagaimana beliau manifestasikan ajaran Islam dalam dunia moden.
- Rumah perlu mempunyai bilik berasingan untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Bukan sekadar soal reka bentuk. Ia berkait dengan aurat, privasi dan pembentukan keluarga yang lebih teratur.

9. Memperkenalkan cuti dua hari seminggu
- Jumaat dan Sabtu dijadikan cuti mingguan kerajaan negeri.
- Jumaat untuk ibadah dan ilmu. Sabtu p**a untuk keluarga. Tok Guru sedar bahawa manusia bukan alat kapitalis. Keluarga, agama dan kehidupan sosial juga perlu diberi ruang.

10. Menambah bilangan hari cuti bersalin wanita
- Cuti bersalin kakitangan wanita ditambah daripada 40 hari kepada 60 hari, kemudian dipanjangkan lagi kepada 90 hari. Ketika itu, isu kebajikan wanita belum diberi perhatian besar seperti sekarang. Tetapi Tok Guru sudah melihat keperluannya.

11. Memperkenalkan Skim Takaful Kifaalah
- Skim ini membantu waris apabila warga emas meninggal dunia. Bantuan diberikan tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik. Bila rakyat susah, kerajaan mesti bantu. Itu prinsipnya.

12. Menyediakan bantuan kepada armalah dan ibu tunggal
- Golongan wanita yang kehilangan suami atau tempat bergantung diberi perhatian melalui skim bantuan tertentu.Tok Guru tidak melihat kebajikan sebagai pemberian bermusim. Ia mesti disusun sebagai dasar.

13. Memperkenalkan Ladang Rakyat
- Ladang Rakyat diwujudkan untuk membantu golongan miskin memperoleh sumber pendapatan. Pendekatannya bukan hanya beri bantuan 'one-off' sebaliknya pendapatan yang berterusa untuk rakyat yang memerlukan.

14. Menghidupkan budaya ilmu.
- Kuliah, tazkirah dan pengajian agama bukan hanya di masjid tetapi juga dilaksanakan di pejabat kerajaan dan dataran awam. Di Masjid Pulau Melaka dan Medan Ilmu, majlis ilmu konsisten sehingga sekarang.

15. Menutup pusat perjudian
- Antara tindakan awal pentadbiran beliau ialah menghentikan kegiatan perjudian. Sepastinya kerajaan kehilangan hasil tertentu, tetapi Perintah Allah jauh lagi utama berbanding keuntungan dunia yang sementara.

16. Menyekat pusat hiburan yang bercanggah dengan Islam.
- Pub, disko, kelab malam dan pusat karaoke yang mengandungi unsur maksiat tidak diberikan ruang seperti sebelumnya.
- Pelesenan dikawal dengan lebih ketat. Hiburan dibenarkan, tetapi berlandaskan batasan syarak.

17. Membanteras kegiatan pelacuran dan premis tidak bermoral
- Penguatkuasaan diperketat terhadap kegiatan pelacuran serta premis yang dikaitkan dengan maksiat.Tok Guru bawa suasana sosial Kelantan bergerak ke arah redha Allah.

18. Mengawal penjualan arak
- Penjualan dan pengambilan arak di tempat awam diperketatkan. Pada masa yang sama, hak masyarakat bukan Islam dalam ruang tertentu tetap diambil kira.

19. Memperkenalkan garis panduan hiburan
- Seni tidak ditolak sepenuhnya. Tetapi unsur khurafat, pergaulan bebas, eksploitasi wanita dan hiburan melampau dibersihkan. Pendekatannya bukan β€œharam semua”. Sebaliknya, tapis dan pandu.

20. Memperkenalkan garis panduan iklan dan pakaian sopan
- Wanita tidak boleh dijadikan alat untuk melariskan produk. Iklan perlu selaras dengan syarak, menjaga maruah dan kesopanan.

21. Melibatkan masyarakat bukan Islam dalam pentadbiran tempatan.
- Wakil bukan Islam diberikan ruang dalam jawatankuasa dan urusan pentadbiran setempat. Ini penting supaya suara masyarakat minoriti turut didengar.

22. Mempercepatkan penyelesaian permohonan tanah.
- Permohonan tanah yang tertunggak dipercepatkan melalui penurunan kuasa kepada pentadbiran daerah. Premium tanah juga dikurangkan bagi meringankan beban rakyat.

23. Menanam budaya integriti dalam pentadbiran.
- Rasuah, hadiah kepada pegawai dan penyalahgunaan aset kerajaan diberi perhatian serius. Tok Guru selalu mengingatkan bahawa kuasa bukan hak peribadi. Ia amanah. Dan amanah akan dipersoalkan.
- Sehingga sekarang, pemimpin yang menyambung legasi Tok Guru bebas daripada penyelewengan, rasuah dan pecah amanah. 36 tahun konsisten dengan bersih bukan perkara yang kecil.

Ini sebahagian pembaharuan yang Tok Guru buktikan melalui tindakan. Manifestasi watak sang reformis sebenar.

Tok Guru tidak mentadbir negeri yang kaya dengan hasil minyak. Beliau berdepan tekanan politik, kekangan kewangan dan hubungan yang tidak mudah dengan Kerajaan Persekutuan. Namun keterbatasan itu tidak dijadikan alasan untuk tidak melakukan perubahan.

Beliau membuktikan bahawa reformasi tidak bermula dengan jumlah wang yang banyak. Reformasi bermula dengan kefahaman dan keyakinan agama yang kukuh, prinsip yang jelas, keberanian membuat keputusan dan kesediaan menanggung akibat daripada keputusan tersebut.

Melalui taklifan dan 'political will' sahajalah seorang pemimpin mampu melakukan reformasi. Taklifan memberikan kesedaran bahawa kuasa ialah amanah daripada Allah, manakala 'political will' memberikan keberanian untuk mengubah dasar walaupun berdepan tekanan dan tentangan.

Namun, sekiranya seseorang diberikan taklifan tetapi hanya melaungkan slogan reformasi dengan suara yang berdegar-degar tanpa keberanian melaksanakannya, dia bukanlah sang reformis. Dia hanyalah watak yang hidup melalui hipokrasi dan retorik.

Pemimpin masa depan perlu mengingati satu pesan mudah:

Actions speak louder than words.

Apatah lagi generasi Z hari ini tidak lagi mudah terpesona dengan pidato, slogan dan janji. Mereka menilai pemimpin melalui hasil, rekod dan keberanian melakukan perubahan.

Tok Guru telah meninggalkan ukurannya.

Bukan pada apa yang beliau janjikan, tetapi pada apa yang beliau laksanakan.

Penulisan oleh : Ibnu Nawru
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

Sertai Kelantan Future Leaders Academy 2026, khas untuk mahasiswa anak Kelantan.

Mohon sekarang πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

Apa yang menjadikan KFLA 2026 berbeza? πŸ‘€KFLA bukan program ceramah.Tapi anda akan :- berpeluang bertanya soalan secara e...
19/07/2026

Apa yang menjadikan KFLA 2026 berbeza? πŸ‘€

KFLA bukan program ceramah.

Tapi anda akan :
- berpeluang bertanya soalan secara eksklusif bersama pemimpin dalam Townhall Kepimpinan
- belajar strategi membina projek berimpak melalui Masterclass
- turun sendiri ke lapangan untuk memahami realiti masyarakat menerusi Kajian Lapangan Komuniti (KLK)
- mengasah keyakinan dalam Pentas Shark Tank Pitching
- membina jati diri melalui pengisian kerohanian dan kepimpinan.

Kali ini kami bawa anda belajar di lapangan sebenar, bukan lagi sekadar teori.

Jika anda mahasiswa anak Kelantan yang nak push diri anda ke tahap yang lebih baik dan nak dapat ilmu baru, inilah peluang untuk anda!

Mohon sekarang πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

Tarikh tutup esok, 20 Julai 2026!



π’π„πŒππ€πƒπ€π πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐃𝐀𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ”πŠπ€π π’π”ππ†π€πˆ π†πŽπ‹πŽπŠRamai menyangka Sungai Golok sejak dahulu lagi menjadi sempadan yang memisahk...
18/07/2026

π’π„πŒππ€πƒπ€π πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐃𝐀𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ”πŠπ€π π’π”ππ†π€πˆ π†πŽπ‹πŽπŠ

Ramai menyangka Sungai Golok sejak dahulu lagi menjadi sempadan yang memisahkan Kelantan dengan Thailand.

Hakikatnya, sejarah mencatatkan bahawa kawasan di utara Sungai Golok, termasuk Tak Bai dan beberapa wilayah yang kini berada dalam Narathiwat serta Patani, pernah berada dalam lingkungan pengaruh dan pemerintahan Kesultanan Kelantan pada zaman tertentu.

Perkara ini membuktikan bahawa Kesultanan Kelantan bukannya sebuah negeri yang kecil seperti yang kita lihat pada peta hari ini.

Sebaliknya, Kelantan pernah muncul sebagai sebuah kerajaan Melayu yang mempunyai pengaruh politik, pentadbiran dan hubungan pemerintahan yang melangkaui sempadan moden.

Kedudukan strategiknya sebagai pusat perdagangan dan laluan penting di Pantai Timur menjadikan Kelantan antara kerajaan yang berperanan besar dalam perkembangan politik di rantau ini.

Namun, landskap politik berubah apabila termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 antara British dan Siam.

Melalui perjanjian tersebut, British mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas wilayah-wilayah Melayu seperti Patani, Yala, Narathiwat, Setul dan kawasan sekitarnya.

Pada masa yang sama, Kelantan p**a berada di bawah naungan British.

Perjanjian inilah yang membentuk sempadan moden sehingga Sungai Golok dijadikan garis pemisah antara Kelantan dengan wilayah-wilayah Melayu di bawah pemerintahan Siam.

Walaupun sempadan politik berubah, sejarah tidak pernah mampu memisahkan identiti masyarakatnya.

Hingga ke hari ini, jika kita berkunjung ke Tak Bai dan beberapa kawasan di Narathiwat, masih ramai penduduk yang bertutur dalam dialek Kelantan sebagai bahasa harian.

Budaya, makanan, adat resam dan hubungan kekeluargaan juga masih begitu rapat sehingga s**ar untuk membezakan masyarakat di kedua-dua belah sempadan.

Inilah bukti bahawa garis sempadan hanyalah pemisah dari sudut pentadbiran negara.

Warisan sejarah, bahasa dan budaya p**a terus hidup merentasi sempadan.

Memahami sejarah ini bukan untuk mempertikaikan sempadan negara hari ini, tetapi untuk menghargai hakikat bahawa Kesultanan Kelantan pernah memainkan peranan penting dalam pemerintahan dan perkembangan dunia Melayu di utara Semenanjung.

Sejarah ialah identiti yang membentuk siapa kita pada hari ini.

Apabila kita memahami sejarah Kelantan dengan tepat, kita akan lebih menghargai kebesaran institusi Kesultanan Melayu serta hubungan persaudaraan yang masih kekal utuh antara masyarakat di kedua-dua belah Sungai Golok hingga ke hari ini.

Penulisan oleh : Syu Ahmad
Sekretariat KFLI

---------------------------------

Pandangan yang dikongsikan dalam penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai ruang perkongsian idea dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi KFLI.

----------------------------------

Sertai Kelantan Future Leaders Academy 2026, khas untuk mahasiswa anak Kelantan.

Mohon sekarang πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

ππ„π‘πˆπ“π€ π“π„π‘π†π„πŒππ€π‘ !!Kami memahami sebahagian mahasiswa baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir semester. Jadi, D...
18/07/2026

ππ„π‘πˆπ“π€ π“π„π‘π†π„πŒππ€π‘ !!

Kami memahami sebahagian mahasiswa baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir semester.

Jadi,

Dengan ini kami umumkan berita TERGEMPAR buat anda....

Tempoh permohonan Kelantan Future Leaders Academy (KFLA) 2026 DILANJUTKAN sehingga 20 Julai 2026 !!
Kerana..

Kami nak bagi sedikit ruang dan peluang kepada anda untuk membuat permohonan tanpa perlu tergesa-gesa.

So.. jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang daripada 100 mahasiswa anak Kelantan yang akan mendapatkan ilmu kepimpinan, pembangunan diri dan dapat kenalan baru dalam kalangan pemimpin muda anak Klate.

Mohon sekarang sebelum peluang ini benar-benar berakhir! πŸ‘‡πŸ»
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-academy-2026/apply

Lead Loud, Serve Proud !

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Future Leaders posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category